Menjenguk

Wednesday, June 27, 2012

Updated..

Lamanya mama tak update belog ni,dh bersawang labah-labah,tikus,lipas dan seangkatan dengannya lah dekat belog ni..Hehehe..Sebenarnya, bukan mama tak nak update, tapi mama terlupa password..so,memang bersawang lah belog ni jadinya..tapi alhamdulillah,hari ni tetiba aja mama teringat password dan terus boleh buka beloq ni untuk di update.

Sebelum mama bercerita panjang, mama ingin panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada ilahi kerana memakbulkan doa mama selama ini.Alhamdulillah,bersyukur tidak terhingga di atas nikmat yang tak terperi ini. Selesai suadah satu semester di UUM untuk program DPLI mama.Ada lagi satu semester sebelum mama praktikal selama 4 bulan tahun depan.Insyallah, lepas praktikal mama akan di posting kan ke sekolah untuk bergelar guru tetap.Insyallah juga,segala cita-cita mama untuk bergelar pendidik akan tercapai kelak.

Sepanjang mama di UUM untuk semester pertama ni,mama terpaksa berjauhan dengan putera hati mama kerana masalah ketidakselesaan anak mama untuk tinggal dengan pengasuh.Huhuhu, peritnya rasa jiwa mama ni kerana rindu yang menggunung dekat Razyn Amsyar. Amsyar terpaksa tinggal dengan tok n wan di tg dawai. Mama akan jumpa Amsyar setiap hujung minggu sahaja. Kesian Amsyar, terpaksa berkorban jiwa berjauhan dengan mama.Bersabarlah anak mama, pengorbanan ini untuk Amsyar juga demi keselesaan kita nanti..Huhuhu

Sekarang ni, mama cuti semester selama 3 bulan.Alhamdulillah,  Amsyar dah duduk dengan mama dan abah di rumah sewa kami di Kangar. Bahagianya meniti saat-saat ini. Walaupun hanya untuk sementara, tetapi pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang bernilai nanti.Insyallah..

Mama doakan semoga semuanya baik-baik belaka dan segalanya di beri petunjuk dan hidayah dari Nya..Insyallah.Aminn


No comments:

Post a Comment