~~~~~Suka menulis untuk kepuasan sendiri,bercerita dan berkongsi cerita dan rasa agar terus kekal dalam sanubari~~~~~
Menjenguk
Sunday, July 31, 2011
Mama dan Ramadhan
Alhamdulillah, sekali lagi mama diberi kesempatan bertemu ramadhan untuk kali ke 26 tahun.Tahun ni merupakan ramadhan kedua mama bergelar seorang isteri dan ramadhan pertama bergelar seorang ibu.Syukur ya Allah di atas nikmat rahmatMu ini.Ramadhan tahun ni mama akan berpuasa di tempat baru,jauh dari keluarga mama.Insyallah mama akan memanfaatkan peluang yang ada ini untuk masak sendiri juadah berbuka untuk keluarga kecil mama jika diberi kesempatan dan kelapangan waktu.Jika tahun yang lalu,mama akan berbuka puasa di rumah mak hampir 2 ke 3 kali seminggu tetapi tahun ini berlainan pula.Nampaknya mama akan berbuka puasa bersama keluarga mertua pula memandangkan mama tinggal lebih dekat dengan keluarga mertua,Harapan mama,agar tahun ni mama dapat berpuasa dengan penuh tabah disamping menyusukan Amsyar.Selain itu,mama juga berharap agar dapat menambah pahala dengan menghatam quran walaupun mama tidak berkesempatan menunaikan tarawih kerana Amsyar masih lagi kecil untuk ditinggalkan pada waktu malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment