Malam ini sama sahaja seperti malam yang lain.Amsyar sudah pun tidur bergitu juga dengan abah tapi mama masih lagi mampu membuka mata mengadap laptop menulis entri ini.Bukan apa,memang dah lama mama tidak mengemaskini blog ini dengan entri terbaru.Entah lah,kadang-kadang terasa sangat malas nak berceloteh kerana kekeringan idea, tapi banyak sangat nak idea sehingga tidak tahu yang mana satu nak mulakan dulu.Jadi, mama biarkan sahaja tanpa apa-apa yang terbaru dari mama.
Kalau diikutkan entri mama sebelum ini,banyak sahaja keluh kesah dari mama berbanding cerita-cerita yang mengembirakan perasaan mama sendiri.Harapan mama, selepas ini episod sedih mama akan berakhir. Oh ya, bercerita tentang kerjaya mama pulak ye.Baru-baru ini mama dipanggil untuk sesi semakan dokumen guru GSTT di IPDA iaitu maktab perguruan yang terletak di Kedah.Apa yang boleh mama simpulkan semoga usaha mama kali ini berjaya.Mama nak sangat berkerja.Mama nak sangat jawatan ini sebab mama memang nak menjadi seorang pendidik.Mama rasa diri mama dah penat menjawat jawatan sementara dan menganggur.Dah hampir setahun mama tak buat apa-apa perkerjaan selain menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Sekali lagi mama harap mama akan berjaya untuk dipanggil mengikuti kursus perguruan kerana hasil semakan dokumen mama hari tu mendapat feedback positif dari penyemak dokumen.Semoga apa yang mereka katakan menjadi kenyataan.
Bila fikirkan hutang PTPTN, mama jadi tak senang duduk.Rasanya mama tidak mahu lagi menjadi penghutang tegar .Mama tidak mahu mengharapkan abah segalanya.Kesian abah terbeban oleh pelbagai komitmen demi memberi keselesaan buat keluarga kecil mama ini. Mama nak sangat membantu ibu bapa mama dari segi kewangan dan lain-lain keperluan yang mama rasa puas bila dapat guna wang sendiri.
Sementara menanti keputusan kemasukan awal bulan depan,mama hanya mampu berdoa selain bertawakal kepadaNya. Semoga usaha dan penantian mama akan menemui sinar dalam kehidupan mama.
Sekian, untuk kali ini.
~~~~~Suka menulis untuk kepuasan sendiri,bercerita dan berkongsi cerita dan rasa agar terus kekal dalam sanubari~~~~~
Menjenguk
Tuesday, October 25, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Sujud Syukur
Alhamdulillah,penantian mama selama ini sudah terjawab.Terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan istimewa yang sentiasa mendoakan kejayaan mama.Terima kasih abah,mak,ayah,mertua.adik-adik kandung dan ipar duai dan yang paling utama ialah Allah yang maha Esa kerana memakbulkan doa mama...Insyallah, buat insan-insan teristimewa..Jasa kalian tidak akan mama lupakan.Mohon dilanjutkan doa lagi agar segala perjalanan mama mendidik anak bangsa dipermudahkan segalanya.Amin
Wednesday, September 14, 2011
Tiada Tajuk
Jam hampir pukul 1.30 pagi.Mama sudah rasa mengantuk tapi masih boleh bertahan lagi kerana mahu menulis entri ini.Abah dan Amsyar sudah dibuai mimpi.Semoga dua orang hero mama ni bermimpikan yang indah-indah belaka malam ini.Tak sabarnya menanti Jumaat ini sebab mak dan ayah mama akan datang menziarahi mama di sini.Mama dah rancang nak masak bakso untuk mereka.Mesti seronok dapat makan-makan dan berjalan-jalan dengan dua insan yang banyak berjasa dalam hidup mama.Awal-awal lagi, mama dah bincang dengan abah nak bawa mak dan ayah melawat rumah baru kami di Sungai Limau Dalam,Yan seterusnya nak bawa ke Tesco Besar Mergong.Boleh juga jamu mata sambil membli apa-apa yang berkenan di hati.Seronoknya..!!!!
Tadi sambil melayan Amsyar bermain, mama berbual dengan abah tentang rumah baru kami.Kalau tidak ada aral melintang,mungkin dalam masa terdekat ni pihak pemaju akan meyerahkan kunci rumah kepada para pembeli termasuklah abah.Abah kata kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru secepat mungkin bila kunci dah dapat nanti.Tetapi,apa pun penambahbaikan dalam rumah perlu dilakukan terlebih dahulu.Menurut abah lagi, grill tingkap dan pintu adalah perkara utama yang perlu dilakukan,seterusnya memasang kabinet dapur dan lampu serta kipas disetiap punca elektrik.Kalau ada lebihan wang,bolehlah diteruskan dengan membuat pagar rumah.Itu sahaja penambahbaikan untuk permulaan rumah baru kami.Harapan mama dan abah agar segalanya tidak melebihi wang peruntukan yang abah ada.
