Menjenguk

Thursday, June 28, 2012

Kurus

Prinsip mama tentang penampilan adalah begini " mama perlu kurus supaya nampak lebih berkeyakinan dalam semua hal"..Ya, itu lah impian mama sekarang ini.Untuk kurus, mama perlu lakukan sesuatu agar impian mama ini tercapai...Huhuhu, mama dh mula makan herbalife yang diberikan oleh adik mama tu .Hari ni adalah hari ke 4 mama makan herbalife.Tapi, mama tak konsisiten sgt dengan segala pantang larang dan disiplin yang ditetapkan tu.Yola, agak susah sikit nak mengejutkan sistem badan mama dengan herbalife ni.Kena "slow and steady" walaupun kesannya mmg lambat sikit lah..huhu
Target mama nk turun dalam 10 kg mcm tu..Rindunya nk dpt berat ideal mcm dulu-dulu tu...Tapi, adakah tercapai impian mama ni..

Terasa sgt cun kalau dpt berat mcm ni..Semoga usaha mama tercapai nk turun 10 kg ni sebelum raya....berat sekarang ni dh overweight lah...Tak best langsung...Huhuhu
Ni keadaan berat mama sekarang...


Herbalife

Mama teringin nak kaya dan ada duit beribu-ribu dalam akaun setiap bulan.Mama teringin nk buat herbalife untuk dapatkan extra income dan pada masa yang sama mama nak sihat.Tak nak ada penyakit sampai mama tua nanti..
Mama nak sangat buat herbalife..tapi mama boleh ka?????Huhuhu,semoga ada sinar dalam hidup mama untuk mama capai matlamat mama yang ni..
Sebenarnya mama teringin nak jalan-jalan dan pegang duit banyak-banyak supaya mama boleh menderma dan bagi duit kepada sesiapa yang mama suka..



Ya Allah, tolong makbulkan permintaan mama ini..Huhuhu

Wednesday, June 27, 2012

Updated..

Lamanya mama tak update belog ni,dh bersawang labah-labah,tikus,lipas dan seangkatan dengannya lah dekat belog ni..Hehehe..Sebenarnya, bukan mama tak nak update, tapi mama terlupa password..so,memang bersawang lah belog ni jadinya..tapi alhamdulillah,hari ni tetiba aja mama teringat password dan terus boleh buka beloq ni untuk di update.

Sebelum mama bercerita panjang, mama ingin panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada ilahi kerana memakbulkan doa mama selama ini.Alhamdulillah,bersyukur tidak terhingga di atas nikmat yang tak terperi ini. Selesai suadah satu semester di UUM untuk program DPLI mama.Ada lagi satu semester sebelum mama praktikal selama 4 bulan tahun depan.Insyallah, lepas praktikal mama akan di posting kan ke sekolah untuk bergelar guru tetap.Insyallah juga,segala cita-cita mama untuk bergelar pendidik akan tercapai kelak.

Sepanjang mama di UUM untuk semester pertama ni,mama terpaksa berjauhan dengan putera hati mama kerana masalah ketidakselesaan anak mama untuk tinggal dengan pengasuh.Huhuhu, peritnya rasa jiwa mama ni kerana rindu yang menggunung dekat Razyn Amsyar. Amsyar terpaksa tinggal dengan tok n wan di tg dawai. Mama akan jumpa Amsyar setiap hujung minggu sahaja. Kesian Amsyar, terpaksa berkorban jiwa berjauhan dengan mama.Bersabarlah anak mama, pengorbanan ini untuk Amsyar juga demi keselesaan kita nanti..Huhuhu

Sekarang ni, mama cuti semester selama 3 bulan.Alhamdulillah,  Amsyar dah duduk dengan mama dan abah di rumah sewa kami di Kangar. Bahagianya meniti saat-saat ini. Walaupun hanya untuk sementara, tetapi pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang bernilai nanti.Insyallah..

Mama doakan semoga semuanya baik-baik belaka dan segalanya di beri petunjuk dan hidayah dari Nya..Insyallah.Aminn