Mama dan abah merancang untuk ke Cameroon Highland pada 24 Ogos sehingga 26 Ogos ini.Percutian kami selama 3 hari 2 malam nanti sememangnya impian mama sejak 2 bulan yang lalu setelah kesemua gambar yang mama ambil sewaktu percutian kami kali pertama pada tahun lepas hilang disebabkan kecuaian mama sendiri.Rasa macam tak sabar pun ada ni sebabnya, kali ni percutian kami ke tempat sejuk ni hanya 3 beranak sahaja.Memang agak teruja berbanding kali pertama dulu.Mama dah terbayang-bayang kesejukan di sana dan beberapa tempat yang dah mama senaraikan yang wajib dilawati.
Semangat kan mama ni..!!! heheh tunggukan kehadiran kami wahai Tanah Tinggi Cameroon Highland.
Seperti biasa, mama akan titipkan doa semoga perjalanan dan percutian kami ke sana nanti akan dipermudahkan dan selamat semuanya. Aminn...
Tak sabarnya....
No comments:
Post a Comment