Selesai perbincangan hal rumah baru, abah membuat pengiraan perbelanjaan kami termasuk segala hutang pinjaman dan harian untuk jangkamasa sebulan.Kesian abah kerana menanggung semua perbelanjaan termasuklah perbelanjaan mama.Alangkah baiknya,jika mama pun berkerja dan punya pendapatan sendiri.Mungkin beban abah akan berkurangan sedikit sebanyak bila mama dapat membantu.Sekali lagi,di dalam hati kecil ini, mama berdoa bersungguh-sungguh semoga rezeki mama untuk bergelar pendidik akan tercapai hujung tahun ini.
Sekian dahulu untuk kali ini..

Saturday, September 10, 2011
Doa
Doa mama bersungguh-sungguh.Berteleku lama dalam doa pagi ini,hampir setiap waktu tak kira bila dan di mana andai hati terdetik tentang itu. Semoga usaha mama dipermudahkan dan mama mendapat kerja itu.Semoga Allah swt yang maha Esa itu membantu mama dan memudahkan segala urusan mama.
Friday, September 9, 2011
Kosong
Ya Allah,jauhkan lah diriku dari sifat takkabur.Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.Kau permudahkanlah urusan perkerjaan buatku.Betapa aku ingin memiliki pekerjaan tetap yang dapat menjamin masa depanku.Betapa aku iginkan peluang menjadi guru tetap itu.Ya Allah,kau perkenankanlah permintaanku ini.Aminn ya rabbal a'lamin.
Tuesday, September 6, 2011
Bersangka Baik dengan Allah
Mama dah berusaha.mama dah cuba yang terbaik ,mama dah mintak pertolongan semua dan sekarang tugas mama adalah bertawakal.Bertawakal ni maksudnya mama perlu bersangka baik dengan Allah.Insyallah, Dia tahu yang terbaik untuk mama dan keluarga mama.Jadi,mama perlu positif dan tenang sahaja.Mama perlu yakin yang Allah dah pun tetapkan ketentuan yang terbaik untuk mama..Jadi, sekarang mama perlu bersabar sedikit sahaja lagi....
Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini.Ameen.
Ya Allah,kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini.Ameen.
Wednesday, August 31, 2011
Hari Raya Aidil Fitri & Sambutan Kemerdekaan tahun 2011
Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun pertama mama menyambut hari raya aidilfitri sebagai seorang mama dan tahun kedua sebagai seorang isteri.Seperti tahun lepas,aidilfitri pertama mama disambut di kampung halaman mama seterusnya hari raya kedua baru mama pulang ke kampung abah.Tahun ni sambutan agak berbeza sedikit memandangkan mama sudah punya cahayamata jadi persiapan tu agak teruja sedikit.Walaubagaimana[un, di dalam keriuhan dan kegembiraan meraikan dua sambutan yang penuh bermakna pada tahun ini,kegelisahan mama tentang kerjaya mama masih lagi mama fikirkan..hermmmmm bila lah semua ini akan berakhir???mood raya dah lari ..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........menangis seorang diri................
Harapan Mama
Kalau nak diikutkan hati,memang banyak sangat harapan mama tetapi bak kata orang tua-tua ikut hati akan mati..ikut rasa akan binasa..Jadi,mama nak ikut apa eh???kalau mama nak ikut perasaan boleh?emmm susah jugak rupanya kalau main ikut-ikut ni....mahu tak mahu,mama ikut aja lah apa yang patut diiukut janji tak rosak akhlak dan moral sudah walaupun kadang-kadang( eh bukan selalu ka) jiwa mama akan kacau.
Ok lah, mama nak teruskan ke tajuk utama entri kali ini sebab kalau nak melayan aja celoteh ni memang panjang berjela lah yang introduction tapi isi penting tak ada...
Harapan mama yang paling utama dan sangat utama bagi mama adalah mama nak dapatkan kerja tetap.Mama nak pendapatan sendiri yang boleh menjamin masa depan mama.Mama nak kehidupan berkerjaya macam orang lain yang berjaya.Jadi harapan mama buat masa ini cuma satu iaitu mama nak berkerja tetap.Itu sahaja..!!!!!!!!!!! Sekian terima kasih

Thursday, August 25, 2011
Bercelaru.
Sedih.....mahu menangis......semuanya kerana itu.....tak terkata dek hati, tak terluah dek perasaan.......semua tidak mengerti.......
Tuesday, August 23, 2011
Kenapa?????
Sebenarnya dah lama mama terfikirkan tentang ini dan mahu bertanya kepada abah tetapi tak kesampaian.Semalam, sewaktu mama dan abah melayan kerenah si budak kecik bijak yang bernama Amsyar,mama sempat bertanyakan abah tentang hal itu.
"Orang yang tidak patuh pada perintah Allah seperti tidak solat,tidak menutup aurat dan sebagainya tetapi kelihatan hidup mereka nampak sempurna sahaja.Punya kehidupan mantap dengan pekerjaan tetap,sudah berkeluarga dan nampak sungguh bahagia sekali.Allah pula dengan mudah nya melimpahkan rezeki kepada mereka.Kenapa , kenapa ,kenapa dan kenapa??????......."
Terus menjadi persoalan mama kerana jawapan yang abah beri tidak memuaskan hati mama....
Mood hari ini: Sedih dengan nasib diri yang tidak berkerja tetap dan tidak punya pendapatan sendiri untuk membayar hutang PTPTN yang tertunggak.....Kusutnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Subscribe to:
Posts (Atom)