Menjenguk

Wednesday, May 25, 2011

Mama Cemburu...!!!!

(Mama  menulis  dengan emosi yang  tidak  stabil)
Bersalah  kah  kalau mama  cemburu?....ya,memang   mama  cemburu!!!!!……Mama  rasa sangat  kecewa sebab  apa  yang mama mahu tak  dapat lagi  tapi  kawan-kawan seperjuangan mama semua dah  dapat.Mama  sedih  sebab  mama unemployed  tahun  ni…Kenapalah  Allah  masih tak  makbulkan doa  mama  lagi…Mama  jahat  sangat  kah  sampai  Allah  begitu  membiarkan mama  tidak  berkerja  walau mama  telah  berusaha.???Di mana  silap  mama????Hampir  3  tahun mama berkorban dan selama ini  juga mama masih  tidak mampu  menggapai  impian mama….
Mama  cemburu,tengok kawan-kawan mama  bercuti ke  destinasi  pelancongan  di  dalam dan  luar negara  dengan gembira  sekali.Mama  cemburu bila kawan-kawan mama bershopping  dengan  duit  sendiri.Mama cemburu  bila  kawan-kawan mama bebas  berbelanja.Mama  cemburu  tengok  kawan-kawan mama  mampu  memiliki gadget canggih  sekarang  ini.Mama  sangat  cemburu  sebab mama tak mampu memiliki  apa  yang kawan-kawan mama lakukan kerana mama tidak punya  wang.MAMA TIDAK BERKERJA!!!!!…..
Mama tamat  belajar  tahun  2008 pada   bulan November.Awal tahun  2009,mama memohon untuk menjadi  seorang  guru.Alhamdulillah  mama diterima mengajar  di  sekolah  rendah  di  daerah  tempat  tinggal mama.Walaupun gaji  yang  ditawarkan  sangat  tidak  berbaloi dengan kelulusan mama,tapi mama  masih  terima.Setahun mama  di  situ.Tahun  2010  mama  diterima  lagi menjadi  guru  kontrak  di  sekolah menengah  pula,tetapi  rezeki mama  tidak  lama  di  situ.Perkhidmatan  mama  diperlukan  sehingga  bulan  Oktober  sahaja..Mama  sangat  sedih.Tapi  kesedihan mama dapat  di  atasi  bila  mama  melahirkan  anak  sulung  mama  pada  awal  November 2010.
Tahun 2011,mama tidak berkerja.Mama  bergantung  sepenuhnya  kepada  abah.Betapa  bersalahnya  mama  rasa,seolah-olah  mama  menyusahkan  abah.Mama tak suka  dengan situasi  ini.Mama benci sangat.Untuk sekian  waktu,mama  rasa  sangat  stressed  lagi  kalau mama  pulang  ke  kampong.Mama  rasa  macam  orang  sekeliling  memandang  sinis  kepada  mama  yang  tak  berkerja  ini.Mama  tidak  boleh  hidup  dengan  situasi  seperti  ini.Mama  rasa sangat  rendah  diri.Mama  menangis  sepuas-puasnya  bila  mama  rasa  down…..Sekarang  ini,mama kerap  sungguh  menangis…Mama  tidak  tahu  sampai  bila  mama  akan  berada  dalam  keadaan mama yang  tidak berkerja  ini.Mama sedihhhhhh……
Mama punya  hutang PTPTN yang  perlu dilangsaikan,mama ada emak dan ayah yang  perlu dihulur  wang setiap bulan,mama ada anak yang perlu dibesarkan bersama-sama abah,mama punya saudara mara yang mama suka sedekahkan wang,mama punya  keinginan untuk memenuhi keperluan mama. Mama tak boleh bergantung sepenuhnya kepada abah bagi memenuhi segala  keperluan mama ini kerana abah juga ada tanggungjawab lain….
Ya Allah,Kau permudahkan lah usahaku ini…..Hanya padaMu aku memohon.Amin……

Wednesday, May 18, 2011

Mama sayang Abah.......

For the most of mama life,mama just wanna say mama loves abah so much.......Abah scarifies a lots to make sure mama is happy....Mama did't know how to repay all  the deeds of abah because abah is so much kind..Mama cannot life without abah.....

Mama cannot sleep well if abah going somewhere for outstation or apart from mama..Mama cannot breath without abah nearby...Mama is damn crazy while abah is not around because abah is so meaningful into mama life....Abah always pampered mama with all needs and wants....

