Mama dan abah jarang sekali bergaduh.Kalau bergaduh manja-manja tu memang kerap lah tapi kalau gaduh yang teruk tu memang jarang sangat berlaku.Alhamdulillah kerana mama dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar dengan kerenah mama yang pelbagai ni.
Tetapi,baru-baru ni mama dan abah bergaduh.Kesian abah.Mama tahu semuanya berpunca dari mama sebab mama yang cari pasal.Abah bertahan aja dengan mama ni.Dia banyak diam dan dengar sahaja leteran mama.Apa lagi, mama sampai menangis tersedu-sedu seolah-olah mama tidak bersalah.Akhirnya ,abah yang minta maaf.Kesian abah sebabselalu mengalah.Mama rasa perangai mama ni kadang-kadang mengalahkan Amsyar tetapi nak buat macamana sebab perasaan mama ni mudah sangat tersentuh dan terasa lebih-lebih lagi dengan abah.Mungkin sebab mama sayang abah kot kan...
Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam melayari bahtera rumah tangga ini agar hati kami sentiasa dekat denganMu dan taat menjalankan perintah Mu ya Allah. Amin ya Rabbal a'lamin....
~~~~~Suka menulis untuk kepuasan sendiri,bercerita dan berkongsi cerita dan rasa agar terus kekal dalam sanubari~~~~~
Menjenguk
Wednesday, November 16, 2011
Thursday, November 3, 2011
Tawakkal
Hanya seberapa ketika sahaja lagi keputusan sama ada mama berjaya ataupun tidak untuk bergelar guru akan diketahui.Alahai,betapa hati ini sangatlah bimbang.Semoga keputusan akan berpihak kepada mama dan Allah mengurniakan rezeki buat mama.Banyak perancangan yang akan mama laksanakan jika mama berjaya.Sekali lagi,semoga doa-doa insan kesayangan yang sentiasa bersama mama akan turut dimakbulkanNya. Mama hanya berserah kepadaNya.Bertawakkal.
Subscribe to:
Posts (Atom)