Menjenguk

Wednesday, May 4, 2011

sabar itu CANTIK wahai mama....

Dalam hidup ni banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi dan tempuhi.Semua manusia akan diuji oleh Allah dalam pelbagai bentuk.Jadi,sebagai manusia juga,kita haruslah bijak mengawal ujian itu dengan akal yang waras dan sentiasa berfikiran positif.Mama pun selalu diuji dan ujian itu pada hakikatnya membuatkan mama rasa sangat kecewa dengan diri mama.Tapi,mama harus positif dan berpegang pada janji Allah yang setiap keperitan itu jika dilaui dengan hati yang tenang dan redha,insyallah akan berakhir dengan kemanisan.


Siapalah mama jika mahu menolak takdir.Siapalah mama jika mahu menidakkan ketentuan ilahi.Tapi yang mampu mama lakukan adalah berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.Mama yakin dan percaya,masih ramai di luar sana yang diuji dengan dugaan yang maha hebat lagi..Mama suka sekali bila seorang kawan mama sewaktu mama mengajar di sekolah menengah dulu begitu optimis dengan dugaan,katanya

"setiap detik dlm kehidupan kita mesti bersabar, setiap org ada dugaan masing2, kita susah, ada lg org yg lbh susah dr kita, kuatkan iman, tabahkan hati utk hadapi segala liku dlm kehidupan, insyallah allah akan permudahkan jalan utk kita".                  alahai mahu menagis mama dengan tulisan ni...

Mama masih teringat akan dugaan yang seorang lagi kawan mama terpaksa tempuhi.Kawan mama ni seorang surirumah tangga sepenuh masa walaupun mempunyai segulung ijazah.Alhamdulillah,dia dikurniakan seorang suami yang mampu untuk menampung kehidupan berkeluarga mereka bersama 2 orang anak kecil.Mama lihat,hidupnya sangat bahagia kerana Allah kurniakan kebahagiaan dan keselesaan hidup yang orang lain juga mahukan jika diberi peluang.

Tetapi,setiap kemanisan tu rupanya adalah ujian dari Allah jua.Mungkin Dia mahu menguji kita sejauh mana ingatan kita kepadaNya bila kita diulit kemanisan.Aoa yang terjadi,suaminya pergi meninggalkan kawan mama dan 2 orang cahayamata mereka dalam sebuah kemalangan jalan raya.Subhanallah,bagaimana kehidupannya selepas ini???Bagaimana anak-anaknya???Bagaimana makan pakainnya selepas ini???Soalan demi soalan bermain di pemikiran mama bila memikirkan tentang kawan mama ini.Mama doakan semoga Allah memberikan dia ketabahan luar biasa demi membesarkan anak-anaknya dan meneruskan kehidupan tanpa suami tersayang.


Bagaimana mama jika diuji dengan sedemikian ujian??Adakah mama mampu??Adakah mama kuat??Adakah mama berani??Persoalan ini hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya kerana Dia maha mengetahui segala-galanya di dunia yang fana ini.Allah akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh hambanya.Apalah sangat ijian yang mama hadapi ini jika nak dibandingkan dengan ujian yang kawan mama lalui.

Yang paling penting, setaiap dugaan yang kita hadapi perlulah diiringi dengan kesabaran walau sehebat mana pun ujian tersebut kerana sabar itu CANTIK.......

Alhamdulillah,mama masih ada kesabaran itu walaupun kadang-kadang ianya seperti terbang dibawa angin lalu...

No comments:

Post a Comment