Menjenguk

Tuesday, May 3, 2011

Kuey Teow Udang versi mama...

Semalam abah beli sebungkus Kuey Teow mentah dengan sedikit sayur-sayuran....Jadi,sebelum tido malam tadi abah dah bagitau mama tengahari ni dia nak makan Kuey Teow goreng tapi dia nak mama letak banyak udang dan sotong.Nasib baik stok udang besar dan sotong dari kampung banyak lagi.Jadi awal-awal tadi mama dah keluarkan udang dan sotong dari freezer supaya senang bila nak masak nanti..

Hari ni Amsyar bagun tido awal,pukul 10 tadi dah bukak mata dan sengeh-sengeh dekat mama.Alahai,awal pulak anak hensem mama ni bangun hari ni.Tanpa banyak songeh dengan senyum melebar tu menandakan Amsyar tido dengan cukup tapi kalau bangun dan terus buat muka masam sambil menagis maknanya tido malam dia tak berapa nak kualiti..heheheh.....macam-macam eh Amsyar ni...Dah semaikin bijak...Ha,terlajak dari topik pulak,hahaaha....Ok,lepas mama bf Amsyar terus bagi dia mandi dan siapkan pakai baju dan letak bedak bagi wangi...Dah setel semua,terus letak Amsyar dalam walker sambil sediakan bahan untuk buat Kuey Teow goreng.

Sambil-sambil menanti jam pkol 12.30 untuk mama masak Kuey Teow,mama nak update sikit menu tengahari ni dengan semua...Ni,resepi ala mama lah,home made sendiri aja...Jom kita tengok...


Bahan-bahan.

1.Sebungkus Kuey Teow
2.Cili Kering 5 biji
3.Seulas Bawang Besar
4.Bawang Merah dan Bawang Putih 2 ulas
5.Sayur Sawi dan Kobis (Boleh tambah Taugeh dan Kucai)
6.Udang besar
7.Sotong
8.Sedikit minyak untuk menumis
9.Kicap,Sos Cili dan Sos Tiram.

Cara menyediakannya..

1.Kisar cili kering bersama bawang besar berserta bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
2.Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan Kicap,Sos Cili dan Sos Tiram ke dalam kuali.Biarkan selama 2 minit sebelum masukkan udang dan sotong.
4. Serasikan rasa dengan sedikit garam dan gula.
5..Masukkan Kuey Teow dan kacau sehinnga nampak kering. Sebelum kering,masukkan sayur-sayuran sebelum matikan api.

..........................Sedia untuk dihidang panas-panas.....................................

No comments:

Post a Comment