Mama still remember while mama and abah are together after getting married.Abah served mama like a queen.Mama felt so happy at that time.Just two of us without nobody else in the house because abah rent the house and we stay apart from the family.We built our small family with the own style.But,Allah was gave us the best present which was a baby to be raised.Alhamdulillah, we are really thank to Allah for this present...Abah took care of mama at the fullest during mama pregnancy time.

Now,Razyn Amsyar is mama and abah sweetheart....He is very cute little boy...Very active and clever...Abah said to mama that he cannot live if Razyn Amsyar is not around. Its shown how abah love his son so much..

Everyday abah went to work and left mama and Amsyar at home. But, most of every day abah will call mama and ask about us at home.And every single day abah will kiss and hug mama before go to work.Mama so happy having abah as a husband in this world and wish to have abah in right at hereafter.

Abah is always smile while looking at mama.Abah is always give mama support if mama give up...Abah is always be a good listener while mama is telling everything even not an important thing.... For entire of mama life,abah is so special because abah have his own skill while controlling mama anger....

Abah,
Mama love abah,
Mama happy with abah,
Mama get everything,
Thanks abah..

Abah,
Mama is admire abah,
Mama is lucky to have abah,
Mama don't want to loose abah,
Mama want abah happy.

Abah,
We rise our 'give' from Allah,
Abah scarifies a lots,
Abah is so brilliant,
Abah is one in million..............



Thank you abah for helping mama to fulfill mama dreams..Insyallah,Allah is always with us and lets Him simplify everything.....





Muahhhhhhhh...................

Wednesday, May 4, 2011

sabar itu CANTIK wahai mama....

Dalam hidup ni banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi dan tempuhi.Semua manusia akan diuji oleh Allah dalam pelbagai bentuk.Jadi,sebagai manusia juga,kita haruslah bijak mengawal ujian itu dengan akal yang waras dan sentiasa berfikiran positif.Mama pun selalu diuji dan ujian itu pada hakikatnya membuatkan mama rasa sangat kecewa dengan diri mama.Tapi,mama harus positif dan berpegang pada janji Allah yang setiap keperitan itu jika dilaui dengan hati yang tenang dan redha,insyallah akan berakhir dengan kemanisan.


Siapalah mama jika mahu menolak takdir.Siapalah mama jika mahu menidakkan ketentuan ilahi.Tapi yang mampu mama lakukan adalah berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.Mama yakin dan percaya,masih ramai di luar sana yang diuji dengan dugaan yang maha hebat lagi..Mama suka sekali bila seorang kawan mama sewaktu mama mengajar di sekolah menengah dulu begitu optimis dengan dugaan,katanya

"setiap detik dlm kehidupan kita mesti bersabar, setiap org ada dugaan masing2, kita susah, ada lg org yg lbh susah dr kita, kuatkan iman, tabahkan hati utk hadapi segala liku dlm kehidupan, insyallah allah akan permudahkan jalan utk kita".                  alahai mahu menagis mama dengan tulisan ni...

Mama masih teringat akan dugaan yang seorang lagi kawan mama terpaksa tempuhi.Kawan mama ni seorang surirumah tangga sepenuh masa walaupun mempunyai segulung ijazah.Alhamdulillah,dia dikurniakan seorang suami yang mampu untuk menampung kehidupan berkeluarga mereka bersama 2 orang anak kecil.Mama lihat,hidupnya sangat bahagia kerana Allah kurniakan kebahagiaan dan keselesaan hidup yang orang lain juga mahukan jika diberi peluang.

Tetapi,setiap kemanisan tu rupanya adalah ujian dari Allah jua.Mungkin Dia mahu menguji kita sejauh mana ingatan kita kepadaNya bila kita diulit kemanisan.Aoa yang terjadi,suaminya pergi meninggalkan kawan mama dan 2 orang cahayamata mereka dalam sebuah kemalangan jalan raya.Subhanallah,bagaimana kehidupannya selepas ini???Bagaimana anak-anaknya???Bagaimana makan pakainnya selepas ini???Soalan demi soalan bermain di pemikiran mama bila memikirkan tentang kawan mama ini.Mama doakan semoga Allah memberikan dia ketabahan luar biasa demi membesarkan anak-anaknya dan meneruskan kehidupan tanpa suami tersayang.


