Menjenguk

Tuesday, September 27, 2011

Sujud Syukur

Alhamdulillah,penantian mama selama ini sudah terjawab.Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan istimewa yang sentiasa mendoakan kejayaan mama.Terima kasih abah,mak,ayah,mertua.adik-adik kandung dan ipar duai dan yang paling utama ialah Allah yang maha Esa kerana memakbulkan doa mama...Insyallah, buat insan-insan teristimewa..Jasa kalian tidak akan mama lupakan.Mohon dilanjutkan doa lagi agar segala perjalanan mama mendidik anak bangsa dipermudahkan segalanya.Amin

Wednesday, September 14, 2011

Tiada Tajuk

Jam hampir pukul 1.30 pagi.Mama sudah rasa mengantuk tapi masih boleh bertahan lagi kerana mahu menulis entri ini.Abah dan Amsyar sudah dibuai mimpi.Semoga dua orang hero mama ni bermimpikan yang indah-indah belaka malam ini.Tak sabarnya menanti Jumaat ini sebab mak dan ayah mama akan datang menziarahi mama di sini.Mama dah rancang nak masak bakso untuk mereka.Mesti seronok dapat makan-makan dan berjalan-jalan dengan dua insan yang banyak berjasa dalam hidup mama.Awal-awal lagi, mama dah bincang dengan abah  nak bawa mak dan ayah melawat rumah baru kami di Sungai Limau Dalam,Yan seterusnya nak bawa ke Tesco Besar Mergong.Boleh juga jamu mata sambil membli apa-apa yang berkenan di hati.Seronoknya..!!!!

Tadi sambil melayan Amsyar bermain, mama berbual dengan abah tentang rumah baru kami.Kalau tidak ada aral melintang,mungkin dalam masa terdekat ni pihak pemaju akan meyerahkan kunci rumah kepada para pembeli termasuklah abah.Abah kata kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru secepat mungkin bila kunci dah dapat nanti.Tetapi,apa pun penambahbaikan dalam rumah perlu dilakukan terlebih dahulu.Menurut abah lagi, grill tingkap dan pintu adalah perkara utama yang perlu dilakukan,seterusnya memasang kabinet dapur dan lampu serta kipas disetiap punca elektrik.Kalau ada lebihan wang,bolehlah diteruskan dengan membuat pagar rumah.Itu sahaja penambahbaikan untuk permulaan rumah baru kami.Harapan mama dan abah agar segalanya tidak melebihi wang peruntukan yang abah ada.

Selesai perbincangan hal rumah baru, abah membuat pengiraan perbelanjaan kami termasuk segala hutang pinjaman dan harian untuk jangkamasa sebulan.Kesian abah kerana menanggung semua perbelanjaan termasuklah perbelanjaan mama.Alangkah baiknya,jika mama pun berkerja dan punya pendapatan sendiri.Mungkin beban abah akan berkurangan sedikit sebanyak bila mama dapat membantu.Sekali lagi,di dalam hati kecil ini, mama berdoa bersungguh-sungguh semoga rezeki mama untuk bergelar pendidik akan tercapai hujung tahun ini.

Sekian dahulu untuk kali ini..


Saturday, September 10, 2011

Doa

Doa mama bersungguh-sungguh.Berteleku lama dalam doa pagi ini,hampir setiap waktu tak kira bila dan di mana andai hati terdetik tentang itu. Semoga usaha mama dipermudahkan dan mama mendapat kerja itu.Semoga Allah swt yang maha Esa itu membantu mama dan memudahkan segala urusan mama.

Friday, September 9, 2011

Kosong

Ya Allah,jauhkan lah diriku dari sifat takkabur.Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.Kau permudahkanlah urusan perkerjaan buatku.Betapa aku ingin memiliki pekerjaan tetap yang dapat menjamin masa depanku.Betapa aku iginkan peluang menjadi guru tetap itu.Ya Allah,kau perkenankanlah permintaanku ini.Aminn ya rabbal a'lamin.

Tuesday, September 6, 2011

Bersangka Baik dengan Allah

Mama dah berusaha.mama dah cuba yang terbaik ,mama dah mintak pertolongan semua dan sekarang tugas mama adalah bertawakal.Bertawakal ni maksudnya mama perlu bersangka baik dengan Allah.Insyallah, Dia tahu yang terbaik untuk mama dan keluarga mama.Jadi,mama perlu positif dan tenang sahaja.Mama perlu yakin yang Allah dah pun tetapkan ketentuan yang terbaik untuk mama..Jadi, sekarang mama perlu bersabar sedikit sahaja lagi....
Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini.Ameen.