Menjenguk

Thursday, June 28, 2012

Herbalife

Mama teringin nak kaya dan ada duit beribu-ribu dalam akaun setiap bulan.Mama teringin nk buat herbalife untuk dapatkan extra income dan pada masa yang sama mama nak sihat.Tak nak ada penyakit sampai mama tua nanti..
Mama nak sangat buat herbalife..tapi mama boleh ka?????Huhuhu,semoga ada sinar dalam hidup mama untuk mama capai matlamat mama yang ni..
Sebenarnya mama teringin nak jalan-jalan dan pegang duit banyak-banyak supaya mama boleh menderma dan bagi duit kepada sesiapa yang mama suka..



Ya Allah, tolong makbulkan permintaan mama ini..Huhuhu

Wednesday, June 27, 2012

Updated..

Lamanya mama tak update belog ni,dh bersawang labah-labah,tikus,lipas dan seangkatan dengannya lah dekat belog ni..Hehehe..Sebenarnya, bukan mama tak nak update, tapi mama terlupa password..so,memang bersawang lah belog ni jadinya..tapi alhamdulillah,hari ni tetiba aja mama teringat password dan terus boleh buka beloq ni untuk di update.

Sebelum mama bercerita panjang, mama ingin panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada ilahi kerana memakbulkan doa mama selama ini.Alhamdulillah,bersyukur tidak terhingga di atas nikmat yang tak terperi ini. Selesai suadah satu semester di UUM untuk program DPLI mama.Ada lagi satu semester sebelum mama praktikal selama 4 bulan tahun depan.Insyallah, lepas praktikal mama akan di posting kan ke sekolah untuk bergelar guru tetap.Insyallah juga,segala cita-cita mama untuk bergelar pendidik akan tercapai kelak.

Sepanjang mama di UUM untuk semester pertama ni,mama terpaksa berjauhan dengan putera hati mama kerana masalah ketidakselesaan anak mama untuk tinggal dengan pengasuh.Huhuhu, peritnya rasa jiwa mama ni kerana rindu yang menggunung dekat Razyn Amsyar. Amsyar terpaksa tinggal dengan tok n wan di tg dawai. Mama akan jumpa Amsyar setiap hujung minggu sahaja. Kesian Amsyar, terpaksa berkorban jiwa berjauhan dengan mama.Bersabarlah anak mama, pengorbanan ini untuk Amsyar juga demi keselesaan kita nanti..Huhuhu

Sekarang ni, mama cuti semester selama 3 bulan.Alhamdulillah,  Amsyar dah duduk dengan mama dan abah di rumah sewa kami di Kangar. Bahagianya meniti saat-saat ini. Walaupun hanya untuk sementara, tetapi pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang bernilai nanti.Insyallah..

Mama doakan semoga semuanya baik-baik belaka dan segalanya di beri petunjuk dan hidayah dari Nya..Insyallah.Aminn


Thursday, March 1, 2012

Mama dan kehidupan..

Subhanallah,bergitu pantas masa berlalu.Sedar tak sedar sudah masuk bulan mac bagi tahun 2012 ni.Alhmadulillah,bayak perkara yang baik berlaku dalam hidup mama di tahun 2012 ni...Syukur ke hadrat ilahi...Mama sangkakan mendung sampai ke petang rupanya pelangi dan mentari terbit menyinari hidup mama.Mama sudah mulakan pengajian Diploma Pendidikan mama di UUM.Syukur,kerana segalanya berjalan baik.semoga mama diringi lindungan Allah ini buat selamanya. Abah ke tempat kerja yang dekat dengan rumah,manakala mama pula berulang dari UUM ke Kangar setiap hari ada kelas.

Alhamdulillah juga, Amsyar di jaga di rumah pengasuh yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.Walaupun Amsyar tidak selesa pada mulanya,tetapi harapan mama semoga Amsyar semakin menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat juga telah dijalankan di rumah baru mama dan abah di Sungai Limau awal Februari lalu.Terima kasih tak terhingga juga kepada semua yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis kami.Insyallah,kalau ada rezeki lebih nanti,mama berniat mahu adakan kenduri lagi..



