Menjenguk

Wednesday, October 17, 2012

Perihal Rezeki

Sejak menceburkan diri secara suka-suka dengan bisnes Shaklee ini, mama belajar banayk perkara tentang rezeki.Sebelum mama berceloteh panjang tentang rezeki, mama nak kongsi sedikit tentang punca-punca kenapa rezeki susah sangat nak dekat dengan kita dan pintu-pintu murah rezeki dengan pembaca semua..

jom kita tengok sama-sama:


Punca Masalah Rezeki Sempit:

1. Tidak mengingati Allah S.W.T.
2. Meninggalkan solat 5 waktu.
3. Enggan membayar zakat.
4. Derhaka kepada ibu-bapa.
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang).
6. Banyak dosa besar.
7. Makan harta riba.
8. Makan harta anak yatim.
9. Suka berbohong/ menipu.
10. Terlibat dengan rasuah (memberi atau menerima).
11. Membiarkan ahli keluarga derhaka.
12. Cuai ketika membuang air kecil. Ini beliau khususkan kepada orang lelaki. Jangan membuang air kecil sambil berdiri. Mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, dan sebagainya.
13. Sorok dan kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi / mengajar orang lain).
14. Suka mengadu domba.
15. Suka menabur fitnah.

Petua Menambah Rezeki:

1. Patuh perintah Allah dan banyakan berdoa.
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah di waktu malam.
3. Taat/patuh kepada orang tua.
4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara: Solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur
mengingati Allah).
5. Selalu lakukan solat Taubat dan istighfar tiap-tiap malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki).
6. Melakukan solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki
terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang).
7. Tawakkal kepada Allah.
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas.
9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran.
10. Memberi makan kepada binatang dengan ikhlas.
11. Menunaikan haji dan umrah.
12. Membentuk silaturrahim.
13. Berumahtangga (bagi yang belum).
14. Berhijrah ke jalan Allah.
15. Amalkan doa-doa untuk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dalam Al-Mathurat).
16. Yang penting sekali, rajin berusaha.




Jadi, sama-sama kita renungkan semoga beroleh manfaat dari perkongsian mama hari ini...




Tuesday, October 16, 2012

Sayang Sayang Allah...

Alhamdulillah,


mama bersyukur kerana masih diberi pinjaman nafas untuk berdiri di bumi Allah sehingga ke hari ini
mama juga sangat bersyukur dia atas segala nikmat yang ada juga diberi oleh Nya..
mama sayang Allah sebab Nya juga sayang mama..

Indahnya hidup ini,dengan nikmat dan dugaan yang kadang kala silih berganti untuk mewarnai hidup mama..


semoga, semuanya sentiasa berada di bawah lindungannya...





Monday, October 15, 2012

Bisnes oooo bisnes

Mama dh jadi pengedar sah Shaklee...
insyallah moga dimurahkan rezeki mama ini..
Aminnn



Tuesday, August 14, 2012

Panasnya Perlis..

Alahai cuaca, kenapakah panas sangat hari ni....Tak tahan mama, rasa macam nak mandi aja setiap sejam sekali biar badan ni sejuk.Bila  di kaji,kedudukan negeri Perlis yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa ni memang menyumbang kepada cuaca yang sangat panas ni. Tidak hairanlah, pokok-pokok tanaman beriklim panas seperti buah mempelam harum manis dan buah anggur begitu banyak hidup subur di negeri Indera Kayangan ini. Tapi, itu tumbuhan...kalau manusia seperti mama yang tidak biasa tinggal di tempat bercuaca panas ni memang lah tidak tertahan.Rasa macam nak telan sahaja ketulan-ketulan ais masuk ke dalam mulut.

                                

Lihat sahaja darjah celsius yang tertera tu..Mengikut cerita orang Perlis, kadang-kadang cuaca di negeri ini boleh mencecah lebih 40 darjah celsius..Memang sangat panas kan...Tambahan lagi di bulan mulia Ramadhan ni.Dugaan betul lah kan. Mama memang mandi 3 kali sehari lah jawabnya, kalau nak mandi sampai 4 kali nanti takot terbatal pula puasa ni..hehheh...

