Menjenguk

Friday, December 23, 2011

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga ke hadrat ilahi di atas kurniaan rezeki ini.Mama telah diterima untuk mengikuti kursus perguruan sebelum diterima menjadi guru tetap.Berita gembira ini sangat mama nantikan sejak dulu lagi.Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doa mama selama ini.Akhirnya penantian yang menyakitkan selama ini sudah menjadi kenyataan di atas berita gembira ini.Mama menerima rezeki ini dengan hati yang sangat bersyukur.Memang ini adalah rezeki Amsyar dan juga rezeki keluarga..

Insyallah, mama akan menunaikan tanggungjawab mama dengan penuh amanah bila bergelar warga pendidik kelak.....

Terima kasih kepada suami tersayang,keluarga mama dan juga keluarga mertua yang tak lekang mendoakan kejayaan mama.

Wednesday, November 16, 2011

Suami dan Isteri

Mama dan abah jarang sekali bergaduh.Kalau bergaduh manja-manja tu memang kerap lah tapi kalau gaduh yang teruk tu memang jarang sangat berlaku.Alhamdulillah kerana mama dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar dengan kerenah mama yang pelbagai ni.
Tetapi,baru-baru ni mama dan abah bergaduh.Kesian abah.Mama tahu semuanya berpunca dari mama sebab mama yang cari pasal.Abah bertahan aja dengan mama ni.Dia banyak diam dan dengar sahaja leteran mama.Apa lagi, mama sampai menangis tersedu-sedu seolah-olah mama tidak bersalah.Akhirnya ,abah yang minta maaf.Kesian abah sebabselalu mengalah.Mama rasa perangai mama ni kadang-kadang mengalahkan Amsyar tetapi nak buat macamana sebab perasaan mama ni mudah sangat tersentuh dan terasa lebih-lebih lagi dengan abah.Mungkin sebab mama sayang abah kot kan...
Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam melayari bahtera rumah tangga ini agar hati kami sentiasa dekat denganMu dan taat menjalankan perintah Mu ya Allah. Amin ya Rabbal a'lamin....

Thursday, November 3, 2011

Tawakkal

Hanya seberapa ketika sahaja lagi keputusan sama ada mama berjaya ataupun tidak untuk bergelar guru akan diketahui.Alahai,betapa hati ini sangatlah bimbang.Semoga keputusan akan berpihak kepada mama dan Allah mengurniakan rezeki buat mama.Banyak perancangan yang akan mama laksanakan jika mama berjaya.Sekali lagi,semoga doa-doa insan kesayangan yang sentiasa bersama mama akan turut dimakbulkanNya. Mama hanya berserah kepadaNya.Bertawakkal.

Tuesday, October 25, 2011

Malam Ini.

Malam ini sama sahaja seperti malam yang lain.Amsyar sudah pun tidur bergitu juga dengan abah tapi mama masih lagi mampu membuka mata mengadap laptop menulis entri ini.Bukan apa,memang dah lama mama tidak mengemaskini blog ini dengan entri terbaru.Entah lah,kadang-kadang terasa sangat malas nak berceloteh kerana kekeringan idea, tapi banyak sangat nak idea sehingga tidak tahu yang mana satu nak mulakan dulu.Jadi, mama biarkan sahaja tanpa apa-apa yang terbaru dari mama.

Kalau diikutkan entri mama sebelum ini,banyak sahaja keluh kesah dari mama berbanding cerita-cerita yang mengembirakan perasaan mama sendiri.Harapan mama, selepas ini episod sedih mama akan berakhir. Oh ya, bercerita tentang kerjaya mama pulak ye.Baru-baru ini mama dipanggil untuk sesi semakan dokumen guru GSTT di IPDA iaitu maktab perguruan yang terletak di Kedah.Apa yang boleh mama simpulkan semoga usaha mama kali ini berjaya.Mama nak sangat berkerja.Mama nak sangat jawatan ini sebab mama memang nak menjadi seorang pendidik.Mama rasa diri mama dah penat menjawat jawatan sementara dan menganggur.Dah hampir setahun mama tak buat apa-apa perkerjaan selain menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Sekali lagi mama harap mama akan berjaya untuk dipanggil mengikuti kursus perguruan kerana hasil semakan dokumen mama hari tu mendapat feedback positif dari penyemak dokumen.Semoga apa yang mereka katakan menjadi kenyataan.

Bila fikirkan hutang PTPTN, mama jadi tak senang duduk.Rasanya mama tidak mahu lagi menjadi penghutang tegar .Mama tidak mahu mengharapkan abah segalanya.Kesian abah terbeban oleh pelbagai komitmen demi   memberi keselesaan buat keluarga kecil mama ini. Mama nak sangat membantu ibu bapa mama dari segi kewangan dan lain-lain keperluan yang mama rasa puas bila dapat guna wang sendiri.

Sementara menanti keputusan kemasukan awal bulan depan,mama hanya mampu berdoa selain bertawakal kepadaNya. Semoga usaha dan penantian mama akan menemui sinar dalam kehidupan mama.

Sekian, untuk kali ini.

Tuesday, September 27, 2011

Sujud Syukur

Alhamdulillah,penantian mama selama ini sudah terjawab.Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan istimewa yang sentiasa mendoakan kejayaan mama.Terima kasih abah,mak,ayah,mertua.adik-adik kandung dan ipar duai dan yang paling utama ialah Allah yang maha Esa kerana memakbulkan doa mama...Insyallah, buat insan-insan teristimewa..Jasa kalian tidak akan mama lupakan.Mohon dilanjutkan doa lagi agar segala perjalanan mama mendidik anak bangsa dipermudahkan segalanya.Amin

Wednesday, September 14, 2011

Tiada Tajuk

Jam hampir pukul 1.30 pagi.Mama sudah rasa mengantuk tapi masih boleh bertahan lagi kerana mahu menulis entri ini.Abah dan Amsyar sudah dibuai mimpi.Semoga dua orang hero mama ni bermimpikan yang indah-indah belaka malam ini.Tak sabarnya menanti Jumaat ini sebab mak dan ayah mama akan datang menziarahi mama di sini.Mama dah rancang nak masak bakso untuk mereka.Mesti seronok dapat makan-makan dan berjalan-jalan dengan dua insan yang banyak berjasa dalam hidup mama.Awal-awal lagi, mama dah bincang dengan abah  nak bawa mak dan ayah melawat rumah baru kami di Sungai Limau Dalam,Yan seterusnya nak bawa ke Tesco Besar Mergong.Boleh juga jamu mata sambil membli apa-apa yang berkenan di hati.Seronoknya..!!!!

Tadi sambil melayan Amsyar bermain, mama berbual dengan abah tentang rumah baru kami.Kalau tidak ada aral melintang,mungkin dalam masa terdekat ni pihak pemaju akan meyerahkan kunci rumah kepada para pembeli termasuklah abah.Abah kata kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru secepat mungkin bila kunci dah dapat nanti.Tetapi,apa pun penambahbaikan dalam rumah perlu dilakukan terlebih dahulu.Menurut abah lagi, grill tingkap dan pintu adalah perkara utama yang perlu dilakukan,seterusnya memasang kabinet dapur dan lampu serta kipas disetiap punca elektrik.Kalau ada lebihan wang,bolehlah diteruskan dengan membuat pagar rumah.Itu sahaja penambahbaikan untuk permulaan rumah baru kami.Harapan mama dan abah agar segalanya tidak melebihi wang peruntukan yang abah ada.

Selesai perbincangan hal rumah baru, abah membuat pengiraan perbelanjaan kami termasuk segala hutang pinjaman dan harian untuk jangkamasa sebulan.Kesian abah kerana menanggung semua perbelanjaan termasuklah perbelanjaan mama.Alangkah baiknya,jika mama pun berkerja dan punya pendapatan sendiri.Mungkin beban abah akan berkurangan sedikit sebanyak bila mama dapat membantu.Sekali lagi,di dalam hati kecil ini, mama berdoa bersungguh-sungguh semoga rezeki mama untuk bergelar pendidik akan tercapai hujung tahun ini.

Sekian dahulu untuk kali ini..


