Menjenguk

Wednesday, October 17, 2012

Perihal Rezeki

Sejak menceburkan diri secara suka-suka dengan bisnes Shaklee ini, mama belajar banayk perkara tentang rezeki.Sebelum mama berceloteh panjang tentang rezeki, mama nak kongsi sedikit tentang punca-punca kenapa rezeki susah sangat nak dekat dengan kita dan pintu-pintu murah rezeki dengan pembaca semua..

jom kita tengok sama-sama:


Punca Masalah Rezeki Sempit:

1. Tidak mengingati Allah S.W.T.
2. Meninggalkan solat 5 waktu.
3. Enggan membayar zakat.
4. Derhaka kepada ibu-bapa.
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang).
6. Banyak dosa besar.
7. Makan harta riba.
8. Makan harta anak yatim.
9. Suka berbohong/ menipu.
10. Terlibat dengan rasuah (memberi atau menerima).
11. Membiarkan ahli keluarga derhaka.
12. Cuai ketika membuang air kecil. Ini beliau khususkan kepada orang lelaki. Jangan membuang air kecil sambil berdiri. Mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, dan sebagainya.
13. Sorok dan kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi / mengajar orang lain).
14. Suka mengadu domba.
15. Suka menabur fitnah.

Petua Menambah Rezeki:

1. Patuh perintah Allah dan banyakan berdoa.
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah di waktu malam.
3. Taat/patuh kepada orang tua.
4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara: Solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur
mengingati Allah).
5. Selalu lakukan solat Taubat dan istighfar tiap-tiap malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki).
6. Melakukan solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki
terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang).
7. Tawakkal kepada Allah.
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas.
9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran.
10. Memberi makan kepada binatang dengan ikhlas.
11. Menunaikan haji dan umrah.
12. Membentuk silaturrahim.
13. Berumahtangga (bagi yang belum).
14. Berhijrah ke jalan Allah.
15. Amalkan doa-doa untuk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dalam Al-Mathurat).
16. Yang penting sekali, rajin berusaha.




Jadi, sama-sama kita renungkan semoga beroleh manfaat dari perkongsian mama hari ini...




Tuesday, October 16, 2012

Sayang Sayang Allah...

Alhamdulillah,


mama bersyukur kerana masih diberi pinjaman nafas untuk berdiri di bumi Allah sehingga ke hari ini
mama juga sangat bersyukur dia atas segala nikmat yang ada juga diberi oleh Nya..
mama sayang Allah sebab Nya juga sayang mama..

Indahnya hidup ini,dengan nikmat dan dugaan yang kadang kala silih berganti untuk mewarnai hidup mama..


semoga, semuanya sentiasa berada di bawah lindungannya...





Monday, October 15, 2012

Bisnes oooo bisnes

Mama dh jadi pengedar sah Shaklee...
insyallah moga dimurahkan rezeki mama ini..
Aminnn



Tuesday, August 14, 2012

Panasnya Perlis..

Alahai cuaca, kenapakah panas sangat hari ni....Tak tahan mama, rasa macam nak mandi aja setiap sejam sekali biar badan ni sejuk.Bila  di kaji,kedudukan negeri Perlis yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa ni memang menyumbang kepada cuaca yang sangat panas ni. Tidak hairanlah, pokok-pokok tanaman beriklim panas seperti buah mempelam harum manis dan buah anggur begitu banyak hidup subur di negeri Indera Kayangan ini. Tapi, itu tumbuhan...kalau manusia seperti mama yang tidak biasa tinggal di tempat bercuaca panas ni memang lah tidak tertahan.Rasa macam nak telan sahaja ketulan-ketulan ais masuk ke dalam mulut.

                                

Lihat sahaja darjah celsius yang tertera tu..Mengikut cerita orang Perlis, kadang-kadang cuaca di negeri ini boleh mencecah lebih 40 darjah celsius..Memang sangat panas kan...Tambahan lagi di bulan mulia Ramadhan ni.Dugaan betul lah kan. Mama memang mandi 3 kali sehari lah jawabnya, kalau nak mandi sampai 4 kali nanti takot terbatal pula puasa ni..hehheh...

Tidak hairanlah, Amsyar minum banyak sungguh air masak.Bangun aja daripada tidur terus mintak air. Kesian anak mama ni. Macam ni keadaan cuaca, mama lagi rasa tak sabar nak ke Cameroon Highland untuk menikmati kesejukan cuaca di sana.Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Sunday, August 12, 2012

Gemuk

Subhanallah, ini adalah realiti dan bukan fantasi.Mama gemuk kembali..!!!!Sememangnya mama sangat benci gemuk sejak dulu lagi.Mama penah gemuk selama hampir 20 tahun,dan mama juga telah pun kurus hampir 5 tahun dan sekarang mama kembali gemuk seperti dulu.Ya Allah, dugaan ini sebenarnya sangat berat untuk mama lalui memandangkan mama sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab yang perlu dipikul.Mama perlu lakukan sesuatu, mama tidak boleh selesa dengan keadaa ini.Tindakan drastik perlu diambil dengan serta merta.Jadi, untuk melakukan perubahan ini perlulah diiringi dengan pengorbanan.Arghhhhh, ini yang memeritkan..

                                             
Banyak baju-baju mama yang dah tidak muat untuk di pakai, selain itu mama rasa sangat tidak berkeyakinan dengan keadaan diri mama ini.Mama rasakan penampila mama sangat selekeh dengan fizikal mama yang germuk ini.Mama perlu lari dari keadaan ini.Mama perlu lakukan rutin seperti dulu dalam proses mama mahu kurus,Mama perlu bergerak aktif bersukan,berjogging dan seterusnya membakar lemak-lemak mama yang banyak terkumpul ini.Dalam keadaan ini, mama tidak mahu menyalahkan sesiapa.Mama perlu optimis jika mahu kembali kepada fizikal seperti dulu.

Mama akui, mama takkan dapat kembali bentuk badan seperti dulu tapi sekurang-kurangnya mama tidaklah seberat sekarang.Jika mama betul-betul mahu menambah keluarga, mama memang perlu kurus kembali. Mama perlu keluarkan 15kg lemak dalam badan mama ini.Dengan terhindarnya lemak sebanyak ini dalam badan mama, insyallah semuanya akan baik-baik belaka.Mama sangat takut akan masalah kesihatan yang serius memandangkan keluarga mama punya masalah kesihatan keturunan yang agak membimbangkan.

Ya Allah, bantulah mama.Berikan petunjuk yang terbaik untuk diri mama ini.

Thursday, August 9, 2012

Cameroon Highland 2

Mama dan abah merancang untuk ke Cameroon Highland pada 24 Ogos sehingga 26 Ogos ini.Percutian kami selama 3 hari 2 malam nanti sememangnya impian mama sejak 2 bulan yang lalu setelah kesemua gambar yang mama ambil sewaktu percutian kami kali pertama pada tahun lepas  hilang disebabkan kecuaian mama sendiri.Rasa macam tak sabar pun ada ni sebabnya, kali ni percutian kami ke tempat sejuk ni hanya 3 beranak sahaja.Memang agak teruja berbanding kali pertama dulu.Mama dah terbayang-bayang kesejukan di sana dan beberapa tempat yang dah mama senaraikan yang wajib dilawati.

                                        

Semangat kan mama ni..!!! heheh tunggukan kehadiran kami wahai Tanah Tinggi Cameroon Highland.
Seperti biasa, mama akan titipkan doa semoga perjalanan dan percutian kami ke sana nanti akan dipermudahkan dan selamat semuanya. Aminn...

                                       

Tak sabarnya....

Semangat dan Usaha

Impian mama untuk punya jadual waktu seperti di bawah bagi permulaan semester kedua mama di uum awal september ini.

HARI
8-9
9-10
10-11
11-12
12-1
1-2
2-3
3-4
4-5
ISNIN
A
A
A
E
E

G
G

RABU
B
B
B



C
C
C
KHAMIS
D
D
D
F
F





A=Pengurusan Bilik Darjah (3)
B=Sains P&P (3)
C=Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (3)
D=Kajian Tindakan (3)
E,F=Kaedah Mengajar(2+2)
G=Pengajaran Makro & Mikro (2)

Alhamdullillah, keputusan peperiksaan semester lepas sudahpun diumumkan.Syukur ya Allah berkat sokongan, dokongan dan doa semua, mama berjaya mendapat pointer dekan.Pembakar semangat untuk mama terus berusaha gigih untuk semester ini.

Barakah Ramadhan ini, semoga apa yang diimpikan abah untuk tinggal di rumah kami sendiri di Yan akan termakbul.Insyallah, mama perlu berdoa dan terus berdoa untuk sama-sama berusaha setelah
pelbagai cara telah dilakukan.

Apa yang paling utama, mama dan abah mahukan yang terbaik untuk hero kami, Razyn Amsyar.Kalau doa abah dan mama dimakbulkan untuk kita tinggal di rumah kita sendiri september ni, mama sedaya upaya akan berusaha untuk pastikan kita bertiga tinggal bersama.Mama tak sanggup nak berpisah dengan anak mama ni, mama rela korbankan duit minyak dan tenaga berulang dari uum demi anak mama ni.Insyallah semoga segalanya akan dipermudahkan.


Ya Allah, Kau permudahkan lah usaha kami dan berkatilah perjalanan hidup kami.Amin.