Bagaimana mama jika diuji dengan sedemikian ujian??Adakah mama mampu??Adakah mama kuat??Adakah mama berani??Persoalan ini hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya kerana Dia maha mengetahui segala-galanya di dunia yang fana ini.Allah akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh hambanya.Apalah sangat ijian yang mama hadapi ini jika nak dibandingkan dengan ujian yang kawan mama lalui.

Yang paling penting, setaiap dugaan yang kita hadapi perlulah diiringi dengan kesabaran walau sehebat mana pun ujian tersebut kerana sabar itu CANTIK.......

Alhamdulillah,mama masih ada kesabaran itu walaupun kadang-kadang ianya seperti terbang dibawa angin lalu...

Tuesday, May 3, 2011

Kuey Teow Udang versi mama...

Semalam abah beli sebungkus Kuey Teow mentah dengan sedikit sayur-sayuran....Jadi,sebelum tido malam tadi abah dah bagitau mama tengahari ni dia nak makan Kuey Teow goreng tapi dia nak mama letak banyak udang dan sotong.Nasib baik stok udang besar dan sotong dari kampung banyak lagi.Jadi awal-awal tadi mama dah keluarkan udang dan sotong dari freezer supaya senang bila nak masak nanti..

Hari ni Amsyar bagun tido awal,pukul 10 tadi dah bukak mata dan sengeh-sengeh dekat mama.Alahai,awal pulak anak hensem mama ni bangun hari ni.Tanpa banyak songeh dengan senyum melebar tu menandakan Amsyar tido dengan cukup tapi kalau bangun dan terus buat muka masam sambil menagis maknanya tido malam dia tak berapa nak kualiti..heheheh.....macam-macam eh Amsyar ni...Dah semaikin bijak...Ha,terlajak dari topik pulak,hahaaha....Ok,lepas mama bf Amsyar terus bagi dia mandi dan siapkan pakai baju dan letak bedak bagi wangi...Dah setel semua,terus letak Amsyar dalam walker sambil sediakan bahan untuk buat Kuey Teow goreng.

Sambil-sambil menanti jam pkol 12.30 untuk mama masak Kuey Teow,mama nak update sikit menu tengahari ni dengan semua...Ni,resepi ala mama lah,home made sendiri aja...Jom kita tengok...


Bahan-bahan.

1.Sebungkus Kuey Teow
2.Cili Kering 5 biji
3.Seulas Bawang Besar
4.Bawang Merah dan Bawang Putih 2 ulas
5.Sayur Sawi dan Kobis (Boleh tambah Taugeh dan Kucai)
6.Udang besar
7.Sotong
8.Sedikit minyak untuk menumis
9.Kicap,Sos Cili dan Sos Tiram.

Cara menyediakannya..

1.Kisar cili kering bersama bawang besar berserta bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
2.Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan Kicap,Sos Cili dan Sos Tiram ke dalam kuali.Biarkan selama 2 minit sebelum masukkan udang dan sotong.
4. Serasikan rasa dengan sedikit garam dan gula.
5..Masukkan Kuey Teow dan kacau sehinnga nampak kering. Sebelum kering,masukkan sayur-sayuran sebelum matikan api.

..........................Sedia untuk dihidang panas-panas.....................................

Kuih Kasui buatan mama.....

Lepas solat magrib tadi,tiba-tiba pulak mama rasa lapar,emmmm nak makan nasi tapi takot gemuk..Maklumlah dad ada anak ni,badan kena jaga takot bam-bam nati susah pulak mama nak cr baju.dah la sekarang ni pun mama rasa badan mama macam senang sangat naik...dah hilang shape anak dara dan sekarang ni maintain shape mak dara..huhu apa nak buat,inilah dikatakan pengorbanan menjadi seorang isteri dan ibu..hehehe...

Eh,mama dah lari topik rasanya,heeehe sebenarnya mama nak cerita yang malam ni mama buat kuih kasui..inilah antara kuih yang mama rasa sangat senang dan cepat untuk disediakan...Esok bole abah bawak bekal pergi ofis..heheh...lagipun ni jugak antara hobi mama...MEMASAK......okeh sebelum mengakhiri post malam ni,mama nak kongsi lah resepi kuih kasui buatan mama ni....kalau teringin bole lah mencuba ye adik-adik dan kakak-kakak....


