Menjenguk

Tuesday, July 3, 2012

Amsyar Selsema

Sedihnya mama kalau Amsyar tak sihat.Kalau ikutkan hati biar saja mama yang tanggung semua ketidakselesaan Amsyar tu.Huhuhu dari semalam ,hidung asyik berair sahaja..Cuaca yang tidak menentu di Kangar ini yang menjadi punca anak mama tak sihat memandangkan hujan dan panas silih berganti tidak mengira waktu.Malam tadi memang Amsyar tak boleh tidur dengan nyenyak,sekali dengan mama lah tak boleh tidur jawabnya. Semua serba tak kena, letak dalam ndoi pun tak selesa, atas tilam pun tak selesa jugak.Sekejap nak susu lah, nak air sejuk lah, nak nenen lah.Huhu sabar aja melayan kerenah buah hati mama ni.Cepat sembuh yer anak mama sayang...

Abah pun mama tengok tidur tak nyenyak,kesian abah tapi nak buat cemana kena jugak lah berjaga walaupun tidak direct berjaga sebab Amsyar tak sihat.Mama faham sebab abah kan kerja,jadi mama pun tak mau ganggu tidur abah.

Hari ni, Amsyar masih lagi selsema.Bangun tidur pkol 10.15 pagi mama terus mandikan Amsyar sebab pampers dah berat.Alang-alang nak tukar pampers tu mama teruskan lah madikan Amsyar.Lepas mandi makan roti canai yang abah beli untuk Amsyar pagi tadi.Habis sebiji besar roti canai Amsyar makan.Heheheh tak sihat pun berselera makan .Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mama tak lah risau sangat. Lepas makan roti canai, mama bagi pulak makan ubat selsema dengan ubat demam sebagai perlindungan supaya tidak demam.

Sekarang ni Amsyar tengah tidur dengan nyenyaknya di atas ndoi..Mama selimutkan Amsyar dengan kain pelikat abah.Heheh jangan marah abah, pinjam sekejap aja..Amsyar lagi nyenyak tidur tu...

Harapan mama semoga Amsyar cepat-cepat sembuh sebelum hari jumaat ni sebab abah nk bawak kita jalan-jalan ke Ulu Legong untuk mandi air panas...


                                              hero mama yang hensem~ cepat2 sembuh yer

No comments:

Post a Comment