Saturday, September 10, 2011

Doa

Doa mama bersungguh-sungguh.Berteleku lama dalam doa pagi ini,hampir setiap waktu tak kira bila dan di mana andai hati terdetik tentang itu. Semoga usaha mama dipermudahkan dan mama mendapat kerja itu.Semoga Allah swt yang maha Esa itu membantu mama dan memudahkan segala urusan mama.

Friday, September 9, 2011

Kosong

Ya Allah,jauhkan lah diriku dari sifat takkabur.Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.Kau permudahkanlah urusan perkerjaan buatku.Betapa aku ingin memiliki pekerjaan tetap yang dapat menjamin masa depanku.Betapa aku iginkan peluang menjadi guru tetap itu.Ya Allah,kau perkenankanlah permintaanku ini.Aminn ya rabbal a'lamin.

Tuesday, September 6, 2011

Bersangka Baik dengan Allah

Mama dah berusaha.mama dah cuba yang terbaik ,mama dah mintak pertolongan semua dan sekarang tugas mama adalah bertawakal.Bertawakal ni maksudnya mama perlu bersangka baik dengan Allah.Insyallah, Dia tahu yang terbaik untuk mama dan keluarga mama.Jadi,mama perlu positif dan tenang sahaja.Mama perlu yakin yang Allah dah pun tetapkan ketentuan yang terbaik untuk mama..Jadi, sekarang mama perlu bersabar sedikit sahaja lagi....
Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini.Ameen.

Wednesday, August 31, 2011

Hari Raya Aidil Fitri & Sambutan Kemerdekaan tahun 2011

Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun pertama mama menyambut hari raya aidilfitri sebagai seorang mama dan tahun kedua sebagai seorang isteri.Seperti tahun lepas,aidilfitri pertama mama disambut di kampung halaman mama seterusnya hari raya kedua baru mama pulang ke kampung abah.Tahun ni sambutan agak berbeza sedikit memandangkan mama sudah punya cahayamata jadi persiapan tu agak teruja sedikit.Walaubagaimana[un, di dalam keriuhan dan kegembiraan meraikan dua sambutan yang penuh bermakna pada tahun ini,kegelisahan mama tentang kerjaya mama masih lagi mama fikirkan..hermmmmm bila lah semua ini akan berakhir???mood raya dah lari ..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........menangis seorang diri................

Harapan Mama

Kalau nak diikutkan hati,memang banyak sangat harapan mama tetapi bak kata orang tua-tua ikut hati akan mati..ikut rasa akan binasa..Jadi,mama nak ikut apa eh???kalau mama nak ikut perasaan boleh?emmm susah jugak rupanya kalau main ikut-ikut ni....mahu tak mahu,mama ikut aja lah apa yang patut diiukut janji tak rosak akhlak dan moral sudah walaupun kadang-kadang( eh bukan selalu ka) jiwa mama akan kacau.

Ok lah, mama nak teruskan ke tajuk utama entri kali ini sebab kalau nak melayan aja celoteh ni memang panjang berjela lah yang introduction tapi isi penting tak ada...

Harapan mama yang paling utama dan sangat utama bagi mama adalah mama nak dapatkan kerja tetap.Mama nak pendapatan sendiri yang boleh menjamin masa depan mama.Mama nak kehidupan berkerjaya macam orang lain yang berjaya.Jadi harapan mama buat masa ini cuma satu iaitu mama nak berkerja tetap.Itu sahaja..!!!!!!!!!!!  Sekian terima kasih

Thursday, August 25, 2011

Bercelaru.

Sedih.....mahu menangis......semuanya kerana itu.....tak terkata dek hati, tak terluah dek perasaan.......semua tidak mengerti.......

Tuesday, August 23, 2011

Kenapa?????

Sebenarnya dah lama mama terfikirkan tentang ini dan mahu bertanya kepada abah tetapi tak kesampaian.Semalam, sewaktu mama dan abah melayan kerenah si budak kecik bijak yang bernama Amsyar,mama sempat bertanyakan abah tentang hal itu.

"Orang yang tidak patuh pada perintah Allah seperti tidak solat,tidak menutup aurat dan sebagainya tetapi kelihatan hidup mereka nampak sempurna sahaja.Punya kehidupan mantap dengan pekerjaan  tetap,sudah berkeluarga dan nampak sungguh bahagia sekali.Allah pula dengan mudah nya melimpahkan rezeki kepada mereka.Kenapa , kenapa ,kenapa dan kenapa??????......."

Terus menjadi persoalan mama kerana jawapan yang abah beri tidak memuaskan hati mama....

Mood hari ini: Sedih dengan nasib diri yang tidak berkerja tetap dan tidak punya pendapatan sendiri untuk membayar hutang PTPTN yang tertunggak.....Kusutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............        


Jobless...

Mama is feeling bad.Just finished her duty as temporary teacher at school.Mama's contract just end and now looking for new opportunity.Hopefully, everything will be fine.

Wednesday, August 10, 2011

9 bulan usia kelahiran Razyn Amsyar Bin Rosmadi Azizi...

Alhamdulillah,hari ini genap 9 bulan 4 hari Razyn Amsyar dilahirkan di muka bumi ini.Anak mama ini sungguh bijak dan aktif.Tak menang tangan mama nak melayan seorang diri.Terima kasih diucapkan kepada Yon,adik abah kerana sudi menjadi babysitter sepanjang sepeninggalan mama ke tempat kerja.Mama sungguh terhutang budi dengan kesudian maklang Amsyar apabila mahu menjaga sendiri anak saudara tunggal dalam keluarga abah.Jasamu memang dikenang dik....
Sudah macam-macam perkembangan Amsyar seiring dengan usianya,walaupun ada juga perkembangan Amsyar yang melampaui usia.Syukur ya Allah kerana mengurniakan aku anak yang bijak ini.Diusia 9 bulan ni,Amsyar dah:

     -pandai berdiri sendiri dengan sokongan objek-objek yang berdekatan
     -gigi 2 batang dah tumbuh dengan subur,jadi Amsyar dah pandai mengigit sekarang
     -sudah pandai panggil mama dan abah dengan pelat sendiri
     -suka meniru bunyi-bunyi yang di dengar
     -sangat suka tepuk amai-amai,buat bye2,dan buat mata stim diiringi muka yang chomel
     -gemar merangkak dengan laju sekali
     -suka memunggah barang-barang yang mama susun
     -suka makan nasi dengan lauk ikan,tetapi berapa suka ayam.

Selain itu,Amsyar sekarang sudah suka minum susu formula.Mama memilih Anmum sebagai susu pilihan untuk Amsyar.Alhamdulillah,Amsyar minum dengan penuh berselera .



Friday, August 5, 2011

Nasihat

Semalam sebelum tidur, mama dan abah berbual kosong.Seperti biasa mestilah mama yang mulakan dulu.Topik yang dibualkan adalah topik yang selalu mama sebut-sebut iaitu kerja..KERJA oh KERJA...Abah cakap mama macam tak bersyukur dengan apa yang Allah beri.Hermmmm,sedih jugak bila abah cakap macam tu.Bukan mama tak bersyukur,tetapi mama hanya pohon diberikan kesenangan untuk mama memohon ke jawatan tetap.Itu sahaja sebab yang lain-lain tu mama dah dapat.Alhamdulillah dengan nikmat semua yang lain-lain tu.Tetapi mama memang perlukan jawatan tetap tu sebab mama pun ada komitmen lain yang perlu mama selesaikan.Takkan mama nak harapkan abah menyelesaikan semua komitmen mama tu.Mama tak boleh menjadi suri rumah sahaja sebab jiwa mama adalah jiwa berkerjaya. Mama dah ada Amsyar untuk dibesarkan dengan hasil titik peluh mama sendiri. Mama tak mahu mensia-siakan ilmu yang mama ada ni.Mama nak sangat jawatan tetap tu.Bilalah agaknya penantian mama ni akan berakhir???

Wednesday, August 3, 2011

Gelisah

Mama gelisah sebab jiwa tak keruan. Sejak sehari dua ni, mama memang tak senang duduk.Hanya luaran sahaja tampak biasa,tetapi di dalam ni macam- macam yang mama risaukan.Bilalah semua ini akan berakhir???Memang betul lah,penantian tu amat menyeksakan.Di manakah kedudukan mama sebenarnya dalam senarai GSTT untuk diserap tu??.Berbagai-bagai spekulasi dah yang mama dengar,tetapi yang mana satu benar tu yang membuatkan mama risau.Ya Allah,permudahkan la urusan aku.Murahkanlah rezeki aku untuk mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depanku dan anakku.Hanya kepadamu aku memohon ya Allah tuhan sekalian alam.

