Menjenguk

Wednesday, August 10, 2011

9 bulan usia kelahiran Razyn Amsyar Bin Rosmadi Azizi...

Alhamdulillah,hari ini genap 9 bulan 4 hari Razyn Amsyar dilahirkan di muka bumi ini.Anak mama ini sungguh bijak dan aktif.Tak menang tangan mama nak melayan seorang diri.Terima kasih diucapkan kepada Yon,adik abah kerana sudi menjadi babysitter sepanjang sepeninggalan mama ke tempat kerja.Mama sungguh terhutang budi dengan kesudian maklang Amsyar apabila mahu menjaga sendiri anak saudara tunggal dalam keluarga abah.Jasamu memang dikenang dik....
Sudah macam-macam perkembangan Amsyar seiring dengan usianya,walaupun ada juga perkembangan Amsyar yang melampaui usia.Syukur ya Allah kerana mengurniakan aku anak yang bijak ini.Diusia 9 bulan ni,Amsyar dah:

     -pandai berdiri sendiri dengan sokongan objek-objek yang berdekatan
     -gigi 2 batang dah tumbuh dengan subur,jadi Amsyar dah pandai mengigit sekarang
     -sudah pandai panggil mama dan abah dengan pelat sendiri
     -suka meniru bunyi-bunyi yang di dengar
     -sangat suka tepuk amai-amai,buat bye2,dan buat mata stim diiringi muka yang chomel
     -gemar merangkak dengan laju sekali
     -suka memunggah barang-barang yang mama susun
     -suka makan nasi dengan lauk ikan,tetapi berapa suka ayam.

Selain itu,Amsyar sekarang sudah suka minum susu formula.Mama memilih Anmum sebagai susu pilihan untuk Amsyar.Alhamdulillah,Amsyar minum dengan penuh berselera .



No comments:

Post a Comment