Menjenguk

Wednesday, July 27, 2011

Makan malam pertama di tempat baru.

Alhamdulillah, malam ni abah bawa mama makan malam di Restaurant Sala Classic yang terletak di Simpang Kuala. Mama memang  tak masak hari ni sebab abah dah janji nak bawa makan malam. Jadi, lepas sahaja sembahyang magrib,mama sekeluarga terus bertolak ke restoren untuk tempahan menu.Abah memilih untuk makan nasi sahaja memandangkan semua memang lapar sebab mama tak masak hari ini. Hampir satu jam kami di restoren menjamu selera dengan menu yang sedap. Pilihan menu malam ini adalah nasi putih bersama tomyam seafood,daging masak halia,telur dadar dan sayur goreng campur.

Tidak menjadi masalah untuk Amsyar sebab mama dah bekalkan dia dengan moi.Jadi,bila sampai aja restoren tu,mama terus suapkan Amsyar bagi kenyang-kenyang supaya dia tak meragam.Habis semangkuk moi dengan lauk goreng masakan mama yang menjadi kegemaran hero mama ni.

Selesai sahaja makan malam, abah terus ajak mama balik rumah sebab abah dah mengantuk memandangkan hari ini abah selsema dan batuk-batuk. Kesian abah,semoga cepat sembuh ok.Sampai di rumah pada pukul 10 malam mama terus bersiap-siap seterika baju untuk kerja esok.

Terima kasih abah sebab belanja makan malam.insyallah ada rezeki lebih nanti mama yang belanja pula ya.

No comments:

Post a Comment