Alhamdulillah,mama,abah dan Amsyar sudah pun berpindah dan sekarang menetap di tanah besar, Alor Setar.Segalanya bergitu pantas berlalu,rasanya baru sahaja abah mendapat surat pertukaran dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kami sama-sama mengatur hal perpindahan itu dan ini. Usai 2 minggu lebih kami menetap di tanah besar ini.Macam-macam sudah kami lalui dan sekarang ini adalah fasa penyesuaian diri dengan suasana baru di tempat orang. Jika dulu di bumi Langkawi, agenda hujung minggu kami hanya berehat-rehat di rumah dan berkunjung ke rumah mak di kampung.Tetapi segalanya berubah di sini kerana hujung minggu kami bakal terisi dengan bermacam-macam agenda memandangkan kami akan 'panjang kaki' di sini. Lagipun,kampung abah memang terletak di sini dan banyak masa hujung minggu kami akan dihabiskan di kampung abah.
Betul lah kata orang, hijrah itu satu perubahan kerana hijrah akan membentuk pembaharuan. Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana di bumi baru ini mama telah mendapat perkerjaan.Mama sangat bersyukur walaupun rezeki ini hanya untuk sementara tetapi sekurang-kurangnya mama tidak akan selamanya membebankan abah seorang diri. Cukup lah rezeki secupak ini untuk menampung hidup mama dan membantu abah seadanya. Insyallah, Allah tidak akan zalim dengan mama insan yang sangat lemah lagi memerlukan ini.
Amsyar sudah bijak sekarang.Sangat bijak dan aktif. Ada-ada sahaja keletah baru Amsyar yang mencuit hati mama dan abah. Setiap pagi, sebelum mama bergerak ke tempat kerja,Amsyar akan mula buat perangai.Konon-konon mahu menarik perhatian mama agar membawanya sekali. Kesian anak mama ni,tetapi mama terpaksa tinggalkan Amyar buat sementara sehingga tengahari. Amsyar sekarang semakin manja, rasanya lebih manja dengan mama berbanding abah.Pantang mama duduk, pasti cepat-cepat Amsyar datang menyendel.Sudah banyak perkembangan Amsyar sekarang seiring dengan usianya.Amsyar sudah ada 2 batang gigi, Amsyar sudah pandai tepuk amai-amai berserta buat mimik muka geram,Amsyar sudah boleh duduk sendiri,Amsyar sudah mula mahu berdiri walaupun tak berapa cekap merangkak dan yang paling mama teruja sekali adalah Amsyar sudah pandai panggil 'mama'.Bahagianya.....!!!!
Sekarang ni, cuti abah dan mama dah tak sama.Sedih jugak sebab seminggu hanya ada sehari sahaja cuti abah dan mama untuk bersama-sama di rumah dengan Amsyar.Abah cuti hari sabtu dan ahad manakala mama pula bercuti hari jumaat dan sabtu.Jadi, kami hanya ada hari sabtu sahaja untuk Amsyar.Tetapi mama tak kisah sebab setiap hari mama dan abah tetap bersama walaupun di waktu lewat petang dan malam. Alhamdulillah, mama terima dengan hati terbuka dan berlapang dada kerana Allah dah kurniakan rezeki perkerjaan buat mama.
Untuk abah, terima kasih mama ucapkan kerana bersusah payah untuk mama.Insyallah mama akan bantu abah kelak.Walaupun tak banyak tetapi mama harap dapat meringankan sikit beban abah. Mama berjanji akan menjadi isteri yang terbaik untuk abah dan menjadi mama yang terhebat untuk anak kita Amsyar.
No comments:
Post a Comment