Menjenguk

Wednesday, May 25, 2011

Mama Cemburu...!!!!

(Mama  menulis  dengan emosi yang  tidak  stabil)
Bersalah  kah  kalau mama  cemburu?....ya,memang   mama  cemburu!!!!!……Mama  rasa sangat  kecewa sebab  apa  yang mama mahu tak  dapat lagi  tapi  kawan-kawan seperjuangan mama semua dah  dapat.Mama  sedih  sebab  mama unemployed  tahun  ni…Kenapalah  Allah  masih tak  makbulkan doa  mama  lagi…Mama  jahat  sangat  kah  sampai  Allah  begitu  membiarkan mama  tidak  berkerja  walau mama  telah  berusaha.???Di mana  silap  mama????Hampir  3  tahun mama berkorban dan selama ini  juga mama masih  tidak mampu  menggapai  impian mama….
Mama  cemburu,tengok kawan-kawan mama  bercuti ke  destinasi  pelancongan  di  dalam dan  luar negara  dengan gembira  sekali.Mama  cemburu bila kawan-kawan mama bershopping  dengan  duit  sendiri.Mama cemburu  bila  kawan-kawan mama bebas  berbelanja.Mama  cemburu  tengok  kawan-kawan mama  mampu  memiliki gadget canggih  sekarang  ini.Mama  sangat  cemburu  sebab mama tak mampu memiliki  apa  yang kawan-kawan mama lakukan kerana mama tidak punya  wang.MAMA TIDAK BERKERJA!!!!!…..
Mama tamat  belajar  tahun  2008 pada   bulan November.Awal tahun  2009,mama memohon untuk menjadi  seorang  guru.Alhamdulillah  mama diterima mengajar  di  sekolah  rendah  di  daerah  tempat  tinggal mama.Walaupun gaji  yang  ditawarkan  sangat  tidak  berbaloi dengan kelulusan mama,tapi mama  masih  terima.Setahun mama  di  situ.Tahun  2010  mama  diterima  lagi menjadi  guru  kontrak  di  sekolah menengah  pula,tetapi  rezeki mama  tidak  lama  di  situ.Perkhidmatan  mama  diperlukan  sehingga  bulan  Oktober  sahaja..Mama  sangat  sedih.Tapi  kesedihan mama dapat  di  atasi  bila  mama  melahirkan  anak  sulung  mama  pada  awal  November 2010.
Tahun 2011,mama tidak berkerja.Mama  bergantung  sepenuhnya  kepada  abah.Betapa  bersalahnya  mama  rasa,seolah-olah  mama  menyusahkan  abah.Mama tak suka  dengan situasi  ini.Mama benci sangat.Untuk sekian  waktu,mama  rasa  sangat  stressed  lagi  kalau mama  pulang  ke  kampong.Mama  rasa  macam  orang  sekeliling  memandang  sinis  kepada  mama  yang  tak  berkerja  ini.Mama  tidak  boleh  hidup  dengan  situasi  seperti  ini.Mama  rasa sangat  rendah  diri.Mama  menangis  sepuas-puasnya  bila  mama  rasa  down…..Sekarang  ini,mama kerap  sungguh  menangis…Mama  tidak  tahu  sampai  bila  mama  akan  berada  dalam  keadaan mama yang  tidak berkerja  ini.Mama sedihhhhhh……
Mama punya  hutang PTPTN yang  perlu dilangsaikan,mama ada emak dan ayah yang  perlu dihulur  wang setiap bulan,mama ada anak yang perlu dibesarkan bersama-sama abah,mama punya saudara mara yang mama suka sedekahkan wang,mama punya  keinginan untuk memenuhi keperluan mama. Mama tak boleh bergantung sepenuhnya kepada abah bagi memenuhi segala  keperluan mama ini kerana abah juga ada tanggungjawab lain….
Ya Allah,Kau permudahkan lah usahaku ini…..Hanya padaMu aku memohon.Amin……

No comments:

Post a Comment