Thursday, August 2, 2012

The deepest inside


Just a slave of Him
Human being of the creator
A million gratitude of Him upstairs

 To fulfil the journey of life


The feeling is not pretend

It’s true and pure
Calm, peace and cool

While everything just a lend


Craving for the world after
World as a path of life

Be good and sincere to people

Nobody can replace


Heart belongs to mind belongs to soul
Ultimate purpose not to stay here

Thanks for everything
Sometimes it’s more than others


Alhamdulillah.






Monday, July 30, 2012

Razyn Amsyar

Cepat sungguh masa berlalu,pejam celik anak bujang mama ni dah nak masuk 2 tahun umurnya pada bulan November ni.Haishh, mama macam terasa-rasa lagi sakitnya sewaktu melahirkan hero mama ni. Ni la Amsyar sewaktu mama lahirkan dulu...3.75kg...semangat sungguh..Hehehe



Alhamdulillah Amsyar membesar sangat pantas dan bijak.Dah macam-macam perkembangan yang Amsyar  capai seiring dengan usianya walaupun kadangkala mama rasa Amsyar ni terlebih bijak pulak.Hehehe puji anak sendiri.Ngeeeee.

Gambar ni diambil sewaktu raya pertama Amsyar dengan mama dan abah.Waktu ni Amsyar tak boleh berjalan lagi, baru pandai merangkak.Dasyat sungguh kawalan mama waktu ni sebab Amsyar akan explore semua tempat yang baru.Amsyar baru nak capai umur setahun masa ni.


Umur Amsyar dah setahun waktu ni. Amsyar baru pandai berjalan.Mulut pun dh mula becok.Yang mama paling teruja waktu ni bila Amsyar dah pandai panggil mama dan abah.Memang tak kering gusi la kalau melayan Amsyar waktu ni.

Sekarang ni, usia Amsyar 1 tahun 9 bulan..Alhamdulillah, mama sangat bersyukur dengan perkembangan Amsyar di usianya sekarang.Mulut sangat petah bercakap, suka baca buku,suka tengok orang baca quran sambil buat gaya dia pun baca quran,dah boleh mintak sendiri kalau lapar dan yang paling best dah boleh suruh letak baju sendiri dalam bakul, suka merajuk manja....dah macam orang tua-tua pulak kalau bersembang..hahahah...Selain tu, Amsyar juga memang ringan tulang kalau mama suruh buat sesuatu dibawah kawalannya.Kadang-kadang tu, kalau sepahkan mainan dia,mesti masukkan sendiri mainan dalam bakul semula.Alhamdulillah, bersyukurnya mama, semoga Amsyar menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan berguna pada agama bangsa dan negara.Aminnn..

Dispenser Air dari Spritzer

Dah lama mama teringin nak ada benda ni dekat rumah.Semoga pelaburan mama yang tak seberapa ni untuk setiap bulan dapat menjamin tahap kebersihan dan ketulenan air minumam mama sekeluarga.Insyallah.

                                          

Mama berkesempatan dapat dispenser air dengan mineral water ni di Giant Sg Petani dengan harga yang murah sangat : Dispenser Air = RM30.50, Air Mineral Spritzer 9.5 liter = RM 9.80...

Harapan mama, semoga setiap bulan mama istiqamah menggunakan air ni sebanyak 5 tong untuk minuman sahaja.Cukup kot kan...Insyallah

Resepi-resepi Ramadhan 2012

Hari ke 11

1. Asam pedas ikan kembong
2.Bebola sotong masak kunyit
3.Tenggiri goreng
4.Air Asam
5.Kuih Ketayap
6.Teh o suam


Hari ke 10
Alhamdulillah, bertemu kembali setelah hampir 3 hari mama tidak berkesempatan nak post dekat belog ni sebab mama balik kg la.Hehehe, semuanya berkisah di kampung abah aja la setiap hujung minggu.Ok lah tak nak cerita panjang, untuk puasa hari ke 10 ni mama masak ni untuk berbuka:

1. Sambal Udang petai
2.Kerabu Mangga
3.Ikan goreng+ ikan rebus (ikan temenung dari kg)
4.Kangkung goreng pedas
5.Air Oren Sunkist
6.Cucur Badak

Ooo syukur alhamdulillah.Rezeki dari Allah.Janji makannan sihat disediakan untuk keluarga kecik mama ni.

Hari ke 6
Hari ni, stok ikan dh habis.Ada Ayam sahaja dalam peti sejuk.Bila mama bagitau abah suruh beli ikan, abah kata kita makan aja la ayam tu.Emmm, jadi mama pun masak lah masakan yang berasaskan ayam:

1. Ayam masak kicap
2.Kobis goreng bersama carrot
3.Telur dadar
4.Air Asam
5.Air Laici Kang

Walaupun masakan yang sangat simple, bila mama tanya abah sedap tak..Abah terus bagitau, inilah masakan yang paling sedap mama masak sepanjang bulan puasa ni.Komen abah, paduan antara lauk pauk memang kena dengan kesedapan makan dengan nasi panas.Haishh abah ni, bila mama masak yang agak susah sikit resepi tak semestinya sedap bagi abah.Oklah, nanti mama akan masak simple-simpla aja okay...40 minit di dapur memang boleh siap sebab semalam mama mula masak jam 6.10ptg dan siap semua jam 7.00ptg..Boleh la layan Dejavu Di Kinabalu sat...Euwwww

Esok mama rancang nak buat cucur badak dengan sup sayur sahaja untuk di bawa balik Tg Dawai umah mertua..Hehehe..

Hari ke 5
Alhamdulillah, sekejap sahaja masa berlalu dh 5 hari kita berpuasa.Seperti yang telah mama khabarkan, hari-hari mama masak sendiri.Belum lagi menjejak kaki ke bazar ramadhan untuk kali ini.Jadi hari ini mama rancang nak masak:

1.Masak Lemak Taugeh
2.Cendawan goreng berlada bersama kacang panjang
3.Ikan goreng
4.Sambal ayam (panaskan yang semalam)
5.Ikan goreng
6.Sambal Belacan
7.Ulam daun salad.
8.Cucur kacang

Untuk minuman pulak, mama lebih suka minum teh suam kurang manis.Haishhhh, tak sabar nak masak petang ni.

Thursday, July 19, 2012

Third year of Ramadhan

Alhamdulillah, mama will celebrating my third year of ramandhan as a wife to my greatest husband and as a mother to a lovely son, Razyn Amsyar. Time ran so fast as all memories still kept in mind. Our first year of Ramadhan were in Langkawi and carried over 7 months baby inside my tummy.Everything went well as the baby growth become active from day by day.There is no excused to avoid cooking during ramadhan as requested by abah on every day as long as its a healthy food and clean. He's quite choosy and always ask on his favourite dishes.  Even, i am teaching at school on evening session and came back home at 6.00pm everyday. That was the first year memory and mama love the time so much.

Second year of Ramadhan was in Alor Setar. Mama work as a teacher at SMK Seri Ampang on that time.As usual, everyday was the day for me to cook and i am enjoying doing the cooking.Rarely abah will go to bazar ramadhan to buy some foods for breaking fast and normally its just some fruits and kuih muih.

And, its come again.Tomorrow will be the first day of Ramadhan and the third year of celebrating this rahmah month as a wife and a mother.Mya everything will going smooth. 29 days of ramandhan hopefuly will bring me a thousands of rahmat and barakah.Insyallah.

P/s: Mama and my cutest small family will be at Langkawi to celebrate first day of Ramadhan. Just bought a ticket today and the ferry will depart on 6.00pm. Yeayyyyy

                                          

Wednesday, July 18, 2012

Erti Bahagia

                                                       
Hari ni, mama nak cerita tentang bahagia.Tiba-tiba sahaja tajuk hari ni lain dari lain kan.Hehehe, mama rasa terpanggil untuk bercerita tentang bahagia dari sudut pandangan mama sendiri.Mama yakin 100% setiap orang mentafsir kebahagian itu berdasarkan ideologi dan pandangan masing-masing mengikut norma kehidupan mereka.Ada yang kata bahagia itu hadir bila seseorang itu punya wang berjuta-juta, ada pula kata bahagia itu bila sudah berumahtangga dan punya keluarga sendiri, dan ada juga yang kata bahagia itu bila ada pasangan yang memahami dan anak-anak yang mendengar kata.Entahlah, macam-macam tafsiran bahagia kan??.Ha, yang pasti semua orang di muka bumi ini mahu hidup dalam sebuah kehidupan yang bahagia.

                                               

Bagi mama, bahagia itu sungguh luas ertinya.Bila kita hidup dalam ketenangan, keselesaan, kesejahteraan dan ada keredhaan Ilahi, itulah bahagia yang sebenar. Alhamdulillah, mama bahagia dengan kehidupan mama.Bahagia itu sungguh indah.Saban tahun, mama rasa kebahagian mama semakin bertambah. Dulu, sebelum mama mendirikan rumah tangga (Sebelum kenal abah).Mama selalu doakan semoaga mama bertemu seseorang yang mampu memberi kebahagiaan dalam hidup mama, maksudnya seseorang yang berpegang teguh pada agama, berpendidikan, berakhlak mulia, matang dan berkerjaya..Syukur, mama sudah memilikinya. Lepas sahaja berumahtangga, mama diberikan lagi dengan kebahagiaan kurniaan zuriat.Ya, kebahagiaan mama berganda.Subhanallah, terima kasih Allah.!!!...Punya sebuah keluarga yang lengkap di awal perkahwinan mama rasa memang idaman semua orang. Saban tahun menunggu, alhamdulillah pada tahun ini mama dilimpahkan rezeki kebahagiaan lagi dariNya apabila mama berpeluang melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang pendidik..Syukur dan syukur kepada Allah pemberi kebahagiaan kepada kehidupan mama.


                                                

Kebahagiaan juga adalah rezeki dariNya.Mama memang mengakui kebenaran itu.Walaupun penantian itu kadangkala agak lama tetapi janji Allah sentiasa ada untuk mama.Allah sungguh sayang akan mama.Itulah hakikatnya. Sekarang mama sedang meniti kebahagiaan itu.Mama punya seorang suami yang baik, anak yang bijak dan sebuah keluarga yang ada kerahmatan dariNya. Insyallah, kebahagiaan ini semakin berganda jika mama tidak lokek berkongsi dengan orang lain. Perasaan bahagia bila bersama keluarga asal mama, keluarga mertua, saudara mara dan juga sahabat handai. Bila semua orang suka, maknanya ada bibit-bibit kebahagiaan di situ. Jadi, semua orang perlu bahagia.

Alhamdulillah untuk kesekian kalinya. Terima kasih Allah.

                                  

Thursday, July 12, 2012

Sate Sedap

                                                  
                                                          Sate yamg murah dan sedap


Wah-wah, sejak dua menjak ni mama asyik post pasal makanan aja kan.Haishh, cemana nak kurus ni???Huhuhu, apa nak buat bila dah perut rasa lapar dan mulut pulak asyik nak mengunyah aja.Semalam abah bawa mama dan Amsyar jalan-jalan ke Kuala Perlis selepas pulang dari opis jam 6 petang.Tujuan asal adalah nak mencari "car toys" untuk Amsyar yang saiz besar macam ni...

                                              
Kereta untuk Amsya


Abah nak cari yang besar supaya Amsyar boleh naik dan duduk-duduk memandangkan basikal yang abah beli dulu dah tak berapa sesuai dengan Amsyar yang semakin membesar tu.Jadinya, abah merancang nak membeli model kereta pulak untuk anak kesayangan dia tu.Tapi sedihnya ,pancarian kami tidak berhasil kerana tidak ada yang berkenan di hati.

Nak dijadikan cerita, semasa mahu pulang ke rumah petang semalam, tiba-tiba aja di tepi jalan tu abah nampak orang jual sate.Hehehe terus terkelua idea nak makan sate malam semalam.Mama pulak terus sokong sebab mama dah nampak lama dah gerai jual sate tu cuma tak bagitau abah ja..heheheh...Maka, mama pun terus memesan 30 cucuk sate ayam dan daging.Yang menariknya, sate ni masih dijual dengan harga RM0.20 sen secucuk.Emmm ni la kali pertama mama jumpa sate dengan harga macam ni.Selalunya harga sate zaman sekarang ni mesti RM0.40 sen ke atas kan..kan...Bila jumapa aja harga yang macam ni, memang dikategorikan murah lah..

Sampai rumah, terus mama solat magrib berganti-ganti dengan abah memandangkan hero kami tu tak boleh di tinggalkan berseorangan.Lepas sahaja mama dan abah selesai solat, sate yang dah menunggu untuk di makan tu terus la dijamah oleh mama sekeluarga.Emmmm yang bestnya, dah la murah lepastu sedap pulak tu.Fulamakkk, kuah kacang dia sangat sedap...Heheh, walaupun sate dah habis, mama ratah kuah kacang tu sampai  licin.Hehehehe....maklumlah, dah kata pun sedap kan...Heheheh..Lepas ni boleh la rekemen kepada saudara mara dan shabat taulan...Weeehuuuuu....

Tuesday, July 10, 2012

Dejavu Di Kinabalu

Hoohohoh, mama sedang melayan Dejavu di Kinabalu..Best la pulak..Jiwang-jiwang gitu seorang diri di rumah...Amsyar sedang bermotosikal dengan abahnya pusing-pusing taman..Dari pkol 5 lagi dok vrommm-vrommm aja ajak abah jalan-jalan..Hehehe mama lagi suka dok umh tengok TV ni, nanti abah balik mesti dia tak berapa suka tengok mama layan cerita ni.Haishhh tah apa-apa la abah ni, xdak perasaan langsung.Biar lah mama nak tengok...Hehehhe

Ok, jom kita layan sesama ek...besstttttttt


                                             

Menarik, tertarik kau mmg da booommmmm....
 

Monday, July 9, 2012

Durian

Semalam dalam sejarah.!!! Sebelum ni mama tak suka durian, bau pun mama dh pening lagi lah pula nak makan durian mentah-mentah macam orang lain makan tu.Emmm entah la, mama pun tak tahu kenapa mama jadi macam tu sebab tak suka durian.Tapi yang peliknya,mama boleh pula makan durian yang dibuat kuih atau tempoyak.Cuma, makan mentah sahaja mama tak lalu.Mama rasa macam makan benda busuk aja.Hoho, sampaikan penggemar durian yang lain mengatakan mama rugi hidup sebab tak makan durian.Hahahah sampai macam tu sekali penangan durian kepada penggemarnya.Abah suka durian, tapi dia tak lah makan sampai lupa dunia.Maksudnya, kalau ada tu dia makan aja dan tak lah sampai tercari-cari durian di kedai kalau tibanya musim durian tu.Begitu juga keluarga mama di Langkawi dan keluarga mertua mama.Semua suka makan durian.Kalau ada pulut, lagilah laju makan dengan durian.


pulut durian yang menjadi pujaan keluarga mama(kecuali mama~ dulu ler) dan keluarga mertua
                                                       

Nak dijadikan cerita, "hari ini dalam sejarah" lah 2 hari lepas, abah suruh mama beli 3biji durian yang dijual di tepi jalan sewaktu kami nak balik ke Kangar.Mama dengan berat hati pun pergilah beli sambil dalam hati mengutuk-ngutuk orang yang makan durian.Emmm,dah la mahal 3 biji durian tu sampai RM30..Baik beli kain buat baju lagi berbaloi.Hahah dalam hati dok membebel seorang diri.


                                        
durian oh durian


Sampai sahaja di rumah, abah terus ajak Amsyar ke dapur untuk kopek durian dan makan dua beranak.Mama yang sememangnya tengah berkemas barang di dapur sempat jeling lagi dua beranak tu makan durian dengan semangatnya.Tiba-tiba mama terus duduk sekali dengan abah dan Amsyar sambil merenung buah durian yang mereka makan tu.Entah macamana tiba-tiba juga tangan ni gatal lah pulak ambik seulas durian dan terus rasa sikit.Sekali tu, rasa macam lemak-lemak manis.Hilang dah aroma busuk tu, mama terus makan dan makan.Rasanya dh hampir 5 ulas baru mama tersedar yang mama sedang makan durian.Ya Allah, sedapnya durian!!!!!Hahaha, akhirnya setelah 27 tahun,barulah mama menikmati durian dengan khusyuknya.Hoho, betullah kata orang "tak kenal maka tak cinta" ...Sebagai menghargai kesedapan mama menikmati durian di muka bumi ini,heheh abah beli lagi 4 biji durian.Hasilnya, di rumah mama ada 7 biji durian dan 4 biji setengah telah selamat dimakan oleh mama sekeluarga..Berbali lagi 2 biji setengah akan dihabiskan hari ini selepas maghrib memandangkan mama berpuasa hari ini.

Ha, bergitulah cerita mama dan durian.Heheheh

Thursday, July 5, 2012

Kedamaian Jumaat

Di saat mama sedang menulis entri ini, dua orang hero mama sedang tidur dengan nyenyaknya.Hehehe, Amsyar dh tidur dari pukol 11.30pg tadi dan abah pulak sambung tidur bersama-sama pada jam 12.30 tadi selepas pulang dr pejabat. Damainya melihat wajah kedua-dua mereka.Insan-insan yang sangat mama sayang dalam hidup mama sekarang sampai ke syurga nanti ,insyallah..Semalam Amsyar tak boleh tidur dengan nyenyak lagi..Merengek dari pukul 4.30pg..Semua benda tak kena..Jadi, dengan mama pun tak dapat tidur dengan nyenyak...

Cerita pasal jumaat hari ni,abah janji nak bawak mama n Amsyar tidur di chalet di Baling.Kami nak mandi air panas di Ulu Legong,Baling malam ni.Abah dah tempah bilik dan kami sekeluarga akan bertolak selepas abah pulang dari solat jumaat hari ni.Jadinya, sempena percutian kami ke Ulu Legong, mama masak agak special sikit hari ni:  Heheh menu hari ni adalah, Nasi Hujan Panas, Kurma Telur,Acar Buah,Ikan Merah Goreng....Emmmm, dh siap semua mama masak, cuma tunggu abah balik dr Solat Jumaat aja sebentar lagi..





menu hari ini..Thank yo pakcik google..heheh mama upload dlm internet aja dengan bantuan google..malas nk snap n upload 


Semoga cuaca hari ini baik-baik sahaja dan tidak hujan..Aminnn

Tuesday, July 3, 2012

Amsyar Selsema

Sedihnya mama kalau Amsyar tak sihat.Kalau ikutkan hati biar saja mama yang tanggung semua ketidakselesaan Amsyar tu.Huhuhu dari semalam ,hidung asyik berair sahaja..Cuaca yang tidak menentu di Kangar ini yang menjadi punca anak mama tak sihat memandangkan hujan dan panas silih berganti tidak mengira waktu.Malam tadi memang Amsyar tak boleh tidur dengan nyenyak,sekali dengan mama lah tak boleh tidur jawabnya. Semua serba tak kena, letak dalam ndoi pun tak selesa, atas tilam pun tak selesa jugak.Sekejap nak susu lah, nak air sejuk lah, nak nenen lah.Huhu sabar aja melayan kerenah buah hati mama ni.Cepat sembuh yer anak mama sayang...