Bahan-bahan

1.Tepung gandum 2 cawan
2.Tepung Ubi 3/4 cawan
3.Gula Merah secawan
4.Sesudu air kapur
5.Gula Pasir 3 sudu
6.Air 2 cawan

Cara Memasak.

1.Masak Gula Merah dengan 2 cawan air dan biarkan sejuk.
2.Campur tepung gandum,tepung ubi,gula,air kapur bersama 2 cawan air.Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan air gula merah ke dalam campuran tepung tadi.
4.Kukus di dalam periuk kukus selam 10 minit....
-----------SIAP-----------
ha,dah siap kuaih kasui buatan mama...senang kan.....

Selamat mencuba!!!!!

Alhamdulillah rezeki itu dari Allah.....

Hari ni mama nak post tentang rezeki...Mama percaya setiap orang pasti nak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam pelbagai bentuk...tak kisahlah rezeki umur yang panjang,rezeki anak yang sihat dan cerdik,rezeki keluarga bahagia,rezeki wang yang banyak,rezeki kesihatan yang baik dan pelbagai lagi rezeki macam2 yang kita inginkan...hermmmm dah nama pun manusia kan...mesti setiap keinginan yang kita nak tu seboleh bolehnya  kita nak dalam masa yang singkat....


Tapi kan,mama sering tertanya-tanya jugak...Adakah setiap kali Allah kurniakan rezeki yang kita nak tu kita bersyukur????Adakah kita gunakan rezeki yang Allah bagi tu ke arah kebaikan atau sebaliknya???Ataupun kita tidak merasa apa-apa pun dgn rezeki dari Allah tu??? entahlah,susah jugak ye kalau nak menjawab soalan ni sebab kadang2 kita jadi lupa dengan apa yang ada disekeliling kita yang sebenarnya adalah rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita...



Kalau tanya mama sekarang tentang rezeki,mesti macam2 yang akan mama minta..emmm tapi mama tak nak kongsi di sini lagi sebab nanti mama nak post lagi cerita tengtang keinginan mama dan apa yang mama nak dalam hidup mama ini...


Buat masa sekarang ni,apa yang boleh mama katakan adalah mama sangat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk mama walau pun masih ada satu benda lagi yang mama iginkan belum tertunai..Tak mengapalah,mama yakin dan percaya bahawa Allah  tidak akan kejam ke atas umatnya seperti  yang selalu abah ingatkan mama bila mama mengeluh tentang keinginan mama tu...Insyallah,mama telah berusaha,berdoa dan sekarang mama hanya mampu bertawakal sambil diri ini terus berusaha untuk mencapai impuan mama tu..


Seperti yang mama katakan tadi,mama tetap bersyukur dengan rezeki yang mama ada sekarang ni,Alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekiMu kepada hambamu yang hina lagi serba kekurangan ini...Terima kasih di atas kurniaan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab untuk diriku ini,terima kasih dengan rezeki keluarga bahagiaku ini,terima kasih di atas kelapangan masa untuk ku bersama keluargaku ini..dan terima kasih di atas segalanya yang telah Engkau kurniakan untukku dan keluarga kecilku ini....


Tanpa Mu siapalah aku ya Allah tuhan sekelian alam...
Ok lah,sampai di sini dulu untuk hari ini..Nanti mama akan coretkan lagi kisah ceritera mama ini..


Salam petang...

Sunday, May 1, 2011

Cerita Mama di kampung......

Selamat pagi ye...alhamadulillah mama dah selamat sampai rumah semalam setelah 6 hari di kampung abah....baiklah, sekarang mama nak cerita apa yang terjadi sepanjang mama berada di kampung...mama nak mulakan kronologi cerita mama ni dari hari pertama sehingga hari terakhir....ok jom kita mulakan.....

