Impian mama untuk punya jadual waktu seperti di bawah bagi permulaan semester kedua mama di uum awal september ini.
HARI
|
8-9
|
9-10
|
10-11
|
11-12
|
12-1
|
1-2
|
2-3
|
3-4
|
4-5
|
ISNIN
|
A
|
A
|
A
|
E
|
E
|
G
|
G
|
||
RABU
|
B
|
B
|
B
|
C
|
C
|
C
|
|||
KHAMIS
|
D
|
D
|
D
|
F
|
F
|
A=Pengurusan Bilik Darjah (3)
B=Sains P&P (3)
C=Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (3)
D=Kajian Tindakan (3)
E,F=Kaedah Mengajar(2+2)
G=Pengajaran Makro & Mikro (2)
Alhamdullillah, keputusan peperiksaan semester lepas sudahpun diumumkan.Syukur ya Allah berkat sokongan, dokongan dan doa semua, mama berjaya mendapat pointer dekan.Pembakar semangat untuk mama terus berusaha gigih untuk semester ini.
Barakah Ramadhan ini, semoga apa yang diimpikan abah untuk tinggal di rumah kami sendiri di Yan akan termakbul.Insyallah, mama perlu berdoa dan terus berdoa untuk sama-sama berusaha setelah
pelbagai cara telah dilakukan.
Apa yang paling utama, mama dan abah mahukan yang terbaik untuk hero kami, Razyn Amsyar.Kalau doa abah dan mama dimakbulkan untuk kita tinggal di rumah kita sendiri september ni, mama sedaya upaya akan berusaha untuk pastikan kita bertiga tinggal bersama.Mama tak sanggup nak berpisah dengan anak mama ni, mama rela korbankan duit minyak dan tenaga berulang dari uum demi anak mama ni.Insyallah semoga segalanya akan dipermudahkan.
Ya Allah, Kau permudahkan lah usaha kami dan berkatilah perjalanan hidup kami.Amin.
No comments:
Post a Comment