Lagi seminggu lebih sahaja Januari 2012 bakal meninggalkan kita. lalu Febuari 2012 pula akan menjelang tiba.Ya,bila datangnya Febuari bermakna hidup mama di tahun 2012 ini akan bermula.Maksud mama di sini adalah permulaan secara total dari segi penghijrahan daripada yang lama kepada yang baru.
Mama akan berpindah ke Kangar awal Febuari ini Kata abah 1 Febuari dah masuk rumah sewa baru di Kangar.Perpindahan ini merupakan perpindahan ke 3 dalam hidup mama selepas mama berkahwin dengan abah.Insyallah,bila masuk belajar di UUM nanti mama akan berulang dari Kangar ke Sintok setiap hari yang ada kelas.Alhamdulillah,mama masih lagi tinggal dengan abah dan Amsyar. Setiap hari juga,mama akan bawa Amsyar bersama ke UUM dan tinggalkan Amsyar di nurseri UUM sementara mama masuk kelas. Semoga semuanya seperti yang dirancang.Amiin...
Seterusnya, mama akan mula bermalam di rumah baru mama di Sg Limau ,Yan juga awal Febuari ini.Jadi,segala urusan pindahan barang-barang ke Kangar dan ke Sg Limau akan bermula hujung minggu ini dan juga minggu depan.
Insyallah, jika tiada aral melintang mama dan abah akan mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin di rumah baru pada 5 Febuari ini. Semoga kehidupan baru mama dan keluarga kecil mama ini diberkati Allah hendakNya..
~~~~~Suka menulis untuk kepuasan sendiri,bercerita dan berkongsi cerita dan rasa agar terus kekal dalam sanubari~~~~~
Menjenguk
Tuesday, January 17, 2012
Monday, January 16, 2012
Episod Baru
Insyallah mama akan mendaftar di UUM pada 16 febuari 2012 nanti sebagai pelajar DPLI kursus perdagangan.Semuanya akan menjadi episod baru dalam hidup mama.Semoga Allah memudahkan perjalan hidup mama dan diberkati hendakNya..Mama memang sangat bersemangat dan mahu melakukan yang terbaik demi masa depan mama.Insyallah semoga Allah sentiasa ada bersama mama..
Mama dan mertua.
Alhamdulillah,bulan depan genap 2 tahun usia perkahwinan mama dan abah.Rasa macam baru sahaja kami berkahwin.Selama tempoh ini jugak perkenalan mama dan keluarga mertua.Mama bersyukur kerana punya mertua dan ipar yang sangat baik.Mereka melayan mama lebih dari mama sangkakan.Alhamdulillah...Bukan apa,sebelum berkahwin lagi mama risau kalau dapat mertua yang tak baik.Mesti hidup merana.Alhamdulillah,Allah maha adil dan mendengar doa mama.
Mak dan ayah mertua mama sangat baik, sama seperti mak mama sendiri.alhamdulillah
Mak dan ayah mertua mama sangat baik, sama seperti mak mama sendiri.alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)