Subhanallah, ini adalah realiti dan bukan fantasi.Mama gemuk kembali..!!!!Sememangnya mama sangat benci gemuk sejak dulu lagi.Mama penah gemuk selama hampir 20 tahun,dan mama juga telah pun kurus hampir 5 tahun dan sekarang mama kembali gemuk seperti dulu.Ya Allah, dugaan ini sebenarnya sangat berat untuk mama lalui memandangkan mama sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab yang perlu dipikul.Mama perlu lakukan sesuatu, mama tidak boleh selesa dengan keadaa ini.Tindakan drastik perlu diambil dengan serta merta.Jadi, untuk melakukan perubahan ini perlulah diiringi dengan pengorbanan.Arghhhhh, ini yang memeritkan..
Banyak baju-baju mama yang dah tidak muat untuk di pakai, selain itu mama rasa sangat tidak berkeyakinan dengan keadaan diri mama ini.Mama rasakan penampila mama sangat selekeh dengan fizikal mama yang germuk ini.Mama perlu lari dari keadaan ini.Mama perlu lakukan rutin seperti dulu dalam proses mama mahu kurus,Mama perlu bergerak aktif bersukan,berjogging dan seterusnya membakar lemak-lemak mama yang banyak terkumpul ini.Dalam keadaan ini, mama tidak mahu menyalahkan sesiapa.Mama perlu optimis jika mahu kembali kepada fizikal seperti dulu.
Mama akui, mama takkan dapat kembali bentuk badan seperti dulu tapi sekurang-kurangnya mama tidaklah seberat sekarang.Jika mama betul-betul mahu menambah keluarga, mama memang perlu kurus kembali. Mama perlu keluarkan 15kg lemak dalam badan mama ini.Dengan terhindarnya lemak sebanyak ini dalam badan mama, insyallah semuanya akan baik-baik belaka.Mama sangat takut akan masalah kesihatan yang serius memandangkan keluarga mama punya masalah kesihatan keturunan yang agak membimbangkan.
Ya Allah, bantulah mama.Berikan petunjuk yang terbaik untuk diri mama ini.
Masalah naik berat badan memang problem besar wanita malaysia...saya salah seorang dari mereka.
ReplyDeleteSedikit perkongsian dari blog saya bagaimana minyak ikan boleh mengatasi masalah ini
Sedikit