Sunday, July 31, 2011

Mama dan Ramadhan

Alhamdulillah, sekali lagi mama diberi kesempatan bertemu ramadhan untuk kali ke 26 tahun.Tahun ni merupakan ramadhan kedua mama bergelar seorang isteri dan ramadhan pertama bergelar seorang ibu.Syukur ya Allah di atas nikmat rahmatMu ini.Ramadhan tahun ni mama akan berpuasa di tempat baru,jauh dari keluarga mama.Insyallah mama akan memanfaatkan peluang yang ada ini untuk masak sendiri juadah berbuka untuk keluarga kecil mama jika diberi kesempatan dan kelapangan waktu.Jika tahun yang lalu,mama akan berbuka puasa di rumah mak hampir 2 ke 3 kali seminggu tetapi tahun ini berlainan pula.Nampaknya mama akan berbuka puasa bersama keluarga mertua pula memandangkan mama tinggal lebih dekat dengan keluarga mertua,Harapan mama,agar tahun ni mama dapat berpuasa dengan penuh tabah disamping menyusukan Amsyar.Selain itu,mama juga berharap agar dapat menambah pahala  dengan menghatam quran walaupun mama tidak berkesempatan menunaikan tarawih kerana Amsyar masih lagi kecil untuk ditinggalkan pada waktu malam.

Thursday, July 28, 2011

The Launching of Stargate TESCO, Alor Setar.

Last night,mama went to Tesco Stargate Alor Setar with abah,Amsyar and sister in law. We were there just to joint a thousand of people to see the launching of a new Tesco in Alor Setar. What can mama say is, the place is very huge to stay walk-in for shopping.There are a lots of stall and kiosk selling a variety of products and stuff make the environment look so fancy. The most important thing is, the place must be comfortable for people to shop their groceries and here it is.

For the first time visit, mama bought 3 pieces of 'kain ela' to make baju kurung.The price was so reasonable compared to high quality of the kain. Insyallah, for the next visit,mama hope to buy another kain pasang to make baju kurung and give it to siblings.

Ya Allah,please hear my witness to have permanent job and doing sadakah to people around me. aminn..

Wednesday, July 27, 2011

Makan malam pertama di tempat baru.

Alhamdulillah, malam ni abah bawa mama makan malam di Restaurant Sala Classic yang terletak di Simpang Kuala. Mama memang  tak masak hari ni sebab abah dah janji nak bawa makan malam. Jadi, lepas sahaja sembahyang magrib,mama sekeluarga terus bertolak ke restoren untuk tempahan menu.Abah memilih untuk makan nasi sahaja memandangkan semua memang lapar sebab mama tak masak hari ini. Hampir satu jam kami di restoren menjamu selera dengan menu yang sedap. Pilihan menu malam ini adalah nasi putih bersama tomyam seafood,daging masak halia,telur dadar dan sayur goreng campur.

Tidak menjadi masalah untuk Amsyar sebab mama dah bekalkan dia dengan moi.Jadi,bila sampai aja restoren tu,mama terus suapkan Amsyar bagi kenyang-kenyang supaya dia tak meragam.Habis semangkuk moi dengan lauk goreng masakan mama yang menjadi kegemaran hero mama ni.

Selesai sahaja makan malam, abah terus ajak mama balik rumah sebab abah dah mengantuk memandangkan hari ini abah selsema dan batuk-batuk. Kesian abah,semoga cepat sembuh ok.Sampai di rumah pada pukul 10 malam mama terus bersiap-siap seterika baju untuk kerja esok.

Terima kasih abah sebab belanja makan malam.insyallah ada rezeki lebih nanti mama yang belanja pula ya.

Tuesday, July 26, 2011

Feeling

Sometime mama is feeling good but most of the time mood will ruin mama's feeling. There are a lots of causes which will lead to the feeling of mama. The most important issue which make mama think is about 'work"...For the time being, mama is working but not permanently work.Mama was hired for temporarily position as a teacher at secondary school near to mama house.Alhamdulillah for the 'rezeki' ya Allah.Mama accept it wholeheartedly. Mama really want this job since Amsyar was not here.Right after mama got the degree from the university, mama choose to be a teacher but Allah still not fulfill mama wish.

Please,

In the name of Allah, the most gracious the most merciful. I really want this job. I want to pay may debt to PTPTN, i want to help my parents as well as people around me. I want to share the hardness of being a wife with my husband in terms of sharing all the expenses. I want to fulfill my needs as people around have it .Oh Allah with my humble heart, please hear my doa' towards You.The only and most knowing all the good and bad in this earth... Aminnn..

Monday, July 25, 2011

Gambar Cameron Highland hilang...

Sedihnya,kalau mama berhati-hati mesti semua ni takkan terjadi....Semua gambar yang mama ambik semasa bercuti ke Cameron Highland hilang dalam sekelip mata.Salah siapa????Mama lah yang tak berhati-hati dan cuai.Emmm dah hilang segala memori dekat sana.Dah la semua gambar ni cantik-cantik.Huhuuuuuuuu abahhh mama nak pergi lagi.....sedihnya..!!!!!!!!1

Saturday, July 23, 2011

Pagi Ahad

Mama bangun awal hari ni untuk siapkan moi Amsyar sebelum bersiap2 ke tempat kerja.Abah cuti hari ni tapi mama pulak kerja.Jadi, Abah yang akan tengok2 kan Amsyar sehingga jam 2.10ptg ni...Semoga semuanya baik-baik aja.

Wednesday, July 20, 2011

My lattest updated

Today is wednesday and tomorrow will be the last day of working day for mama for this week. There are a lots of agendas will be held during this weekend. But pitty of abah, he will have another two days of working days and will attend the ceremony with our prime minister Pak Najib on this coming Saturday.So, abah do not have an ample weekend to spend with mama and Amsyar....Its okay abah,mama always will be with you and understand you atmost. Insyallah.....

Thursday, July 14, 2011

Kami bertiga di tempat baru.

Alhamdulillah,mama,abah dan Amsyar sudah pun berpindah dan sekarang menetap di tanah besar, Alor Setar.Segalanya bergitu pantas berlalu,rasanya baru sahaja abah mendapat surat pertukaran dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  (KPKT) dan kami sama-sama mengatur hal perpindahan itu dan ini. Usai 2 minggu lebih kami menetap di tanah besar ini.Macam-macam sudah kami lalui dan sekarang ini adalah fasa penyesuaian diri dengan suasana baru di tempat orang. Jika dulu di bumi Langkawi, agenda hujung minggu kami hanya berehat-rehat di rumah dan berkunjung ke rumah mak di kampung.Tetapi segalanya berubah di sini kerana hujung minggu kami bakal terisi dengan bermacam-macam agenda memandangkan kami akan 'panjang kaki' di sini. Lagipun,kampung abah memang terletak di sini dan banyak masa hujung minggu kami akan dihabiskan di kampung abah.

Betul lah kata orang, hijrah itu satu perubahan kerana hijrah akan membentuk pembaharuan. Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana di bumi baru ini mama telah mendapat perkerjaan.Mama sangat bersyukur walaupun rezeki ini hanya untuk sementara tetapi sekurang-kurangnya mama tidak akan selamanya membebankan abah seorang diri. Cukup lah rezeki secupak ini untuk menampung hidup mama dan membantu abah seadanya. Insyallah, Allah tidak akan zalim dengan mama insan yang sangat lemah lagi memerlukan ini.

Amsyar sudah bijak sekarang.Sangat bijak dan aktif. Ada-ada sahaja keletah baru Amsyar yang mencuit hati mama dan abah. Setiap pagi, sebelum mama bergerak ke tempat kerja,Amsyar akan mula buat perangai.Konon-konon mahu menarik perhatian mama agar membawanya sekali. Kesian anak mama ni,tetapi mama terpaksa tinggalkan Amyar buat sementara sehingga tengahari. Amsyar sekarang semakin manja, rasanya lebih manja dengan mama berbanding abah.Pantang mama duduk, pasti cepat-cepat Amsyar datang menyendel.Sudah banyak perkembangan Amsyar sekarang seiring dengan usianya.Amsyar sudah ada 2 batang gigi, Amsyar sudah pandai tepuk amai-amai berserta buat mimik muka geram,Amsyar sudah boleh duduk sendiri,Amsyar sudah mula mahu berdiri walaupun tak berapa cekap merangkak dan yang paling mama teruja sekali adalah Amsyar sudah pandai panggil 'mama'.Bahagianya.....!!!!