Hari Pertama..
Mengikut plan awal abah,kami akan bertolak pukul 2 petang dari rumah tapi lain pulak jadinya disebabkan abah lambat balik rumah tengahari tu,jadi kami terpaksa bertolak lewat sikit pukul 3.30ptg...dah sampai jeti,abah ambik tiket  pukul 4 petang yang available time tu..jadi kami selamat bertolak dari langkawi ke tanah besar pukul 4ptg dan selamat sampai di jeti Kuala Perlis pukul 5 ptg...Setelah urusan menyewa kereta selesai,kami bertolak ke kg abah hampir jam 6 ptg..oh ya,abah telah menyewa kereta Viva yer berwarna putih....hermm dalam perjalanan mama pulak terasa nak terkucil,jadinya abah berhenti di Stesen Minyak berdelatan..hihhi macam2 lah mama ni....akhirnya kami sampai ke kg abah hampir jam 7.30 ptg....dh sampai,abah terus siap2 untuk bertolak ke KL pulak malam tu selepas magrib sebab abah tak jadi nak naik flight....mama pulak suapkan Amsyar dengan bekal bubur yg mama masak dr rumah...huhu sedih la pulak bila abah nk tinggalkan mama dgn Amsyar dkt kg..yela,mama kan tak pernah berpisah dgn abah lg sejak hadirnya Amsyar dlm hidup mama..tapi demi tugas abah,mama rela dan redha dengan tuntutan kerja abah tu...akhirnya abah bertolak ke KL selepas solat magrib dan selamat sampai KL jam 2.30pg...alhamdulillah abah selamat sampai....Amsyar pun tak meragam malam tu..mungkin sebab letih kot...Amsyar tido sampai ke pagi....

Hari Kedua...
Awal-awal pagi lagi abah telefon mama...tanyakan Amsyar dh bangun tido ke belum..hehhe rindu lah tu....emmm mama bangun awal lah jugak walau mama mengantuk sebenarnya sebab letih perjalanan tak habis lagi.tapi mama gagahkan diri jugak tolong Tok Amsyar sediakan sarapan pagi...hari ni adalah hari pertama tanpa abah bersama mama dan Amsyar...Ramai jugak saudara mara sebelah abah datang bertandang nak tengok cucu kesayangan Tok dan Wan ni..hehehe...mama okay aja...sebenarnya abah balik dr KL hari ni jugak...so lepas aja habis mesyuarat pukol 5 ptg terus abah balik Kedah...Alhamdulillah,abah selamat sampai pukol 2 pagi..sukanya mama bila abah dan sampai rumah..heheh

Hari Ketiga
Sekejap aja masa berlalu,dah masuk hari ke tiga...wawwww bestnya sebab hari ni abah nak bawak mama pergi Alor Setar..heheh at least mama bole lah ajak abah tengok rumah baru kami....terus lagi teruja sebab mama nak belanja abah makan Pizza Hut...Abah kata nak shopping baju Amsyar sebab banyak baju Amsyar dah tak berapa muat..huhuhu cepat sungguh anak kesayangan mama ni membesar....mama sangat terharu dan teruja...emmm bila dh setel urusan shopping baju Amsyar dan urusan abah  setel.mama terus ajak abah ke Pizza Hut..huhu mama tak suka pizza hut dah,servis dh la lambat lepas tu pizza pun tak berapa sedap..mama prefer lg makan KFC atau Mc Donald lah kalau nak makan fast food ni sebab lg puas hati....
dah settel semua,abah singgah jap dekat rumah baru kami....heheh mama sgt teruja dan rasa macam nak cepat2 pindah masuk rumah baru ni....tapi abah cakap kena renovate dulu..emmm takpa la nati lepas renovate baru kita pindah okay?????okay abah......hahahah...lepas dh tengok rumah baru,terus balik rumah...sampai rumah jam dh menunjukkan pukul 7mlm....

Hari Keempat..
Pagi-pagi lagi mama dah bangun...solat subuh dan kejutkan abah untuk solat...terus ke dapur untuk tolong Mak siapkan sarapan pagi.Dah setel semua sarapan, kejutkan abah yang tido semula lepas subuh untuk sarapan bersama...Amsyar pun bangun time ni..hahahah bila bangun mama kena mandikan Amsyar dululah nampaknya....Mak bagitau dia perlu menghadiri majlis bacaan Yasin di rumah jiran yang berdekatan,jadinya Mak masakkan menu tengahari agak awal...Mama tak sempat nak tolong Tok sebab uruskan Amsyar..heheh lepas semua dh selesai,Amsyar pulak mengantuk untuk second round...tidokan Amsyar semula...abah ajak mama pergi pasar beli sayur....mama sgt teruja untuk ke pasar sebab sayur2 di pasar ni segar2 n murah sangat....Amsyar mama tinggalkan dekat Maklang, sebelum mama dan abah ke pasar...Balik dari pasar dah pukul 1 tgahari....Abah siap2 untuk ke Masjid untuk bersolat Jumaat...lepas Jumaat abah,mama,Tok,Wan dan Amsyar bergerak ke Sungai Petani untuk beli barang Tok....Sangat seronok sebab bole jalan2 lagi....dah setel semua,terus balik rumah..sebelum sampai rumah,Wan nak beli durian untuk dimakan dengan pulut...Balik rumah,dah pukul 7 malam...

