Menjenguk

Tuesday, June 21, 2011

Semuanya tentang Razyn Amsyar Bin Rosmadi Azizi

Razyn Amsyar....seindah nama yang mama dan abah berikan...Alhamdulillah,anak mama dah membesar dengan sihat dan bijak Sungguh comel kan anak mama ni....Ni antara progres anak mama di usia 7 bulan lebih
-Gigi dah tumbuh sebatang di bawah
-Dah merangkak tapi tak terer  lagi sebab masih jatuh-jatuh
-Suka makan
-Pandai senyum dan ketawa bila diagah
-Suka dekat semua orang walaupun orang yang tak pernah jumpa
-Suka sungguh kalau didukung
-Pandai buat muka comel.


Mama rasakan masa bergitu pantas berlalu,kehadiran Amsyar memang menyerikan kehidupan mama dan abah. Bukan sahaja keluarga kecik kita ni tapi keluarga abah dan keluarga mama jugak.Semua orang ternanti-nanti akan kehadiran Amsyar.

Mama tak dapat nak bayang kan kalau mama terpaksa berjauhan dengan Amsyar ni,mesti mama tak bole duduk....Abah pun tak bole duduk kalau tinggal Amsyar lama-lama.

Tengok tu,bertapa pentingnya Amsyar dalam hidup mama dan abah....Mama doakan anak mama ni akan teus sihat dan membesar menjadi anak yang soleh serta bijak ,mendengar cakap mama dan abah, sentiasa menjadi penyejuk di mata dan penawar dikala duka.

No comments:

Post a Comment