Abah pun mama tengok tidur tak nyenyak,kesian abah tapi nak buat cemana kena jugak lah berjaga walaupun tidak direct berjaga sebab Amsyar tak sihat.Mama faham sebab abah kan kerja,jadi mama pun tak mau ganggu tidur abah.

Hari ni, Amsyar masih lagi selsema.Bangun tidur pkol 10.15 pagi mama terus mandikan Amsyar sebab pampers dah berat.Alang-alang nak tukar pampers tu mama teruskan lah madikan Amsyar.Lepas mandi makan roti canai yang abah beli untuk Amsyar pagi tadi.Habis sebiji besar roti canai Amsyar makan.Heheheh tak sihat pun berselera makan .Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mama tak lah risau sangat. Lepas makan roti canai, mama bagi pulak makan ubat selsema dengan ubat demam sebagai perlindungan supaya tidak demam.

Sekarang ni Amsyar tengah tidur dengan nyenyaknya di atas ndoi..Mama selimutkan Amsyar dengan kain pelikat abah.Heheh jangan marah abah, pinjam sekejap aja..Amsyar lagi nyenyak tidur tu...

Harapan mama semoga Amsyar cepat-cepat sembuh sebelum hari jumaat ni sebab abah nk bawak kita jalan-jalan ke Ulu Legong untuk mandi air panas...


                                              hero mama yang hensem~ cepat2 sembuh yer

Thursday, June 28, 2012

Kurus

Prinsip mama tentang penampilan adalah begini " mama perlu kurus supaya nampak lebih berkeyakinan dalam semua hal"..Ya, itu lah impian mama sekarang ini.Untuk kurus, mama perlu lakukan sesuatu agar impian mama ini tercapai...Huhuhu, mama dh mula makan herbalife yang diberikan oleh adik mama tu .Hari ni adalah hari ke 4 mama makan herbalife.Tapi, mama tak konsisiten sgt dengan segala pantang larang dan disiplin yang ditetapkan tu.Yola, agak susah sikit nak mengejutkan sistem badan mama dengan herbalife ni.Kena "slow and steady" walaupun kesannya mmg lambat sikit lah..huhu
Target mama nk turun dalam 10 kg mcm tu..Rindunya nk dpt berat ideal mcm dulu-dulu tu...Tapi, adakah tercapai impian mama ni..

Terasa sgt cun kalau dpt berat mcm ni..Semoga usaha mama tercapai nk turun 10 kg ni sebelum raya....berat sekarang ni dh overweight lah...Tak best langsung...Huhuhu
Ni keadaan berat mama sekarang...


Herbalife

Mama teringin nak kaya dan ada duit beribu-ribu dalam akaun setiap bulan.Mama teringin nk buat herbalife untuk dapatkan extra income dan pada masa yang sama mama nak sihat.Tak nak ada penyakit sampai mama tua nanti..
Mama nak sangat buat herbalife..tapi mama boleh ka?????Huhuhu,semoga ada sinar dalam hidup mama untuk mama capai matlamat mama yang ni..
Sebenarnya mama teringin nak jalan-jalan dan pegang duit banyak-banyak supaya mama boleh menderma dan bagi duit kepada sesiapa yang mama suka..



Ya Allah, tolong makbulkan permintaan mama ini..Huhuhu

Wednesday, June 27, 2012

Updated..

Lamanya mama tak update belog ni,dh bersawang labah-labah,tikus,lipas dan seangkatan dengannya lah dekat belog ni..Hehehe..Sebenarnya, bukan mama tak nak update, tapi mama terlupa password..so,memang bersawang lah belog ni jadinya..tapi alhamdulillah,hari ni tetiba aja mama teringat password dan terus boleh buka beloq ni untuk di update.

Sebelum mama bercerita panjang, mama ingin panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada ilahi kerana memakbulkan doa mama selama ini.Alhamdulillah,bersyukur tidak terhingga di atas nikmat yang tak terperi ini. Selesai suadah satu semester di UUM untuk program DPLI mama.Ada lagi satu semester sebelum mama praktikal selama 4 bulan tahun depan.Insyallah, lepas praktikal mama akan di posting kan ke sekolah untuk bergelar guru tetap.Insyallah juga,segala cita-cita mama untuk bergelar pendidik akan tercapai kelak.

