Menjenguk

Monday, July 9, 2012

Durian

Semalam dalam sejarah.!!! Sebelum ni mama tak suka durian, bau pun mama dh pening lagi lah pula nak makan durian mentah-mentah macam orang lain makan tu.Emmm entah la, mama pun tak tahu kenapa mama jadi macam tu sebab tak suka durian.Tapi yang peliknya,mama boleh pula makan durian yang dibuat kuih atau tempoyak.Cuma, makan mentah sahaja mama tak lalu.Mama rasa macam makan benda busuk aja.Hoho, sampaikan penggemar durian yang lain mengatakan mama rugi hidup sebab tak makan durian.Hahahah sampai macam tu sekali penangan durian kepada penggemarnya.Abah suka durian, tapi dia tak lah makan sampai lupa dunia.Maksudnya, kalau ada tu dia makan aja dan tak lah sampai tercari-cari durian di kedai kalau tibanya musim durian tu.Begitu juga keluarga mama di Langkawi dan keluarga mertua mama.Semua suka makan durian.Kalau ada pulut, lagilah laju makan dengan durian.


pulut durian yang menjadi pujaan keluarga mama(kecuali mama~ dulu ler) dan keluarga mertua
                                                       

Nak dijadikan cerita, "hari ini dalam sejarah" lah 2 hari lepas, abah suruh mama beli 3biji durian yang dijual di tepi jalan sewaktu kami nak balik ke Kangar.Mama dengan berat hati pun pergilah beli sambil dalam hati mengutuk-ngutuk orang yang makan durian.Emmm,dah la mahal 3 biji durian tu sampai RM30..Baik beli kain buat baju lagi berbaloi.Hahah dalam hati dok membebel seorang diri.


                                        
durian oh durian


Sampai sahaja di rumah, abah terus ajak Amsyar ke dapur untuk kopek durian dan makan dua beranak.Mama yang sememangnya tengah berkemas barang di dapur sempat jeling lagi dua beranak tu makan durian dengan semangatnya.Tiba-tiba mama terus duduk sekali dengan abah dan Amsyar sambil merenung buah durian yang mereka makan tu.Entah macamana tiba-tiba juga tangan ni gatal lah pulak ambik seulas durian dan terus rasa sikit.Sekali tu, rasa macam lemak-lemak manis.Hilang dah aroma busuk tu, mama terus makan dan makan.Rasanya dh hampir 5 ulas baru mama tersedar yang mama sedang makan durian.Ya Allah, sedapnya durian!!!!!Hahaha, akhirnya setelah 27 tahun,barulah mama menikmati durian dengan khusyuknya.Hoho, betullah kata orang "tak kenal maka tak cinta" ...Sebagai menghargai kesedapan mama menikmati durian di muka bumi ini,heheh abah beli lagi 4 biji durian.Hasilnya, di rumah mama ada 7 biji durian dan 4 biji setengah telah selamat dimakan oleh mama sekeluarga..Berbali lagi 2 biji setengah akan dihabiskan hari ini selepas maghrib memandangkan mama berpuasa hari ini.

Ha, bergitulah cerita mama dan durian.Heheheh

No comments:

Post a Comment