Menjenguk

Tuesday, August 14, 2012

Panasnya Perlis..

Alahai cuaca, kenapakah panas sangat hari ni....Tak tahan mama, rasa macam nak mandi aja setiap sejam sekali biar badan ni sejuk.Bila  di kaji,kedudukan negeri Perlis yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa ni memang menyumbang kepada cuaca yang sangat panas ni. Tidak hairanlah, pokok-pokok tanaman beriklim panas seperti buah mempelam harum manis dan buah anggur begitu banyak hidup subur di negeri Indera Kayangan ini. Tapi, itu tumbuhan...kalau manusia seperti mama yang tidak biasa tinggal di tempat bercuaca panas ni memang lah tidak tertahan.Rasa macam nak telan sahaja ketulan-ketulan ais masuk ke dalam mulut.

                                

Lihat sahaja darjah celsius yang tertera tu..Mengikut cerita orang Perlis, kadang-kadang cuaca di negeri ini boleh mencecah lebih 40 darjah celsius..Memang sangat panas kan...Tambahan lagi di bulan mulia Ramadhan ni.Dugaan betul lah kan. Mama memang mandi 3 kali sehari lah jawabnya, kalau nak mandi sampai 4 kali nanti takot terbatal pula puasa ni..hehheh...

Tidak hairanlah, Amsyar minum banyak sungguh air masak.Bangun aja daripada tidur terus mintak air. Kesian anak mama ni. Macam ni keadaan cuaca, mama lagi rasa tak sabar nak ke Cameroon Highland untuk menikmati kesejukan cuaca di sana.Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Sunday, August 12, 2012

Gemuk

Subhanallah, ini adalah realiti dan bukan fantasi.Mama gemuk kembali..!!!!Sememangnya mama sangat benci gemuk sejak dulu lagi.Mama penah gemuk selama hampir 20 tahun,dan mama juga telah pun kurus hampir 5 tahun dan sekarang mama kembali gemuk seperti dulu.Ya Allah, dugaan ini sebenarnya sangat berat untuk mama lalui memandangkan mama sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab yang perlu dipikul.Mama perlu lakukan sesuatu, mama tidak boleh selesa dengan keadaa ini.Tindakan drastik perlu diambil dengan serta merta.Jadi, untuk melakukan perubahan ini perlulah diiringi dengan pengorbanan.Arghhhhh, ini yang memeritkan..

                                             
Banyak baju-baju mama yang dah tidak muat untuk di pakai, selain itu mama rasa sangat tidak berkeyakinan dengan keadaan diri mama ini.Mama rasakan penampila mama sangat selekeh dengan fizikal mama yang germuk ini.Mama perlu lari dari keadaan ini.Mama perlu lakukan rutin seperti dulu dalam proses mama mahu kurus,Mama perlu bergerak aktif bersukan,berjogging dan seterusnya membakar lemak-lemak mama yang banyak terkumpul ini.Dalam keadaan ini, mama tidak mahu menyalahkan sesiapa.Mama perlu optimis jika mahu kembali kepada fizikal seperti dulu.

Mama akui, mama takkan dapat kembali bentuk badan seperti dulu tapi sekurang-kurangnya mama tidaklah seberat sekarang.Jika mama betul-betul mahu menambah keluarga, mama memang perlu kurus kembali. Mama perlu keluarkan 15kg lemak dalam badan mama ini.Dengan terhindarnya lemak sebanyak ini dalam badan mama, insyallah semuanya akan baik-baik belaka.Mama sangat takut akan masalah kesihatan yang serius memandangkan keluarga mama punya masalah kesihatan keturunan yang agak membimbangkan.

Ya Allah, bantulah mama.Berikan petunjuk yang terbaik untuk diri mama ini.

Thursday, August 9, 2012

Cameroon Highland 2

Mama dan abah merancang untuk ke Cameroon Highland pada 24 Ogos sehingga 26 Ogos ini.Percutian kami selama 3 hari 2 malam nanti sememangnya impian mama sejak 2 bulan yang lalu setelah kesemua gambar yang mama ambil sewaktu percutian kami kali pertama pada tahun lepas  hilang disebabkan kecuaian mama sendiri.Rasa macam tak sabar pun ada ni sebabnya, kali ni percutian kami ke tempat sejuk ni hanya 3 beranak sahaja.Memang agak teruja berbanding kali pertama dulu.Mama dah terbayang-bayang kesejukan di sana dan beberapa tempat yang dah mama senaraikan yang wajib dilawati.

                                        

Semangat kan mama ni..!!! heheh tunggukan kehadiran kami wahai Tanah Tinggi Cameroon Highland.
Seperti biasa, mama akan titipkan doa semoga perjalanan dan percutian kami ke sana nanti akan dipermudahkan dan selamat semuanya. Aminn...

                                       

Tak sabarnya....

Semangat dan Usaha

Impian mama untuk punya jadual waktu seperti di bawah bagi permulaan semester kedua mama di uum awal september ini.

HARI
8-9
9-10
10-11
11-12
12-1
1-2
2-3
3-4
4-5
ISNIN
A
A
A
E
E

G
G

RABU
B
B
B



C
C
C
KHAMIS
D
D
D
F
F





A=Pengurusan Bilik Darjah (3)
B=Sains P&P (3)
C=Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (3)
D=Kajian Tindakan (3)
E,F=Kaedah Mengajar(2+2)
G=Pengajaran Makro & Mikro (2)

Alhamdullillah, keputusan peperiksaan semester lepas sudahpun diumumkan.Syukur ya Allah berkat sokongan, dokongan dan doa semua, mama berjaya mendapat pointer dekan.Pembakar semangat untuk mama terus berusaha gigih untuk semester ini.

Barakah Ramadhan ini, semoga apa yang diimpikan abah untuk tinggal di rumah kami sendiri di Yan akan termakbul.Insyallah, mama perlu berdoa dan terus berdoa untuk sama-sama berusaha setelah
pelbagai cara telah dilakukan.

Apa yang paling utama, mama dan abah mahukan yang terbaik untuk hero kami, Razyn Amsyar.Kalau doa abah dan mama dimakbulkan untuk kita tinggal di rumah kita sendiri september ni, mama sedaya upaya akan berusaha untuk pastikan kita bertiga tinggal bersama.Mama tak sanggup nak berpisah dengan anak mama ni, mama rela korbankan duit minyak dan tenaga berulang dari uum demi anak mama ni.Insyallah semoga segalanya akan dipermudahkan.


Ya Allah, Kau permudahkan lah usaha kami dan berkatilah perjalanan hidup kami.Amin.

Thursday, August 2, 2012

The deepest inside


Just a slave of Him
Human being of the creator
A million gratitude of Him upstairs

 To fulfil the journey of life


The feeling is not pretend

It’s true and pure
Calm, peace and cool

While everything just a lend


Craving for the world after
World as a path of life

Be good and sincere to people

Nobody can replace


Heart belongs to mind belongs to soul
Ultimate purpose not to stay here

Thanks for everything
Sometimes it’s more than others


Alhamdulillah.