Menjenguk

Thursday, July 12, 2012

Sate Sedap

                                                  
                                                          Sate yamg murah dan sedap


Wah-wah, sejak dua menjak ni mama asyik post pasal makanan aja kan.Haishh, cemana nak kurus ni???Huhuhu, apa nak buat bila dah perut rasa lapar dan mulut pulak asyik nak mengunyah aja.Semalam abah bawa mama dan Amsyar jalan-jalan ke Kuala Perlis selepas pulang dari opis jam 6 petang.Tujuan asal adalah nak mencari "car toys" untuk Amsyar yang saiz besar macam ni...

                                              
Kereta untuk Amsya


Abah nak cari yang besar supaya Amsyar boleh naik dan duduk-duduk memandangkan basikal yang abah beli dulu dah tak berapa sesuai dengan Amsyar yang semakin membesar tu.Jadinya, abah merancang nak membeli model kereta pulak untuk anak kesayangan dia tu.Tapi sedihnya ,pancarian kami tidak berhasil kerana tidak ada yang berkenan di hati.

Nak dijadikan cerita, semasa mahu pulang ke rumah petang semalam, tiba-tiba aja di tepi jalan tu abah nampak orang jual sate.Hehehe terus terkelua idea nak makan sate malam semalam.Mama pulak terus sokong sebab mama dah nampak lama dah gerai jual sate tu cuma tak bagitau abah ja..heheheh...Maka, mama pun terus memesan 30 cucuk sate ayam dan daging.Yang menariknya, sate ni masih dijual dengan harga RM0.20 sen secucuk.Emmm ni la kali pertama mama jumpa sate dengan harga macam ni.Selalunya harga sate zaman sekarang ni mesti RM0.40 sen ke atas kan..kan...Bila jumapa aja harga yang macam ni, memang dikategorikan murah lah..

Sampai rumah, terus mama solat magrib berganti-ganti dengan abah memandangkan hero kami tu tak boleh di tinggalkan berseorangan.Lepas sahaja mama dan abah selesai solat, sate yang dah menunggu untuk di makan tu terus la dijamah oleh mama sekeluarga.Emmmm yang bestnya, dah la murah lepastu sedap pulak tu.Fulamakkk, kuah kacang dia sangat sedap...Heheh, walaupun sate dah habis, mama ratah kuah kacang tu sampai  licin.Hehehehe....maklumlah, dah kata pun sedap kan...Heheheh..Lepas ni boleh la rekemen kepada saudara mara dan shabat taulan...Weeehuuuuu....

No comments:

Post a Comment