Menjenguk

Monday, June 20, 2011

Menjenguk ke Cameroon Highland...

Insyallah mama dan keluarga sebelah abah akak ke Cameroon Highland pada 3 hingga 5 Julai nanti. Pemergian kami ke sana adalah secara kebetulan memandangkan adik bongsu abah, Fitri Azizi akan melapor diri untuk melanjutkan pengajiannya di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dalam bidang Kejuruteraan Perkapalan. Jadi, dah alang-alang abah kena menghantar adiknya ke Politeknik tu, abah telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya sekali ke Cameroon Highland sebelum 5 julai nanti.Maksudnya kami akan menginap di atas puncak Brinchang selama 3 hari 2 malam.

Mama dah terbayang-bayang akan kesejukkan di sana.Kalau berkesempatan, mama nak ajak abah melawat ladang strawberi,ladang teh,ladang bunga,ladang sayur-sayuran dan  buah-buahan.Tidak ketinggalan juga, mama teringin sangat nak melawat   MARDI dan pasar malam yang dikatakan sangat meriah dengan pelbagai jualan sayur-sayuran segar. Harapnya semua yang diidamkan akan tercapai dan terlaksana.

Jika mengikut perancangan abah, kami akan menginap di Natasya Resort yang terletak di Puncak Brinchang.Natasya Resort menawarkan pakej penginapan berkeluarga yang agak menarik di apartment yang agak selesa.Jadi, tugas mama sekarang adalah nak menempah bilik bagi memudahkan tugas abah nanti supaya tak pening-pening nak buat semua di saat akhir.

Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar memandangkan kami belum lagi menjejak kaki ke sana. Terasa agak teruja tetapi tidak boleh terlalu seronok kerana kesederhanaan itu adalah lebih afdzal...Insyallah..


No comments:

Post a Comment