Tidak hairanlah, Amsyar minum banyak sungguh air masak.Bangun aja daripada tidur terus mintak air. Kesian anak mama ni. Macam ni keadaan cuaca, mama lagi rasa tak sabar nak ke Cameroon Highland untuk menikmati kesejukan cuaca di sana.Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Sunday, August 12, 2012

Gemuk

Subhanallah, ini adalah realiti dan bukan fantasi.Mama gemuk kembali..!!!!Sememangnya mama sangat benci gemuk sejak dulu lagi.Mama penah gemuk selama hampir 20 tahun,dan mama juga telah pun kurus hampir 5 tahun dan sekarang mama kembali gemuk seperti dulu.Ya Allah, dugaan ini sebenarnya sangat berat untuk mama lalui memandangkan mama sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab yang perlu dipikul.Mama perlu lakukan sesuatu, mama tidak boleh selesa dengan keadaa ini.Tindakan drastik perlu diambil dengan serta merta.Jadi, untuk melakukan perubahan ini perlulah diiringi dengan pengorbanan.Arghhhhh, ini yang memeritkan..

                                             
Banyak baju-baju mama yang dah tidak muat untuk di pakai, selain itu mama rasa sangat tidak berkeyakinan dengan keadaan diri mama ini.Mama rasakan penampila mama sangat selekeh dengan fizikal mama yang germuk ini.Mama perlu lari dari keadaan ini.Mama perlu lakukan rutin seperti dulu dalam proses mama mahu kurus,Mama perlu bergerak aktif bersukan,berjogging dan seterusnya membakar lemak-lemak mama yang banyak terkumpul ini.Dalam keadaan ini, mama tidak mahu menyalahkan sesiapa.Mama perlu optimis jika mahu kembali kepada fizikal seperti dulu.

Mama akui, mama takkan dapat kembali bentuk badan seperti dulu tapi sekurang-kurangnya mama tidaklah seberat sekarang.Jika mama betul-betul mahu menambah keluarga, mama memang perlu kurus kembali. Mama perlu keluarkan 15kg lemak dalam badan mama ini.Dengan terhindarnya lemak sebanyak ini dalam badan mama, insyallah semuanya akan baik-baik belaka.Mama sangat takut akan masalah kesihatan yang serius memandangkan keluarga mama punya masalah kesihatan keturunan yang agak membimbangkan.

Ya Allah, bantulah mama.Berikan petunjuk yang terbaik untuk diri mama ini.

Thursday, August 9, 2012

Cameroon Highland 2

Mama dan abah merancang untuk ke Cameroon Highland pada 24 Ogos sehingga 26 Ogos ini.Percutian kami selama 3 hari 2 malam nanti sememangnya impian mama sejak 2 bulan yang lalu setelah kesemua gambar yang mama ambil sewaktu percutian kami kali pertama pada tahun lepas  hilang disebabkan kecuaian mama sendiri.Rasa macam tak sabar pun ada ni sebabnya, kali ni percutian kami ke tempat sejuk ni hanya 3 beranak sahaja.Memang agak teruja berbanding kali pertama dulu.Mama dah terbayang-bayang kesejukan di sana dan beberapa tempat yang dah mama senaraikan yang wajib dilawati.

                                        

Semangat kan mama ni..!!! heheh tunggukan kehadiran kami wahai Tanah Tinggi Cameroon Highland.
Seperti biasa, mama akan titipkan doa semoga perjalanan dan percutian kami ke sana nanti akan dipermudahkan dan selamat semuanya. Aminn...

                                       

Tak sabarnya....

Semangat dan Usaha

Impian mama untuk punya jadual waktu seperti di bawah bagi permulaan semester kedua mama di uum awal september ini.

HARI
8-9
9-10
10-11
11-12
12-1
1-2
2-3
3-4
4-5
ISNIN
A
A
A
E
E

G
G

RABU
B
B
B



C
C
C
KHAMIS
D
D
D
F
F





A=Pengurusan Bilik Darjah (3)
B=Sains P&P (3)
C=Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (3)
D=Kajian Tindakan (3)
E,F=Kaedah Mengajar(2+2)
G=Pengajaran Makro & Mikro (2)

Alhamdullillah, keputusan peperiksaan semester lepas sudahpun diumumkan.Syukur ya Allah berkat sokongan, dokongan dan doa semua, mama berjaya mendapat pointer dekan.Pembakar semangat untuk mama terus berusaha gigih untuk semester ini.