Tuesday, January 17, 2012

Permulaan 2012

Lagi seminggu lebih sahaja Januari 2012 bakal meninggalkan kita. lalu Febuari 2012 pula akan menjelang tiba.Ya,bila datangnya Febuari bermakna hidup mama di tahun 2012 ini akan bermula.Maksud mama di sini adalah permulaan secara total dari segi penghijrahan daripada yang lama kepada yang baru.
Mama akan berpindah ke Kangar awal Febuari ini Kata abah 1 Febuari dah masuk rumah sewa baru di Kangar.Perpindahan ini merupakan perpindahan ke 3 dalam hidup mama selepas mama berkahwin dengan abah.Insyallah,bila masuk belajar di UUM nanti mama akan berulang dari Kangar ke Sintok setiap hari yang ada kelas.Alhamdulillah,mama masih lagi tinggal dengan abah dan Amsyar. Setiap hari juga,mama akan bawa Amsyar bersama ke UUM dan tinggalkan Amsyar di nurseri UUM sementara mama masuk kelas. Semoga semuanya seperti yang dirancang.Amiin...
Seterusnya, mama akan mula bermalam di rumah baru mama di Sg Limau ,Yan juga awal Febuari ini.Jadi,segala urusan pindahan barang-barang ke Kangar dan ke Sg Limau akan bermula hujung minggu ini dan juga minggu depan.
Insyallah, jika tiada aral melintang mama dan abah akan mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin di rumah baru pada 5 Febuari ini. Semoga kehidupan baru mama dan keluarga kecil mama ini diberkati Allah hendakNya..

Monday, January 16, 2012

Episod Baru

Insyallah mama akan mendaftar di UUM pada 16 febuari 2012 nanti sebagai pelajar DPLI kursus perdagangan.Semuanya akan menjadi episod baru dalam hidup mama.Semoga Allah memudahkan perjalan hidup mama dan diberkati hendakNya..Mama memang sangat bersemangat dan mahu melakukan yang terbaik demi masa depan mama.Insyallah semoga Allah sentiasa ada bersama mama..

Mama dan mertua.

Alhamdulillah,bulan depan genap 2 tahun usia perkahwinan mama dan abah.Rasa macam baru sahaja  kami berkahwin.Selama tempoh ini jugak perkenalan mama dan keluarga mertua.Mama bersyukur kerana punya mertua dan ipar yang sangat baik.Mereka melayan mama lebih dari mama sangkakan.Alhamdulillah...Bukan apa,sebelum berkahwin lagi mama risau kalau dapat mertua yang tak baik.Mesti hidup merana.Alhamdulillah,Allah maha adil dan mendengar doa mama.
Mak dan ayah mertua mama sangat baik, sama seperti mak mama sendiri.alhamdulillah

Friday, December 23, 2011

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga ke hadrat ilahi di atas kurniaan rezeki ini.Mama telah diterima untuk mengikuti kursus perguruan sebelum diterima menjadi guru tetap.Berita gembira ini sangat mama nantikan sejak dulu lagi.Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doa mama selama ini.Akhirnya penantian yang menyakitkan selama ini sudah menjadi kenyataan di atas berita gembira ini.Mama menerima rezeki ini dengan hati yang sangat bersyukur.Memang ini adalah rezeki Amsyar dan juga rezeki keluarga..

Insyallah, mama akan menunaikan tanggungjawab mama dengan penuh amanah bila bergelar warga pendidik kelak.....

Terima kasih kepada suami tersayang,keluarga mama dan juga keluarga mertua yang tak lekang mendoakan kejayaan mama.

