Lagi seminggu lebih sahaja Januari 2012 bakal meninggalkan kita. lalu Febuari 2012 pula akan menjelang tiba.Ya,bila datangnya Febuari bermakna hidup mama di tahun 2012 ini akan bermula.Maksud mama di sini adalah permulaan secara total dari segi penghijrahan daripada yang lama kepada yang baru.
Mama akan berpindah ke Kangar awal Febuari ini Kata abah 1 Febuari dah masuk rumah sewa baru di Kangar.Perpindahan ini merupakan perpindahan ke 3 dalam hidup mama selepas mama berkahwin dengan abah.Insyallah,bila masuk belajar di UUM nanti mama akan berulang dari Kangar ke Sintok setiap hari yang ada kelas.Alhamdulillah,mama masih lagi tinggal dengan abah dan Amsyar. Setiap hari juga,mama akan bawa Amsyar bersama ke UUM dan tinggalkan Amsyar di nurseri UUM sementara mama masuk kelas. Semoga semuanya seperti yang dirancang.Amiin...
Seterusnya, mama akan mula bermalam di rumah baru mama di Sg Limau ,Yan juga awal Febuari ini.Jadi,segala urusan pindahan barang-barang ke Kangar dan ke Sg Limau akan bermula hujung minggu ini dan juga minggu depan.
Insyallah, jika tiada aral melintang mama dan abah akan mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin di rumah baru pada 5 Febuari ini. Semoga kehidupan baru mama dan keluarga kecil mama ini diberkati Allah hendakNya..
No comments:
Post a Comment