Sekarang ni, cuti abah dan mama dah tak sama.Sedih jugak sebab seminggu hanya ada sehari sahaja cuti abah dan mama untuk bersama-sama di rumah dengan Amsyar.Abah cuti hari sabtu dan ahad manakala mama pula bercuti hari jumaat dan sabtu.Jadi, kami hanya ada hari sabtu sahaja untuk Amsyar.Tetapi mama tak kisah sebab setiap hari mama dan abah tetap bersama walaupun di waktu lewat petang dan malam. Alhamdulillah, mama terima dengan hati terbuka dan berlapang dada kerana Allah dah kurniakan rezeki perkerjaan buat mama.

Untuk abah, terima kasih mama ucapkan kerana bersusah payah untuk mama.Insyallah mama akan bantu abah kelak.Walaupun tak banyak tetapi mama harap dapat meringankan sikit beban abah. Mama berjanji akan menjadi isteri yang terbaik untuk abah dan menjadi mama yang terhebat untuk anak kita Amsyar.


Monday, June 27, 2011

Farewell Ceremony for Abah.

Today is the last day abah work at Majlis Perbandaran Langkawi before be transfer to Majlis Perbandaran Kangar,Perlis. Therefore, a small  ceremony will be held in conjunction with Israk Mikraj speech at his office. Mama together with Tok was making pulut kuning with ayam berempah to give to all MPDL staff as a farewell ceremony said above. Alhamdulillah,everything done smoothly by preparing the "kenduri" because all the raw materials was prepared 3 days before. Chickens and sticky rice were cooked during 2 hours starting early in the morning and they are deliciously cooked.

Abah told mama, everything was settled starting from transferring belongings and end up with our new rented house. Alhamdulillah, Allah makes our life easier as we wish for. Hopefully, He will give opportunity and chances for mama to get employed soon.

Tonight, mama will attend a dinner with all abah's staff as they want to make a small party for abah within their department. Truly says, mama really dont want to follow abah but he asked me to accompany him. Mama dont have a suitable clothes for tonight because all the clothes were transferred to our new rented house..

Tuesday, June 21, 2011

Semuanya tentang Razyn Amsyar Bin Rosmadi Azizi

Razyn Amsyar....seindah nama yang mama dan abah berikan...Alhamdulillah,anak mama dah membesar dengan sihat dan bijak Sungguh comel kan anak mama ni....Ni antara progres anak mama di usia 7 bulan lebih
-Gigi dah tumbuh sebatang di bawah
-Dah merangkak tapi tak terer  lagi sebab masih jatuh-jatuh
-Suka makan
-Pandai senyum dan ketawa bila diagah
-Suka dekat semua orang walaupun orang yang tak pernah jumpa
-Suka sungguh kalau didukung
-Pandai buat muka comel.


Mama rasakan masa bergitu pantas berlalu,kehadiran Amsyar memang menyerikan kehidupan mama dan abah. Bukan sahaja keluarga kecik kita ni tapi keluarga abah dan keluarga mama jugak.Semua orang ternanti-nanti akan kehadiran Amsyar.

Mama tak dapat nak bayang kan kalau mama terpaksa berjauhan dengan Amsyar ni,mesti mama tak bole duduk....Abah pun tak bole duduk kalau tinggal Amsyar lama-lama.

Tengok tu,bertapa pentingnya Amsyar dalam hidup mama dan abah....Mama doakan anak mama ni akan teus sihat dan membesar menjadi anak yang soleh serta bijak ,mendengar cakap mama dan abah, sentiasa menjadi penyejuk di mata dan penawar dikala duka.

Monday, June 20, 2011

Penantian belum berakhir...

Kadang-kadang mama terfikir,apalah dosa mama sehingga Allah masih belum memakbulkan doa mama untuk berkerja.Mama dah berusaha untuk berkerja.Macam-macam saluran dan permohonan dah mama usahakan,tapi mama masih hampa kerana belum ada pun yang tersangkut menjadi rezeki mama.Kawan-kawan mama, senang aja nak dapat keja.Mintak ja,terus dapat...tapi mama ni,lain pulak jadinya..kena tunggu berkurun-kurun kot baru nak dapat..huhuhu sedihhhh.......bukannya mama ni bodoh kot sampai orang tak nak ambik mama berkerja.Mama graduate degree second upper class jugak..huhu kawan-kawan mama yang dapat second lower class pun dh keja yg best2...so,mama mmg tak tau di mana silap mama....huhuhu

Sedih sangat bila kenangkan nasib mama yang tak berkerja ni....Lagi sedih bila terpikirkan abah yang kena menanggung mama dan Amsyar seorang diri.Mama memang nak sangat bantu abah mengurangkn beban keluarga sebab mama pun belajar tinggi jugak macam orang lain dan mampu untuk berkerja....Kesian abah....huhuhu

Mama punya hutang yang perlu dilangsaikan....Hutang PTPTN yang berpuluh ribu tu siapa yang nak bayar kalau mama tak berkerja?????....Sampai bila mama nak menjadi penghutang tegar yang tak bayar2 hutang tu...huhu lagi sekali mama sedih bila kenangkan hutang yang tertunggak tu...Mama juga masih ada ibu ayah yang perlu dihulurkan wang setiap bulan...Begitu juga mertua di kampung yang mama lebih suka hulurkan wang bulanan sebagai satu tanggungjawab mama yang mama perlu tunaikan.Mama punya keinginan untuk memiliki.Dah lama mama tidak beli baju baru,dah lama mama tidak berbelanja untuk diri mama. sendiri...sedih kan????...Lagi sedih bila mama tengok anak2 orang segak berbaju baru dengan segala eksesori yang dipakaikan...Amsyar tak ada pun..semua yang lama..Umur dh nak masuk 8 bulan tapi masih pakai baju yang mama beli dulu2..ada ja baju yang amsyar masih pakai baju waktu mama lahirkan dia dulu....Aduhai sedihnya anak mama ni.....Anak orang lain.baju semua berjenis2 dan pelbagai....Amsyar ni pulak,banyak barang2 dan baju yang diberi atas ikhsan orang lain....Huhuhu mama harap anak mama ni terus bersabar ye semoga rezeki kita murah dan mama akan belikan jugak untuk Amsyar macam orang lain dapat tu...

Apa yang boleh mama katakan adalah,bersabarlah wahai hati....Insyallah ada agenda lain yang lebih baik telah Allah aturkan untuk kamu....Bersabarlah untuk kesekian kalinya.....

New life with the same hope...

Finally, abah will transfer to Kangar as requested by himself to work at mainland and thus he will start working there on coming 1st of July.Therefore, mama and Razyn Amsyar will follow and stay with abah at Alor Setar. Abah already got the house for three of us to stay comfortably eventhough it just a rent house. Everything seem hard to mama since mama is not work yet. Unfortunately,mama cannot stay home just to take care of Razyn Amsyar and get nothing coming into mama's pocket (money).Mama cannot stay anymore by wasting time without work.But, for the time being mama is trying hard put the efforts to find out all  the suitable work for mama to strive on. As said before, abah was help a lots to get mama employed. Thanks so much abah...!!! Insyallah, mama will repay back soon all your deeds in terms of financial support .

While talking abaut transfer, there are a lots of things to be settle. First and foremost are belongings in previous house. Everything need to be pack in the boxes and safely transfer to the new house. That is not done just for stuff and belongings because we have other things to think off. There are custom tax for car, lorry for pickup belongings,transfer process for belongings, boxes to packing stuff, people to help us and all the simple things whicha re not simple if we did not do it. Alhmdulillah, 80% of the check list are in a good progress.

Coming back to mama works, that is not the end of the story. Actually, mama was attending an interview in Penang last saturday. Unfortunately, the interview was walk in interview for post of Customer Relationship Executive at Affin Bank Berhad. Eventhough its seem in-office work but its not just stay in office.If mama is accepted for the job,mama need to go out and find sales for the company.Thus ,it seem hard and for sure abah will not allow mama to accept the job for the sake of safety and some other reason which not reliable for abah criteria.

