Malam ini sama sahaja seperti malam yang lain.Amsyar sudah pun tidur bergitu juga dengan abah tapi mama masih lagi mampu membuka mata mengadap laptop menulis entri ini.Bukan apa,memang dah lama mama tidak mengemaskini blog ini dengan entri terbaru.Entah lah,kadang-kadang terasa sangat malas nak berceloteh kerana kekeringan idea, tapi banyak sangat nak idea sehingga tidak tahu yang mana satu nak mulakan dulu.Jadi, mama biarkan sahaja tanpa apa-apa yang terbaru dari mama.
Kalau diikutkan entri mama sebelum ini,banyak sahaja keluh kesah dari mama berbanding cerita-cerita yang mengembirakan perasaan mama sendiri.Harapan mama, selepas ini episod sedih mama akan berakhir. Oh ya, bercerita tentang kerjaya mama pulak ye.Baru-baru ini mama dipanggil untuk sesi semakan dokumen guru GSTT di IPDA iaitu maktab perguruan yang terletak di Kedah.Apa yang boleh mama simpulkan semoga usaha mama kali ini berjaya.Mama nak sangat berkerja.Mama nak sangat jawatan ini sebab mama memang nak menjadi seorang pendidik.Mama rasa diri mama dah penat menjawat jawatan sementara dan menganggur.Dah hampir setahun mama tak buat apa-apa perkerjaan selain menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Sekali lagi mama harap mama akan berjaya untuk dipanggil mengikuti kursus perguruan kerana hasil semakan dokumen mama hari tu mendapat feedback positif dari penyemak dokumen.Semoga apa yang mereka katakan menjadi kenyataan.
Bila fikirkan hutang PTPTN, mama jadi tak senang duduk.Rasanya mama tidak mahu lagi menjadi penghutang tegar .Mama tidak mahu mengharapkan abah segalanya.Kesian abah terbeban oleh pelbagai komitmen demi memberi keselesaan buat keluarga kecil mama ini. Mama nak sangat membantu ibu bapa mama dari segi kewangan dan lain-lain keperluan yang mama rasa puas bila dapat guna wang sendiri.
Sementara menanti keputusan kemasukan awal bulan depan,mama hanya mampu berdoa selain bertawakal kepadaNya. Semoga usaha dan penantian mama akan menemui sinar dalam kehidupan mama.
Sekian, untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment