Alahai cuaca, kenapakah panas sangat hari ni....Tak tahan mama, rasa macam nak mandi aja setiap sejam sekali biar badan ni sejuk.Bila di kaji,kedudukan negeri Perlis yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa ni memang menyumbang kepada cuaca yang sangat panas ni. Tidak hairanlah, pokok-pokok tanaman beriklim panas seperti buah mempelam harum manis dan buah anggur begitu banyak hidup subur di negeri Indera Kayangan ini. Tapi, itu tumbuhan...kalau manusia seperti mama yang tidak biasa tinggal di tempat bercuaca panas ni memang lah tidak tertahan.Rasa macam nak telan sahaja ketulan-ketulan ais masuk ke dalam mulut.
Lihat sahaja darjah celsius yang tertera tu..Mengikut cerita orang Perlis, kadang-kadang cuaca di negeri ini boleh mencecah lebih 40 darjah celsius..Memang sangat panas kan...Tambahan lagi di bulan mulia Ramadhan ni.Dugaan betul lah kan. Mama memang mandi 3 kali sehari lah jawabnya, kalau nak mandi sampai 4 kali nanti takot terbatal pula puasa ni..hehheh...
Tidak hairanlah, Amsyar minum banyak sungguh air masak.Bangun aja daripada tidur terus mintak air. Kesian anak mama ni. Macam ni keadaan cuaca, mama lagi rasa tak sabar nak ke Cameroon Highland untuk menikmati kesejukan cuaca di sana.Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.
No comments:
Post a Comment