To conclude, mama just wanna say.....Lets Allah simplify everything.....Mama just a human being and only rely on Him at the above.....

Menjenguk ke Cameroon Highland...

Insyallah mama dan keluarga sebelah abah akak ke Cameroon Highland pada 3 hingga 5 Julai nanti. Pemergian kami ke sana adalah secara kebetulan memandangkan adik bongsu abah, Fitri Azizi akan melapor diri untuk melanjutkan pengajiannya di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dalam bidang Kejuruteraan Perkapalan. Jadi, dah alang-alang abah kena menghantar adiknya ke Politeknik tu, abah telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya sekali ke Cameroon Highland sebelum 5 julai nanti.Maksudnya kami akan menginap di atas puncak Brinchang selama 3 hari 2 malam.

Mama dah terbayang-bayang akan kesejukkan di sana.Kalau berkesempatan, mama nak ajak abah melawat ladang strawberi,ladang teh,ladang bunga,ladang sayur-sayuran dan  buah-buahan.Tidak ketinggalan juga, mama teringin sangat nak melawat   MARDI dan pasar malam yang dikatakan sangat meriah dengan pelbagai jualan sayur-sayuran segar. Harapnya semua yang diidamkan akan tercapai dan terlaksana.

Jika mengikut perancangan abah, kami akan menginap di Natasya Resort yang terletak di Puncak Brinchang.Natasya Resort menawarkan pakej penginapan berkeluarga yang agak menarik di apartment yang agak selesa.Jadi, tugas mama sekarang adalah nak menempah bilik bagi memudahkan tugas abah nanti supaya tak pening-pening nak buat semua di saat akhir.

Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar memandangkan kami belum lagi menjejak kaki ke sana. Terasa agak teruja tetapi tidak boleh terlalu seronok kerana kesederhanaan itu adalah lebih afdzal...Insyallah..


Thursday, June 16, 2011

Mama di Copthorne Orchid Hotel,Penang..

Mama dan Razyn Amsyar telah mengikuti abah ke Penang selama 3 hari 2 malam...Abah diarahkan menghadiri kursus berkaitan kerjanya di Copthorne Orchid Hotel ..Terima Kasih abah kerana sudi bawak mama dan Amsyar beristirehat di sini...Lain kali jangan segan silu mengajak kami lagi yer...Kami sangat enjoy di sini...

Wednesday, June 8, 2011

Only Two of us~ Mama and Razyn Amsyar...

It was about two weeks mama didn't updated this blog.That all about time.Mama didn't have an ample time to sit and write down anything regarding mama's life into this blog. For the time being, mama quite busy with the usual routine as a housewife.Today,just only mama and Amsyar here in Langkawi.Abah went to mainland of Alor Setar,he need to attend 5 days sports course at Polimas,Jitra starting todays until the day of this coming Sunday. For the sake of his job,mama let abah attending his course with full of support.best wishes to abah and hopefully abah will coming back safely without injury while playing the game...

Abah,thank you so much for everything and mama just wanna say that mama love abah so much....

Wednesday, May 25, 2011

Mama Cemburu...!!!!

(Mama  menulis  dengan emosi yang  tidak  stabil)
Bersalah  kah  kalau mama  cemburu?....ya,memang   mama  cemburu!!!!!……Mama  rasa sangat  kecewa sebab  apa  yang mama mahu tak  dapat lagi  tapi  kawan-kawan seperjuangan mama semua dah  dapat.Mama  sedih  sebab  mama unemployed  tahun  ni…Kenapalah  Allah  masih tak  makbulkan doa  mama  lagi…Mama  jahat  sangat  kah  sampai  Allah  begitu  membiarkan mama  tidak  berkerja  walau mama  telah  berusaha.???Di mana  silap  mama????Hampir  3  tahun mama berkorban dan selama ini  juga mama masih  tidak mampu  menggapai  impian mama….
Mama  cemburu,tengok kawan-kawan mama  bercuti ke  destinasi  pelancongan  di  dalam dan  luar negara  dengan gembira  sekali.Mama  cemburu bila kawan-kawan mama bershopping  dengan  duit  sendiri.Mama cemburu  bila  kawan-kawan mama bebas  berbelanja.Mama  cemburu  tengok  kawan-kawan mama  mampu  memiliki gadget canggih  sekarang  ini.Mama  sangat  cemburu  sebab mama tak mampu memiliki  apa  yang kawan-kawan mama lakukan kerana mama tidak punya  wang.MAMA TIDAK BERKERJA!!!!!…..
Mama tamat  belajar  tahun  2008 pada   bulan November.Awal tahun  2009,mama memohon untuk menjadi  seorang  guru.Alhamdulillah  mama diterima mengajar  di  sekolah  rendah  di  daerah  tempat  tinggal mama.Walaupun gaji  yang  ditawarkan  sangat  tidak  berbaloi dengan kelulusan mama,tapi mama  masih  terima.Setahun mama  di  situ.Tahun  2010  mama  diterima  lagi menjadi  guru  kontrak  di  sekolah menengah  pula,tetapi  rezeki mama  tidak  lama  di  situ.Perkhidmatan  mama  diperlukan  sehingga  bulan  Oktober  sahaja..Mama  sangat  sedih.Tapi  kesedihan mama dapat  di  atasi  bila  mama  melahirkan  anak  sulung  mama  pada  awal  November 2010.
Tahun 2011,mama tidak berkerja.Mama  bergantung  sepenuhnya  kepada  abah.Betapa  bersalahnya  mama  rasa,seolah-olah  mama  menyusahkan  abah.Mama tak suka  dengan situasi  ini.Mama benci sangat.Untuk sekian  waktu,mama  rasa  sangat  stressed  lagi  kalau mama  pulang  ke  kampong.Mama  rasa  macam  orang  sekeliling  memandang  sinis  kepada  mama  yang  tak  berkerja  ini.Mama  tidak  boleh  hidup  dengan  situasi  seperti  ini.Mama  rasa sangat  rendah  diri.Mama  menangis  sepuas-puasnya  bila  mama  rasa  down…..Sekarang  ini,mama kerap  sungguh  menangis…Mama  tidak  tahu  sampai  bila  mama  akan  berada  dalam  keadaan mama yang  tidak berkerja  ini.Mama sedihhhhhh……
Mama punya  hutang PTPTN yang  perlu dilangsaikan,mama ada emak dan ayah yang  perlu dihulur  wang setiap bulan,mama ada anak yang perlu dibesarkan bersama-sama abah,mama punya saudara mara yang mama suka sedekahkan wang,mama punya  keinginan untuk memenuhi keperluan mama. Mama tak boleh bergantung sepenuhnya kepada abah bagi memenuhi segala  keperluan mama ini kerana abah juga ada tanggungjawab lain….
Ya Allah,Kau permudahkan lah usahaku ini…..Hanya padaMu aku memohon.Amin……

Wednesday, May 18, 2011

Mama sayang Abah.......

For the most of mama life,mama just wanna say mama loves abah so much.......Abah scarifies a lots to make sure mama is happy....Mama did't know how to repay all  the deeds of abah because abah is so much kind..Mama cannot life without abah.....

Mama cannot sleep well if abah going somewhere for outstation or apart from mama..Mama cannot breath without abah nearby...Mama is damn crazy while abah is not around because abah is so meaningful into mama life....Abah always pampered mama with all needs and wants....

Mama still remember while mama and abah are together after getting married.Abah served mama like a queen.Mama felt so happy at that time.Just two of us without nobody else in the house because abah rent the house and we stay apart from the family.We built our small family with the own style.But,Allah was gave us the best present which was a baby to be raised.Alhamdulillah, we are really thank to Allah for this present...Abah took care of mama at the fullest during mama pregnancy time.

Now,Razyn Amsyar is mama and abah sweetheart....He is very cute little boy...Very active and clever...Abah said to mama that he cannot live if Razyn Amsyar is not around. Its shown how abah love his son so much..

Everyday abah went to work and left mama and Amsyar at home. But, most of every day abah will call mama and ask about us at home.And every single day abah will kiss and hug mama before go to work.Mama so happy having abah as a husband in this world and wish to have abah in right at hereafter.