Hari Kelima...
Hari ni abah dan mama plan nak pergi kenduri kawan abah di Yan,tapi sebelum tu kena ke kelinik kulit dulu sebab nak ambik ubat untuk Amsyar.Entah la,dari semalam lagi kulit Amsyar merah2 macam naik ruam.Dekat bahagian muka pun ada.abah memang pantang tengok,dia rimas kalau tengok muka anak ada ruam.So,lepas sarapan pagi,abah dan mama terus bawak Amsyar ke Kelinik Kulit Kabil di Sungai Petani...Huhuhu kecewa sungguh sebab kelinik ni tutup,tak tahu pulak mama yang setiap sabtu memang private kelinik di Sungai Petani ni tutup ..Hurmmm jam dah menunjukkan pukul 12.30...Abah terus ke Center Square  untuk beli barang yang tok pesan..Dah setel semua terus ke farmasi ambik ubat kulit untuk Amsyar...Abah terus drive balik rumah sebab takut tak sempat ke kenduri sebab jam dh pukul 1.30 tgahari....Dalam perjalanan ke rumah,mama ajak abah singgah di Village Mall sebab nak hantar laptop Makngah Amsyar yang rosak...So,sampai aja rumah dah pukul 2 lebih....Di rumah ada pulak saudara abah yang datang bertandang,lepas salam dan borak2 dengan tetamu,mama terus suapkan Amsyar makan.Dah setel semua abah dan mama minta izin tetamu untuk ke kenduri...Kami tiba ke kenduri agak lewat,jam hampir 4 petang...lepas makan kenduri,abah sempat ajak mama jumpa pengantin untuk ucap tahniah...Di rumah,sebelah malamnya,mama tolong Tok buat keropok lekor untuk bawak bekal balik ke Langkawi...

Hari Keenam..
Hari ni mama sekeluarga akan pulang semula ke Langkawi...Abah bagitau mama yang abah akan bawa mama dan Amsyar melawat rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir di Alor Setar.Kami tiba di sana jam 12 tgahari setelah bertolak dari kampung jam 10.30 pagi...Habiskan masa hampir sejam di rumah tersebuat sebelum bergerak ke Kuala Perlis jam 1 tgahari.Amsyar dh mula meragam sebab kelaparan...bukan Amsyar sahaja yang lapar,perut mama pun lapar.huhuu....Kami sampai ke Kuala Perlis jam 2 ptg....Singgah di KFC untuk makan tengahari dan suapkan Amsyar makan..Alhamdulillah mama dah sediakan bekal untuk Amsyar...dah setel makan,kami terus bergerak ke Jeti Kuala perlis hampir jam 3 ptg.Tiket feri ke Langkawi jan 3.30 ptg...okay lah,tak lama sangat tunggu,....huhuhu nak tahu apa terjadi,tiba2 ada pengunguman mengatakan feri mama ditunda jam 4 ptg..alahai macam tu pulak jadinya....Mama dan abah terus bergilir jaga Amsyar dan pergi solat zuhur...Akhirnya kami bertolak ke Langkawi jam 4.50ptg dan selamat sampai langkawi jam 6 ptg...mama rasa sangat penat begitu juga Amsyar dan abah..huhu sampai rumah pukul 7 ptg dan terus solat Asar....Sebelah malam,Tok dan Wan dari Langkawi datang rumah untuk ambik kiriman barang dari kampung.Selesai semua,kami tido jam 1 pagi sebab melayan Amsyar yang nak sembang dulu sebelum tido..

Alahamdulillah,itulah perjalanan mama dan keluarga kecik mama pulang ke kampung kali ini...untuk sekian kalinya....nanti mama akan update lagi ya..
sekian,sampai di sini.....
Selamat Petang semua

Monday, April 25, 2011

Mama buat apa hari ini....

