Subhanallah,bergitu pantas masa berlalu.Sedar tak sedar sudah masuk bulan mac bagi tahun 2012 ni.Alhmadulillah,bayak perkara yang baik berlaku dalam hidup mama di tahun 2012 ni...Syukur ke hadrat ilahi...Mama sangkakan mendung sampai ke petang rupanya pelangi dan mentari terbit menyinari hidup mama.Mama sudah mulakan pengajian Diploma Pendidikan mama di UUM.Syukur,kerana segalanya berjalan baik.semoga mama diringi lindungan Allah ini buat selamanya. Abah ke tempat kerja yang dekat dengan rumah,manakala mama pula berulang dari UUM ke Kangar setiap hari ada kelas.
Alhamdulillah juga, Amsyar di jaga di rumah pengasuh yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.Walaupun Amsyar tidak selesa pada mulanya,tetapi harapan mama semoga Amsyar semakin menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat juga telah dijalankan di rumah baru mama dan abah di Sungai Limau awal Februari lalu.Terima kasih tak terhingga juga kepada semua yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis kami.Insyallah,kalau ada rezeki lebih nanti,mama berniat mahu adakan kenduri lagi..
No comments:
Post a Comment