Abah is always smile while looking at mama.Abah is always give mama support if mama give up...Abah is always be a good listener while mama is telling everything even not an important thing.... For entire of mama life,abah is so special because abah have his own skill while controlling mama anger....

Abah,
Mama love abah,
Mama happy with abah,
Mama get everything,
Thanks abah..

Abah,
Mama is admire abah,
Mama is lucky to have abah,
Mama don't want to loose abah,
Mama want abah happy.

Abah,
We rise our 'give' from Allah,
Abah scarifies a lots,
Abah is so brilliant,
Abah is one in million..............



Thank you abah for helping mama to fulfill mama dreams..Insyallah,Allah is always with us and lets Him simplify everything.....





Muahhhhhhhh...................

Wednesday, May 4, 2011

sabar itu CANTIK wahai mama....

Dalam hidup ni banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi dan tempuhi.Semua manusia akan diuji oleh Allah dalam pelbagai bentuk.Jadi,sebagai manusia juga,kita haruslah bijak mengawal ujian itu dengan akal yang waras dan sentiasa berfikiran positif.Mama pun selalu diuji dan ujian itu pada hakikatnya membuatkan mama rasa sangat kecewa dengan diri mama.Tapi,mama harus positif dan berpegang pada janji Allah yang setiap keperitan itu jika dilaui dengan hati yang tenang dan redha,insyallah akan berakhir dengan kemanisan.


Siapalah mama jika mahu menolak takdir.Siapalah mama jika mahu menidakkan ketentuan ilahi.Tapi yang mampu mama lakukan adalah berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.Mama yakin dan percaya,masih ramai di luar sana yang diuji dengan dugaan yang maha hebat lagi..Mama suka sekali bila seorang kawan mama sewaktu mama mengajar di sekolah menengah dulu begitu optimis dengan dugaan,katanya

"setiap detik dlm kehidupan kita mesti bersabar, setiap org ada dugaan masing2, kita susah, ada lg org yg lbh susah dr kita, kuatkan iman, tabahkan hati utk hadapi segala liku dlm kehidupan, insyallah allah akan permudahkan jalan utk kita".                  alahai mahu menagis mama dengan tulisan ni...

Mama masih teringat akan dugaan yang seorang lagi kawan mama terpaksa tempuhi.Kawan mama ni seorang surirumah tangga sepenuh masa walaupun mempunyai segulung ijazah.Alhamdulillah,dia dikurniakan seorang suami yang mampu untuk menampung kehidupan berkeluarga mereka bersama 2 orang anak kecil.Mama lihat,hidupnya sangat bahagia kerana Allah kurniakan kebahagiaan dan keselesaan hidup yang orang lain juga mahukan jika diberi peluang.

Tetapi,setiap kemanisan tu rupanya adalah ujian dari Allah jua.Mungkin Dia mahu menguji kita sejauh mana ingatan kita kepadaNya bila kita diulit kemanisan.Aoa yang terjadi,suaminya pergi meninggalkan kawan mama dan 2 orang cahayamata mereka dalam sebuah kemalangan jalan raya.Subhanallah,bagaimana kehidupannya selepas ini???Bagaimana anak-anaknya???Bagaimana makan pakainnya selepas ini???Soalan demi soalan bermain di pemikiran mama bila memikirkan tentang kawan mama ini.Mama doakan semoga Allah memberikan dia ketabahan luar biasa demi membesarkan anak-anaknya dan meneruskan kehidupan tanpa suami tersayang.


Bagaimana mama jika diuji dengan sedemikian ujian??Adakah mama mampu??Adakah mama kuat??Adakah mama berani??Persoalan ini hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya kerana Dia maha mengetahui segala-galanya di dunia yang fana ini.Allah akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh hambanya.Apalah sangat ijian yang mama hadapi ini jika nak dibandingkan dengan ujian yang kawan mama lalui.

Yang paling penting, setaiap dugaan yang kita hadapi perlulah diiringi dengan kesabaran walau sehebat mana pun ujian tersebut kerana sabar itu CANTIK.......

Alhamdulillah,mama masih ada kesabaran itu walaupun kadang-kadang ianya seperti terbang dibawa angin lalu...

Tuesday, May 3, 2011

Kuey Teow Udang versi mama...

Semalam abah beli sebungkus Kuey Teow mentah dengan sedikit sayur-sayuran....Jadi,sebelum tido malam tadi abah dah bagitau mama tengahari ni dia nak makan Kuey Teow goreng tapi dia nak mama letak banyak udang dan sotong.Nasib baik stok udang besar dan sotong dari kampung banyak lagi.Jadi awal-awal tadi mama dah keluarkan udang dan sotong dari freezer supaya senang bila nak masak nanti..

Hari ni Amsyar bagun tido awal,pukul 10 tadi dah bukak mata dan sengeh-sengeh dekat mama.Alahai,awal pulak anak hensem mama ni bangun hari ni.Tanpa banyak songeh dengan senyum melebar tu menandakan Amsyar tido dengan cukup tapi kalau bangun dan terus buat muka masam sambil menagis maknanya tido malam dia tak berapa nak kualiti..heheheh.....macam-macam eh Amsyar ni...Dah semaikin bijak...Ha,terlajak dari topik pulak,hahaaha....Ok,lepas mama bf Amsyar terus bagi dia mandi dan siapkan pakai baju dan letak bedak bagi wangi...Dah setel semua,terus letak Amsyar dalam walker sambil sediakan bahan untuk buat Kuey Teow goreng.

Sambil-sambil menanti jam pkol 12.30 untuk mama masak Kuey Teow,mama nak update sikit menu tengahari ni dengan semua...Ni,resepi ala mama lah,home made sendiri aja...Jom kita tengok...


Bahan-bahan.

1.Sebungkus Kuey Teow
2.Cili Kering 5 biji
3.Seulas Bawang Besar
4.Bawang Merah dan Bawang Putih 2 ulas
5.Sayur Sawi dan Kobis (Boleh tambah Taugeh dan Kucai)
6.Udang besar
7.Sotong
8.Sedikit minyak untuk menumis
9.Kicap,Sos Cili dan Sos Tiram.

Cara menyediakannya..

1.Kisar cili kering bersama bawang besar berserta bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
2.Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan Kicap,Sos Cili dan Sos Tiram ke dalam kuali.Biarkan selama 2 minit sebelum masukkan udang dan sotong.
4. Serasikan rasa dengan sedikit garam dan gula.
5..Masukkan Kuey Teow dan kacau sehinnga nampak kering. Sebelum kering,masukkan sayur-sayuran sebelum matikan api.

..........................Sedia untuk dihidang panas-panas.....................................

Kuih Kasui buatan mama.....

Lepas solat magrib tadi,tiba-tiba pulak mama rasa lapar,emmmm nak makan nasi tapi takot gemuk..Maklumlah dad ada anak ni,badan kena jaga takot bam-bam nati susah pulak mama nak cr baju.dah la sekarang ni pun mama rasa badan mama macam senang sangat naik...dah hilang shape anak dara dan sekarang ni maintain shape mak dara..huhu apa nak buat,inilah dikatakan pengorbanan menjadi seorang isteri dan ibu..hehehe...

Eh,mama dah lari topik rasanya,heeehe sebenarnya mama nak cerita yang malam ni mama buat kuih kasui..inilah antara kuih yang mama rasa sangat senang dan cepat untuk disediakan...Esok bole abah bawak bekal pergi ofis..heheh...lagipun ni jugak antara hobi mama...MEMASAK......okeh sebelum mengakhiri post malam ni,mama nak kongsi lah resepi kuih kasui buatan mama ni....kalau teringin bole lah mencuba ye adik-adik dan kakak-kakak....


Bahan-bahan

1.Tepung gandum 2 cawan
2.Tepung Ubi 3/4 cawan
3.Gula Merah secawan
4.Sesudu air kapur
5.Gula Pasir 3 sudu
6.Air 2 cawan

Cara Memasak.

1.Masak Gula Merah dengan 2 cawan air dan biarkan sejuk.
2.Campur tepung gandum,tepung ubi,gula,air kapur bersama 2 cawan air.Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan air gula merah ke dalam campuran tepung tadi.
4.Kukus di dalam periuk kukus selam 10 minit....
-----------SIAP-----------
ha,dah siap kuaih kasui buatan mama...senang kan.....

