Hari ni mama nak post tentang rezeki...Mama percaya setiap orang pasti nak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam pelbagai bentuk...tak kisahlah rezeki umur yang panjang,rezeki anak yang sihat dan cerdik,rezeki keluarga bahagia,rezeki wang yang banyak,rezeki kesihatan yang baik dan pelbagai lagi rezeki macam2 yang kita inginkan...hermmmm dah nama pun manusia kan...mesti setiap keinginan yang kita nak tu seboleh bolehnya kita nak dalam masa yang singkat....
Tapi kan,mama sering tertanya-tanya jugak...Adakah setiap kali Allah kurniakan rezeki yang kita nak tu kita bersyukur????Adakah kita gunakan rezeki yang Allah bagi tu ke arah kebaikan atau sebaliknya???Ataupun kita tidak merasa apa-apa pun dgn rezeki dari Allah tu??? entahlah,susah jugak ye kalau nak menjawab soalan ni sebab kadang2 kita jadi lupa dengan apa yang ada disekeliling kita yang sebenarnya adalah rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita...
Kalau tanya mama sekarang tentang rezeki,mesti macam2 yang akan mama minta..emmm tapi mama tak nak kongsi di sini lagi sebab nanti mama nak post lagi cerita tengtang keinginan mama dan apa yang mama nak dalam hidup mama ini...
Buat masa sekarang ni,apa yang boleh mama katakan adalah mama sangat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk mama walau pun masih ada satu benda lagi yang mama iginkan belum tertunai..Tak mengapalah,mama yakin dan percaya bahawa Allah tidak akan kejam ke atas umatnya seperti yang selalu abah ingatkan mama bila mama mengeluh tentang keinginan mama tu...Insyallah,mama telah berusaha,berdoa dan sekarang mama hanya mampu bertawakal sambil diri ini terus berusaha untuk mencapai impuan mama tu..
Seperti yang mama katakan tadi,mama tetap bersyukur dengan rezeki yang mama ada sekarang ni,Alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekiMu kepada hambamu yang hina lagi serba kekurangan ini...Terima kasih di atas kurniaan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab untuk diriku ini,terima kasih dengan rezeki keluarga bahagiaku ini,terima kasih di atas kelapangan masa untuk ku bersama keluargaku ini..dan terima kasih di atas segalanya yang telah Engkau kurniakan untukku dan keluarga kecilku ini....
Tanpa Mu siapalah aku ya Allah tuhan sekelian alam...
Ok lah,sampai di sini dulu untuk hari ini..Nanti mama akan coretkan lagi kisah ceritera mama ini..
Salam petang...
No comments:
Post a Comment