1. Asam pedas ikan kembong
2.Bebola sotong masak kunyit
3.Tenggiri goreng
4.Air Asam
5.Kuih Ketayap
6.Teh o suam
Hari ke 10
Alhamdulillah, bertemu kembali setelah hampir 3 hari mama tidak berkesempatan nak post dekat belog ni sebab mama balik kg la.Hehehe, semuanya berkisah di kampung abah aja la setiap hujung minggu.Ok lah tak nak cerita panjang, untuk puasa hari ke 10 ni mama masak ni untuk berbuka:
1. Sambal Udang petai
2.Kerabu Mangga
3.Ikan goreng+ ikan rebus (ikan temenung dari kg)
4.Kangkung goreng pedas
5.Air Oren Sunkist
6.Cucur Badak
Ooo syukur alhamdulillah.Rezeki dari Allah.Janji makannan sihat disediakan untuk keluarga kecik mama ni.
Hari ke 6
Hari ni, stok ikan dh habis.Ada Ayam sahaja dalam peti sejuk.Bila mama bagitau abah suruh beli ikan, abah kata kita makan aja la ayam tu.Emmm, jadi mama pun masak lah masakan yang berasaskan ayam:
1. Ayam masak kicap
2.Kobis goreng bersama carrot
3.Telur dadar
4.Air Asam
5.Air Laici Kang
Walaupun masakan yang sangat simple, bila mama tanya abah sedap tak..Abah terus bagitau, inilah masakan yang paling sedap mama masak sepanjang bulan puasa ni.Komen abah, paduan antara lauk pauk memang kena dengan kesedapan makan dengan nasi panas.Haishh abah ni, bila mama masak yang agak susah sikit resepi tak semestinya sedap bagi abah.Oklah, nanti mama akan masak simple-simpla aja okay...40 minit di dapur memang boleh siap sebab semalam mama mula masak jam 6.10ptg dan siap semua jam 7.00ptg..Boleh la layan Dejavu Di Kinabalu sat...Euwwww
Esok mama rancang nak buat cucur badak dengan sup sayur sahaja untuk di bawa balik Tg Dawai umah mertua..Hehehe..
Hari ke 5
Alhamdulillah, sekejap sahaja masa berlalu dh 5 hari kita berpuasa.Seperti yang telah mama khabarkan, hari-hari mama masak sendiri.Belum lagi menjejak kaki ke bazar ramadhan untuk kali ini.Jadi hari ini mama rancang nak masak:
1.Masak Lemak Taugeh
2.Cendawan goreng berlada bersama kacang panjang
3.Ikan goreng
4.Sambal ayam (panaskan yang semalam)
5.Ikan goreng
6.Sambal Belacan
7.Ulam daun salad.
8.Cucur kacang
Untuk minuman pulak, mama lebih suka minum teh suam kurang manis.Haishhhh, tak sabar nak masak petang ni.
No comments:
Post a Comment