Selamat mencuba!!!!!

Alhamdulillah rezeki itu dari Allah.....

Hari ni mama nak post tentang rezeki...Mama percaya setiap orang pasti nak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam pelbagai bentuk...tak kisahlah rezeki umur yang panjang,rezeki anak yang sihat dan cerdik,rezeki keluarga bahagia,rezeki wang yang banyak,rezeki kesihatan yang baik dan pelbagai lagi rezeki macam2 yang kita inginkan...hermmmm dah nama pun manusia kan...mesti setiap keinginan yang kita nak tu seboleh bolehnya  kita nak dalam masa yang singkat....


Tapi kan,mama sering tertanya-tanya jugak...Adakah setiap kali Allah kurniakan rezeki yang kita nak tu kita bersyukur????Adakah kita gunakan rezeki yang Allah bagi tu ke arah kebaikan atau sebaliknya???Ataupun kita tidak merasa apa-apa pun dgn rezeki dari Allah tu??? entahlah,susah jugak ye kalau nak menjawab soalan ni sebab kadang2 kita jadi lupa dengan apa yang ada disekeliling kita yang sebenarnya adalah rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita...



Kalau tanya mama sekarang tentang rezeki,mesti macam2 yang akan mama minta..emmm tapi mama tak nak kongsi di sini lagi sebab nanti mama nak post lagi cerita tengtang keinginan mama dan apa yang mama nak dalam hidup mama ini...


Buat masa sekarang ni,apa yang boleh mama katakan adalah mama sangat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk mama walau pun masih ada satu benda lagi yang mama iginkan belum tertunai..Tak mengapalah,mama yakin dan percaya bahawa Allah  tidak akan kejam ke atas umatnya seperti  yang selalu abah ingatkan mama bila mama mengeluh tentang keinginan mama tu...Insyallah,mama telah berusaha,berdoa dan sekarang mama hanya mampu bertawakal sambil diri ini terus berusaha untuk mencapai impuan mama tu..


Seperti yang mama katakan tadi,mama tetap bersyukur dengan rezeki yang mama ada sekarang ni,Alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekiMu kepada hambamu yang hina lagi serba kekurangan ini...Terima kasih di atas kurniaan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab untuk diriku ini,terima kasih dengan rezeki keluarga bahagiaku ini,terima kasih di atas kelapangan masa untuk ku bersama keluargaku ini..dan terima kasih di atas segalanya yang telah Engkau kurniakan untukku dan keluarga kecilku ini....


Tanpa Mu siapalah aku ya Allah tuhan sekelian alam...
Ok lah,sampai di sini dulu untuk hari ini..Nanti mama akan coretkan lagi kisah ceritera mama ini..


Salam petang...

Sunday, May 1, 2011

Cerita Mama di kampung......

Selamat pagi ye...alhamadulillah mama dah selamat sampai rumah semalam setelah 6 hari di kampung abah....baiklah, sekarang mama nak cerita apa yang terjadi sepanjang mama berada di kampung...mama nak mulakan kronologi cerita mama ni dari hari pertama sehingga hari terakhir....ok jom kita mulakan.....

Hari Pertama..
Mengikut plan awal abah,kami akan bertolak pukul 2 petang dari rumah tapi lain pulak jadinya disebabkan abah lambat balik rumah tengahari tu,jadi kami terpaksa bertolak lewat sikit pukul 3.30ptg...dah sampai jeti,abah ambik tiket  pukul 4 petang yang available time tu..jadi kami selamat bertolak dari langkawi ke tanah besar pukul 4ptg dan selamat sampai di jeti Kuala Perlis pukul 5 ptg...Setelah urusan menyewa kereta selesai,kami bertolak ke kg abah hampir jam 6 ptg..oh ya,abah telah menyewa kereta Viva yer berwarna putih....hermm dalam perjalanan mama pulak terasa nak terkucil,jadinya abah berhenti di Stesen Minyak berdelatan..hihhi macam2 lah mama ni....akhirnya kami sampai ke kg abah hampir jam 7.30 ptg....dh sampai,abah terus siap2 untuk bertolak ke KL pulak malam tu selepas magrib sebab abah tak jadi nak naik flight....mama pulak suapkan Amsyar dengan bekal bubur yg mama masak dr rumah...huhu sedih la pulak bila abah nk tinggalkan mama dgn Amsyar dkt kg..yela,mama kan tak pernah berpisah dgn abah lg sejak hadirnya Amsyar dlm hidup mama..tapi demi tugas abah,mama rela dan redha dengan tuntutan kerja abah tu...akhirnya abah bertolak ke KL selepas solat magrib dan selamat sampai KL jam 2.30pg...alhamdulillah abah selamat sampai....Amsyar pun tak meragam malam tu..mungkin sebab letih kot...Amsyar tido sampai ke pagi....

Hari Kedua...
Awal-awal pagi lagi abah telefon mama...tanyakan Amsyar dh bangun tido ke belum..hehhe rindu lah tu....emmm mama bangun awal lah jugak walau mama mengantuk sebenarnya sebab letih perjalanan tak habis lagi.tapi mama gagahkan diri jugak tolong Tok Amsyar sediakan sarapan pagi...hari ni adalah hari pertama tanpa abah bersama mama dan Amsyar...Ramai jugak saudara mara sebelah abah datang bertandang nak tengok cucu kesayangan Tok dan Wan ni..hehehe...mama okay aja...sebenarnya abah balik dr KL hari ni jugak...so lepas aja habis mesyuarat pukol 5 ptg terus abah balik Kedah...Alhamdulillah,abah selamat sampai pukol 2 pagi..sukanya mama bila abah dan sampai rumah..heheh

Hari Ketiga
Sekejap aja masa berlalu,dah masuk hari ke tiga...wawwww bestnya sebab hari ni abah nak bawak mama pergi Alor Setar..heheh at least mama bole lah ajak abah tengok rumah baru kami....terus lagi teruja sebab mama nak belanja abah makan Pizza Hut...Abah kata nak shopping baju Amsyar sebab banyak baju Amsyar dah tak berapa muat..huhuhu cepat sungguh anak kesayangan mama ni membesar....mama sangat terharu dan teruja...emmm bila dh setel urusan shopping baju Amsyar dan urusan abah  setel.mama terus ajak abah ke Pizza Hut..huhu mama tak suka pizza hut dah,servis dh la lambat lepas tu pizza pun tak berapa sedap..mama prefer lg makan KFC atau Mc Donald lah kalau nak makan fast food ni sebab lg puas hati....
dah settel semua,abah singgah jap dekat rumah baru kami....heheh mama sgt teruja dan rasa macam nak cepat2 pindah masuk rumah baru ni....tapi abah cakap kena renovate dulu..emmm takpa la nati lepas renovate baru kita pindah okay?????okay abah......hahahah...lepas dh tengok rumah baru,terus balik rumah...sampai rumah jam dh menunjukkan pukul 7mlm....

Hari Keempat..
Pagi-pagi lagi mama dah bangun...solat subuh dan kejutkan abah untuk solat...terus ke dapur untuk tolong Mak siapkan sarapan pagi.Dah setel semua sarapan, kejutkan abah yang tido semula lepas subuh untuk sarapan bersama...Amsyar pun bangun time ni..hahahah bila bangun mama kena mandikan Amsyar dululah nampaknya....Mak bagitau dia perlu menghadiri majlis bacaan Yasin di rumah jiran yang berdekatan,jadinya Mak masakkan menu tengahari agak awal...Mama tak sempat nak tolong Tok sebab uruskan Amsyar..heheh lepas semua dh selesai,Amsyar pulak mengantuk untuk second round...tidokan Amsyar semula...abah ajak mama pergi pasar beli sayur....mama sgt teruja untuk ke pasar sebab sayur2 di pasar ni segar2 n murah sangat....Amsyar mama tinggalkan dekat Maklang, sebelum mama dan abah ke pasar...Balik dari pasar dah pukul 1 tgahari....Abah siap2 untuk ke Masjid untuk bersolat Jumaat...lepas Jumaat abah,mama,Tok,Wan dan Amsyar bergerak ke Sungai Petani untuk beli barang Tok....Sangat seronok sebab bole jalan2 lagi....dah setel semua,terus balik rumah..sebelum sampai rumah,Wan nak beli durian untuk dimakan dengan pulut...Balik rumah,dah pukul 7 malam...