Sepanjang mama di UUM untuk semester pertama ni,mama terpaksa berjauhan dengan putera hati mama kerana masalah ketidakselesaan anak mama untuk tinggal dengan pengasuh.Huhuhu, peritnya rasa jiwa mama ni kerana rindu yang menggunung dekat Razyn Amsyar. Amsyar terpaksa tinggal dengan tok n wan di tg dawai. Mama akan jumpa Amsyar setiap hujung minggu sahaja. Kesian Amsyar, terpaksa berkorban jiwa berjauhan dengan mama.Bersabarlah anak mama, pengorbanan ini untuk Amsyar juga demi keselesaan kita nanti..Huhuhu

Sekarang ni, mama cuti semester selama 3 bulan.Alhamdulillah,  Amsyar dah duduk dengan mama dan abah di rumah sewa kami di Kangar. Bahagianya meniti saat-saat ini. Walaupun hanya untuk sementara, tetapi pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang bernilai nanti.Insyallah..

Mama doakan semoga semuanya baik-baik belaka dan segalanya di beri petunjuk dan hidayah dari Nya..Insyallah.Aminn


Thursday, March 1, 2012

Mama dan kehidupan..

Subhanallah,bergitu pantas masa berlalu.Sedar tak sedar sudah masuk bulan mac bagi tahun 2012 ni.Alhmadulillah,bayak perkara yang baik berlaku dalam hidup mama di tahun 2012 ni...Syukur ke hadrat ilahi...Mama sangkakan mendung sampai ke petang rupanya pelangi dan mentari terbit menyinari hidup mama.Mama sudah mulakan pengajian Diploma Pendidikan mama di UUM.Syukur,kerana segalanya berjalan baik.semoga mama diringi lindungan Allah ini buat selamanya. Abah ke tempat kerja yang dekat dengan rumah,manakala mama pula berulang dari UUM ke Kangar setiap hari ada kelas.

Alhamdulillah juga, Amsyar di jaga di rumah pengasuh yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.Walaupun Amsyar tidak selesa pada mulanya,tetapi harapan mama semoga Amsyar semakin menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat juga telah dijalankan di rumah baru mama dan abah di Sungai Limau awal Februari lalu.Terima kasih tak terhingga juga kepada semua yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis kami.Insyallah,kalau ada rezeki lebih nanti,mama berniat mahu adakan kenduri lagi..



Tuesday, January 17, 2012

Permulaan 2012

Lagi seminggu lebih sahaja Januari 2012 bakal meninggalkan kita. lalu Febuari 2012 pula akan menjelang tiba.Ya,bila datangnya Febuari bermakna hidup mama di tahun 2012 ini akan bermula.Maksud mama di sini adalah permulaan secara total dari segi penghijrahan daripada yang lama kepada yang baru.
Mama akan berpindah ke Kangar awal Febuari ini Kata abah 1 Febuari dah masuk rumah sewa baru di Kangar.Perpindahan ini merupakan perpindahan ke 3 dalam hidup mama selepas mama berkahwin dengan abah.Insyallah,bila masuk belajar di UUM nanti mama akan berulang dari Kangar ke Sintok setiap hari yang ada kelas.Alhamdulillah,mama masih lagi tinggal dengan abah dan Amsyar. Setiap hari juga,mama akan bawa Amsyar bersama ke UUM dan tinggalkan Amsyar di nurseri UUM sementara mama masuk kelas. Semoga semuanya seperti yang dirancang.Amiin...
Seterusnya, mama akan mula bermalam di rumah baru mama di Sg Limau ,Yan juga awal Febuari ini.Jadi,segala urusan pindahan barang-barang ke Kangar dan ke Sg Limau akan bermula hujung minggu ini dan juga minggu depan.
Insyallah, jika tiada aral melintang mama dan abah akan mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin di rumah baru pada 5 Febuari ini. Semoga kehidupan baru mama dan keluarga kecil mama ini diberkati Allah hendakNya..

Monday, January 16, 2012

Episod Baru

Insyallah mama akan mendaftar di UUM pada 16 febuari 2012 nanti sebagai pelajar DPLI kursus perdagangan.Semuanya akan menjadi episod baru dalam hidup mama.Semoga Allah memudahkan perjalan hidup mama dan diberkati hendakNya..Mama memang sangat bersemangat dan mahu melakukan yang terbaik demi masa depan mama.Insyallah semoga Allah sentiasa ada bersama mama..

Mama dan mertua.

Alhamdulillah,bulan depan genap 2 tahun usia perkahwinan mama dan abah.Rasa macam baru sahaja  kami berkahwin.Selama tempoh ini jugak perkenalan mama dan keluarga mertua.Mama bersyukur kerana punya mertua dan ipar yang sangat baik.Mereka melayan mama lebih dari mama sangkakan.Alhamdulillah...Bukan apa,sebelum berkahwin lagi mama risau kalau dapat mertua yang tak baik.Mesti hidup merana.Alhamdulillah,Allah maha adil dan mendengar doa mama.
Mak dan ayah mertua mama sangat baik, sama seperti mak mama sendiri.alhamdulillah