Menjenguk

Friday, August 5, 2011

Nasihat

Semalam sebelum tidur, mama dan abah berbual kosong.Seperti biasa mestilah mama yang mulakan dulu.Topik yang dibualkan adalah topik yang selalu mama sebut-sebut iaitu kerja..KERJA oh KERJA...Abah cakap mama macam tak bersyukur dengan apa yang Allah beri.Hermmmm,sedih jugak bila abah cakap macam tu.Bukan mama tak bersyukur,tetapi mama hanya pohon diberikan kesenangan untuk mama memohon ke jawatan tetap.Itu sahaja sebab yang lain-lain tu mama dah dapat.Alhamdulillah dengan nikmat semua yang lain-lain tu.Tetapi mama memang perlukan jawatan tetap tu sebab mama pun ada komitmen lain yang perlu mama selesaikan.Takkan mama nak harapkan abah menyelesaikan semua komitmen mama tu.Mama tak boleh menjadi suri rumah sahaja sebab jiwa mama adalah jiwa berkerjaya. Mama dah ada Amsyar untuk dibesarkan dengan hasil titik peluh mama sendiri. Mama tak mahu mensia-siakan ilmu yang mama ada ni.Mama nak sangat jawatan tetap tu.Bilalah agaknya penantian mama ni akan berakhir???

No comments:

Post a Comment