Hari Kelima...
Hari ni abah dan mama plan nak pergi kenduri kawan abah di Yan,tapi sebelum tu kena ke kelinik kulit dulu sebab nak ambik ubat untuk Amsyar.Entah la,dari semalam lagi kulit Amsyar merah2 macam naik ruam.Dekat bahagian muka pun ada.abah memang pantang tengok,dia rimas kalau tengok muka anak ada ruam.So,lepas sarapan pagi,abah dan mama terus bawak Amsyar ke Kelinik Kulit Kabil di Sungai Petani...Huhuhu kecewa sungguh sebab kelinik ni tutup,tak tahu pulak mama yang setiap sabtu memang private kelinik di Sungai Petani ni tutup ..Hurmmm jam dah menunjukkan pukul 12.30...Abah terus ke Center Square  untuk beli barang yang tok pesan..Dah setel semua terus ke farmasi ambik ubat kulit untuk Amsyar...Abah terus drive balik rumah sebab takut tak sempat ke kenduri sebab jam dh pukul 1.30 tgahari....Dalam perjalanan ke rumah,mama ajak abah singgah di Village Mall sebab nak hantar laptop Makngah Amsyar yang rosak...So,sampai aja rumah dah pukul 2 lebih....Di rumah ada pulak saudara abah yang datang bertandang,lepas salam dan borak2 dengan tetamu,mama terus suapkan Amsyar makan.Dah setel semua abah dan mama minta izin tetamu untuk ke kenduri...Kami tiba ke kenduri agak lewat,jam hampir 4 petang...lepas makan kenduri,abah sempat ajak mama jumpa pengantin untuk ucap tahniah...Di rumah,sebelah malamnya,mama tolong Tok buat keropok lekor untuk bawak bekal balik ke Langkawi...

Hari Keenam..
Hari ni mama sekeluarga akan pulang semula ke Langkawi...Abah bagitau mama yang abah akan bawa mama dan Amsyar melawat rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir di Alor Setar.Kami tiba di sana jam 12 tgahari setelah bertolak dari kampung jam 10.30 pagi...Habiskan masa hampir sejam di rumah tersebuat sebelum bergerak ke Kuala Perlis jam 1 tgahari.Amsyar dh mula meragam sebab kelaparan...bukan Amsyar sahaja yang lapar,perut mama pun lapar.huhuu....Kami sampai ke Kuala Perlis jam 2 ptg....Singgah di KFC untuk makan tengahari dan suapkan Amsyar makan..Alhamdulillah mama dah sediakan bekal untuk Amsyar...dah setel makan,kami terus bergerak ke Jeti Kuala perlis hampir jam 3 ptg.Tiket feri ke Langkawi jan 3.30 ptg...okay lah,tak lama sangat tunggu,....huhuhu nak tahu apa terjadi,tiba2 ada pengunguman mengatakan feri mama ditunda jam 4 ptg..alahai macam tu pulak jadinya....Mama dan abah terus bergilir jaga Amsyar dan pergi solat zuhur...Akhirnya kami bertolak ke Langkawi jam 4.50ptg dan selamat sampai langkawi jam 6 ptg...mama rasa sangat penat begitu juga Amsyar dan abah..huhu sampai rumah pukul 7 ptg dan terus solat Asar....Sebelah malam,Tok dan Wan dari Langkawi datang rumah untuk ambik kiriman barang dari kampung.Selesai semua,kami tido jam 1 pagi sebab melayan Amsyar yang nak sembang dulu sebelum tido..

Alahamdulillah,itulah perjalanan mama dan keluarga kecik mama pulang ke kampung kali ini...untuk sekian kalinya....nanti mama akan update lagi ya..
sekian,sampai di sini.....
Selamat Petang semua

Monday, April 25, 2011

Mama buat apa hari ini....

Hurmmm hari ini adalah hari yang akan sibuk untuk mama....agenda mama bermula dari malam tadi lagi...sebenarnya kesibukkan mama ni terjadi bila abah bagitau mama yang dia akan ada mesyuarat di Kuala Lumpur esok(Rabu)..hoho mesyuarat penting katanya di Damansara...huhuhu jadinya,plan mama dan abah untuk balik kampung hari Khamis ni terpaksa di tukar menjadi hari ini...haaaaa,itulah yang membuatkan mama menjadi sibuk....hehehe bukannya sibuk apa sangat,cuma sibuk packing barang untuk bawak balik kg la....barang-barang agak banyak memandangkan keluarga kecik mama ni kuat memakai terutamanya baju..huhuhu...xpa lah janji semua barang akan mama packing  sebentar lagi..heheh sebab sekarang ni mama nk berblog dulu..Okay lah,mama nak sambung cerita lagi,semalam kami dah pergi rumah tok dan wan di Dusun.iyalah nak bagi tok dan wan lepaskan rindu dkt Amsyar nanti 5 hari tak jumpa....lepas magrib terus pergi dan balik rumah pkol 11 malam...okaylah tu,at least mama tak lah rasa bersalah bila dekat kampung nanti tok asyik sms mama bertanyakan Amsyar aja.heheh
Sambil sibuk menaip ni,mama sebenarnya tengah masakkan bubur Amsyar untuk makan tengahari sekejap lagi dan makan petang sekali di kampung..Jadinya mama masak double meals la supaya senang bila sampai kampung nati dh bole makan terus tak payah mama masak lagi..harap-harap bubur yang mama masak ni elok lagi lah sampai pkol 6 atau 7 petang ni..huhu..kalau tak mesti abah akan marah mama sebab bubur anak dia tak fresh n rosak....Emmm,Amsyar buat apa sekarang ye????hahahha jawapannya mestilah Amsyar tido.,,kalau tak takkan lah mama bole senang lenang menaip ni kalau Amsyar dok pusing2 dkt kaki mama ni..hehehe....bagus kan???mama ambik kesempatan berblog sedangkan anak tengah tido..hahah...
Sekarang ni baru pkol 11,Amsyar masih tido lepas bangun sekejap untuk main n bf mama...Bubur Amsyar masih dlm cooker tapi dh nak masak dah heheh...Semalam abah kata,kami akan bertolak ke kampung pukol 2 petang,maknanya mama masih ada masa lagi untuk packing barang dan prepare makan tengahari ...
Okay lah,sampai di sini dulu untuk kali ni,mama nak siapkan diri dan prepare apa yang patut sebab kalau tak siap lagi mesti mama akan kena marah dengan abah bila dia balik keja sekejap lagi...hahah
ok semua...


doakan kesejahteraan perjalanan mama dan keluarga pulang ke kampung hari ini.....

Mama masih baru di sini.....

Alhamdulillah..
Setelah sekian lama mama berniat nak buat dan tulis blog ni,akhirnya impian mama tercapai hari ini..Ni pun bila Amsyar dah tido,anak mama seorang ni baru tido selepas kekenyangan makan bubur yang mama buatkan tadi,habis semangkuk bubur bilis campur kentang yang mama buat..uhukuhuk sedap kot,tu yang Amsyar laju je makan..hihihi...Semoga mama dapat coretkan apa2 sahaja tentang hidup mama di sini....Nanti mama nak cerita pasal anak mama,keluarga mama,kawan2 mama,life mama waktu mama study dulu dan macam2 lagi yang akan mama coretkan disini..tapi untuk kali ni..hanya permulaan dari mama adalah tanda kesyukuran kepadaNya sebab mama dah berjaya buat blog sendiri..yeehuuuuu..
Ok lah,mama nak stop dulu untuk entry yang pertama ni....nanti bila mama free,mama akan menulis lagi...Nanti mama nak tulis tentang diri mama dan keluarga kecik mama yang terdiri dari Abah dan anak handsome mama yang bernama Razyn Amsyar tu...hikhik mama jadi excited pulak nak menulis..ni pun mama dok menaip lagi tak berhenti dari tadi...buat penat aja mama kata mama nak berhenti...hahahah...dari nak tulis intro aja yang simple jadi pulak karangan yang panjang berjela....
Akhir kalam,mama nak berhenti dulu lah yer,nanti mama menaip lagi.....
Selamat petang semua...assalamualaikum...