Barakah Ramadhan ini, semoga apa yang diimpikan abah untuk tinggal di rumah kami sendiri di Yan akan termakbul.Insyallah, mama perlu berdoa dan terus berdoa untuk sama-sama berusaha setelah
pelbagai cara telah dilakukan.

Apa yang paling utama, mama dan abah mahukan yang terbaik untuk hero kami, Razyn Amsyar.Kalau doa abah dan mama dimakbulkan untuk kita tinggal di rumah kita sendiri september ni, mama sedaya upaya akan berusaha untuk pastikan kita bertiga tinggal bersama.Mama tak sanggup nak berpisah dengan anak mama ni, mama rela korbankan duit minyak dan tenaga berulang dari uum demi anak mama ni.Insyallah semoga segalanya akan dipermudahkan.


Ya Allah, Kau permudahkan lah usaha kami dan berkatilah perjalanan hidup kami.Amin.

Thursday, August 2, 2012

The deepest inside


Just a slave of Him
Human being of the creator
A million gratitude of Him upstairs

 To fulfil the journey of life


The feeling is not pretend

It’s true and pure
Calm, peace and cool

While everything just a lend


Craving for the world after
World as a path of life

Be good and sincere to people

Nobody can replace


Heart belongs to mind belongs to soul
Ultimate purpose not to stay here

Thanks for everything
Sometimes it’s more than others


Alhamdulillah.






Monday, July 30, 2012

Razyn Amsyar

Cepat sungguh masa berlalu,pejam celik anak bujang mama ni dah nak masuk 2 tahun umurnya pada bulan November ni.Haishh, mama macam terasa-rasa lagi sakitnya sewaktu melahirkan hero mama ni. Ni la Amsyar sewaktu mama lahirkan dulu...3.75kg...semangat sungguh..Hehehe



Alhamdulillah Amsyar membesar sangat pantas dan bijak.Dah macam-macam perkembangan yang Amsyar  capai seiring dengan usianya walaupun kadangkala mama rasa Amsyar ni terlebih bijak pulak.Hehehe puji anak sendiri.Ngeeeee.

Gambar ni diambil sewaktu raya pertama Amsyar dengan mama dan abah.Waktu ni Amsyar tak boleh berjalan lagi, baru pandai merangkak.Dasyat sungguh kawalan mama waktu ni sebab Amsyar akan explore semua tempat yang baru.Amsyar baru nak capai umur setahun masa ni.


Umur Amsyar dah setahun waktu ni. Amsyar baru pandai berjalan.Mulut pun dh mula becok.Yang mama paling teruja waktu ni bila Amsyar dah pandai panggil mama dan abah.Memang tak kering gusi la kalau melayan Amsyar waktu ni.

Sekarang ni, usia Amsyar 1 tahun 9 bulan..Alhamdulillah, mama sangat bersyukur dengan perkembangan Amsyar di usianya sekarang.Mulut sangat petah bercakap, suka baca buku,suka tengok orang baca quran sambil buat gaya dia pun baca quran,dah boleh mintak sendiri kalau lapar dan yang paling best dah boleh suruh letak baju sendiri dalam bakul, suka merajuk manja....dah macam orang tua-tua pulak kalau bersembang..hahahah...Selain tu, Amsyar juga memang ringan tulang kalau mama suruh buat sesuatu dibawah kawalannya.Kadang-kadang tu, kalau sepahkan mainan dia,mesti masukkan sendiri mainan dalam bakul semula.Alhamdulillah, bersyukurnya mama, semoga Amsyar menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan berguna pada agama bangsa dan negara.Aminnn..

Dispenser Air dari Spritzer

Dah lama mama teringin nak ada benda ni dekat rumah.Semoga pelaburan mama yang tak seberapa ni untuk setiap bulan dapat menjamin tahap kebersihan dan ketulenan air minumam mama sekeluarga.Insyallah.

                                          

Mama berkesempatan dapat dispenser air dengan mineral water ni di Giant Sg Petani dengan harga yang murah sangat : Dispenser Air = RM30.50, Air Mineral Spritzer 9.5 liter = RM 9.80...

Harapan mama, semoga setiap bulan mama istiqamah menggunakan air ni sebanyak 5 tong untuk minuman sahaja.Cukup kot kan...Insyallah