Mama dan abah jarang sekali bergaduh.Kalau bergaduh manja-manja tu memang kerap lah tapi kalau gaduh yang teruk tu memang jarang sangat berlaku.Alhamdulillah kerana mama dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar dengan kerenah mama yang pelbagai ni.
Tetapi,baru-baru ni mama dan abah bergaduh.Kesian abah.Mama tahu semuanya berpunca dari mama sebab mama yang cari pasal.Abah bertahan aja dengan mama ni.Dia banyak diam dan dengar sahaja leteran mama.Apa lagi, mama sampai menangis tersedu-sedu seolah-olah mama tidak bersalah.Akhirnya ,abah yang minta maaf.Kesian abah sebabselalu mengalah.Mama rasa perangai mama ni kadang-kadang mengalahkan Amsyar tetapi nak buat macamana sebab perasaan mama ni mudah sangat tersentuh dan terasa lebih-lebih lagi dengan abah.Mungkin sebab mama sayang abah kot kan...
Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam melayari bahtera rumah tangga ini agar hati kami sentiasa dekat denganMu dan taat menjalankan perintah Mu ya Allah. Amin ya Rabbal a'lamin....
No comments:
Post a Comment