Jam hampir pukul 1.30 pagi.Mama sudah rasa mengantuk tapi masih boleh bertahan lagi kerana mahu menulis entri ini.Abah dan Amsyar sudah dibuai mimpi.Semoga dua orang hero mama ni bermimpikan yang indah-indah belaka malam ini.Tak sabarnya menanti Jumaat ini sebab mak dan ayah mama akan datang menziarahi mama di sini.Mama dah rancang nak masak bakso untuk mereka.Mesti seronok dapat makan-makan dan berjalan-jalan dengan dua insan yang banyak berjasa dalam hidup mama.Awal-awal lagi, mama dah bincang dengan abah nak bawa mak dan ayah melawat rumah baru kami di Sungai Limau Dalam,Yan seterusnya nak bawa ke Tesco Besar Mergong.Boleh juga jamu mata sambil membli apa-apa yang berkenan di hati.Seronoknya..!!!!
Tadi sambil melayan Amsyar bermain, mama berbual dengan abah tentang rumah baru kami.Kalau tidak ada aral melintang,mungkin dalam masa terdekat ni pihak pemaju akan meyerahkan kunci rumah kepada para pembeli termasuklah abah.Abah kata kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru secepat mungkin bila kunci dah dapat nanti.Tetapi,apa pun penambahbaikan dalam rumah perlu dilakukan terlebih dahulu.Menurut abah lagi, grill tingkap dan pintu adalah perkara utama yang perlu dilakukan,seterusnya memasang kabinet dapur dan lampu serta kipas disetiap punca elektrik.Kalau ada lebihan wang,bolehlah diteruskan dengan membuat pagar rumah.Itu sahaja penambahbaikan untuk permulaan rumah baru kami.Harapan mama dan abah agar segalanya tidak melebihi wang peruntukan yang abah ada.
Selesai perbincangan hal rumah baru, abah membuat pengiraan perbelanjaan kami termasuk segala hutang pinjaman dan harian untuk jangkamasa sebulan.Kesian abah kerana menanggung semua perbelanjaan termasuklah perbelanjaan mama.Alangkah baiknya,jika mama pun berkerja dan punya pendapatan sendiri.Mungkin beban abah akan berkurangan sedikit sebanyak bila mama dapat membantu.Sekali lagi,di dalam hati kecil ini, mama berdoa bersungguh-sungguh semoga rezeki mama untuk bergelar pendidik akan tercapai hujung tahun ini.
Sekian dahulu untuk kali ini..
No comments:
Post a Comment