Hurmmm hari ini adalah hari yang akan sibuk untuk mama....agenda mama bermula dari malam tadi lagi...sebenarnya kesibukkan mama ni terjadi bila abah bagitau mama yang dia akan ada mesyuarat di Kuala Lumpur esok(Rabu)..hoho mesyuarat penting katanya di Damansara...huhuhu jadinya,plan mama dan abah untuk balik kampung hari Khamis ni terpaksa di tukar menjadi hari ini...haaaaa,itulah yang membuatkan mama menjadi sibuk....hehehe bukannya sibuk apa sangat,cuma sibuk packing barang untuk bawak balik kg la....barang-barang agak banyak memandangkan keluarga kecik mama ni kuat memakai terutamanya baju..huhuhu...xpa lah janji semua barang akan mama packing  sebentar lagi..heheh sebab sekarang ni mama nk berblog dulu..Okay lah,mama nak sambung cerita lagi,semalam kami dah pergi rumah tok dan wan di Dusun.iyalah nak bagi tok dan wan lepaskan rindu dkt Amsyar nanti 5 hari tak jumpa....lepas magrib terus pergi dan balik rumah pkol 11 malam...okaylah tu,at least mama tak lah rasa bersalah bila dekat kampung nanti tok asyik sms mama bertanyakan Amsyar aja.heheh
Sambil sibuk menaip ni,mama sebenarnya tengah masakkan bubur Amsyar untuk makan tengahari sekejap lagi dan makan petang sekali di kampung..Jadinya mama masak double meals la supaya senang bila sampai kampung nati dh bole makan terus tak payah mama masak lagi..harap-harap bubur yang mama masak ni elok lagi lah sampai pkol 6 atau 7 petang ni..huhu..kalau tak mesti abah akan marah mama sebab bubur anak dia tak fresh n rosak....Emmm,Amsyar buat apa sekarang ye????hahahha jawapannya mestilah Amsyar tido.,,kalau tak takkan lah mama bole senang lenang menaip ni kalau Amsyar dok pusing2 dkt kaki mama ni..hehehe....bagus kan???mama ambik kesempatan berblog sedangkan anak tengah tido..hahah...
Sekarang ni baru pkol 11,Amsyar masih tido lepas bangun sekejap untuk main n bf mama...Bubur Amsyar masih dlm cooker tapi dh nak masak dah heheh...Semalam abah kata,kami akan bertolak ke kampung pukol 2 petang,maknanya mama masih ada masa lagi untuk packing barang dan prepare makan tengahari ...
Okay lah,sampai di sini dulu untuk kali ni,mama nak siapkan diri dan prepare apa yang patut sebab kalau tak siap lagi mesti mama akan kena marah dengan abah bila dia balik keja sekejap lagi...hahah
ok semua...


doakan kesejahteraan perjalanan mama dan keluarga pulang ke kampung hari ini.....

Mama masih baru di sini.....

Alhamdulillah..
Setelah sekian lama mama berniat nak buat dan tulis blog ni,akhirnya impian mama tercapai hari ini..Ni pun bila Amsyar dah tido,anak mama seorang ni baru tido selepas kekenyangan makan bubur yang mama buatkan tadi,habis semangkuk bubur bilis campur kentang yang mama buat..uhukuhuk sedap kot,tu yang Amsyar laju je makan..hihihi...Semoga mama dapat coretkan apa2 sahaja tentang hidup mama di sini....Nanti mama nak cerita pasal anak mama,keluarga mama,kawan2 mama,life mama waktu mama study dulu dan macam2 lagi yang akan mama coretkan disini..tapi untuk kali ni..hanya permulaan dari mama adalah tanda kesyukuran kepadaNya sebab mama dah berjaya buat blog sendiri..yeehuuuuu..
Ok lah,mama nak stop dulu untuk entry yang pertama ni....nanti bila mama free,mama akan menulis lagi...Nanti mama nak tulis tentang diri mama dan keluarga kecik mama yang terdiri dari Abah dan anak handsome mama yang bernama Razyn Amsyar tu...hikhik mama jadi excited pulak nak menulis..ni pun mama dok menaip lagi tak berhenti dari tadi...buat penat aja mama kata mama nak berhenti...hahahah...dari nak tulis intro aja yang simple jadi pulak karangan yang panjang berjela....
Akhir kalam,mama nak berhenti dulu lah yer,nanti mama menaip lagi.....
Selamat petang semua...assalamualaikum...