Wednesday, November 16, 2011

Suami dan Isteri

Mama dan abah jarang sekali bergaduh.Kalau bergaduh manja-manja tu memang kerap lah tapi kalau gaduh yang teruk tu memang jarang sangat berlaku.Alhamdulillah kerana mama dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar dengan kerenah mama yang pelbagai ni.
Tetapi,baru-baru ni mama dan abah bergaduh.Kesian abah.Mama tahu semuanya berpunca dari mama sebab mama yang cari pasal.Abah bertahan aja dengan mama ni.Dia banyak diam dan dengar sahaja leteran mama.Apa lagi, mama sampai menangis tersedu-sedu seolah-olah mama tidak bersalah.Akhirnya ,abah yang minta maaf.Kesian abah sebabselalu mengalah.Mama rasa perangai mama ni kadang-kadang mengalahkan Amsyar tetapi nak buat macamana sebab perasaan mama ni mudah sangat tersentuh dan terasa lebih-lebih lagi dengan abah.Mungkin sebab mama sayang abah kot kan...
Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam melayari bahtera rumah tangga ini agar hati kami sentiasa dekat denganMu dan taat menjalankan perintah Mu ya Allah. Amin ya Rabbal a'lamin....

Thursday, November 3, 2011

Tawakkal

Hanya seberapa ketika sahaja lagi keputusan sama ada mama berjaya ataupun tidak untuk bergelar guru akan diketahui.Alahai,betapa hati ini sangatlah bimbang.Semoga keputusan akan berpihak kepada mama dan Allah mengurniakan rezeki buat mama.Banyak perancangan yang akan mama laksanakan jika mama berjaya.Sekali lagi,semoga doa-doa insan kesayangan yang sentiasa bersama mama akan turut dimakbulkanNya. Mama hanya berserah kepadaNya.Bertawakkal.

Tuesday, October 25, 2011

Malam Ini.

Malam ini sama sahaja seperti malam yang lain.Amsyar sudah pun tidur bergitu juga dengan abah tapi mama masih lagi mampu membuka mata mengadap laptop menulis entri ini.Bukan apa,memang dah lama mama tidak mengemaskini blog ini dengan entri terbaru.Entah lah,kadang-kadang terasa sangat malas nak berceloteh kerana kekeringan idea, tapi banyak sangat nak idea sehingga tidak tahu yang mana satu nak mulakan dulu.Jadi, mama biarkan sahaja tanpa apa-apa yang terbaru dari mama.

Kalau diikutkan entri mama sebelum ini,banyak sahaja keluh kesah dari mama berbanding cerita-cerita yang mengembirakan perasaan mama sendiri.Harapan mama, selepas ini episod sedih mama akan berakhir. Oh ya, bercerita tentang kerjaya mama pulak ye.Baru-baru ini mama dipanggil untuk sesi semakan dokumen guru GSTT di IPDA iaitu maktab perguruan yang terletak di Kedah.Apa yang boleh mama simpulkan semoga usaha mama kali ini berjaya.Mama nak sangat berkerja.Mama nak sangat jawatan ini sebab mama memang nak menjadi seorang pendidik.Mama rasa diri mama dah penat menjawat jawatan sementara dan menganggur.Dah hampir setahun mama tak buat apa-apa perkerjaan selain menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Sekali lagi mama harap mama akan berjaya untuk dipanggil mengikuti kursus perguruan kerana hasil semakan dokumen mama hari tu mendapat feedback positif dari penyemak dokumen.Semoga apa yang mereka katakan menjadi kenyataan.

Bila fikirkan hutang PTPTN, mama jadi tak senang duduk.Rasanya mama tidak mahu lagi menjadi penghutang tegar .Mama tidak mahu mengharapkan abah segalanya.Kesian abah terbeban oleh pelbagai komitmen demi   memberi keselesaan buat keluarga kecil mama ini. Mama nak sangat membantu ibu bapa mama dari segi kewangan dan lain-lain keperluan yang mama rasa puas bila dapat guna wang sendiri.

Sementara menanti keputusan kemasukan awal bulan depan,mama hanya mampu berdoa selain bertawakal kepadaNya. Semoga usaha dan penantian mama akan menemui sinar dalam kehidupan mama.

Sekian, untuk kali ini.